SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, March 27, 2009

Tamu Akal

http://nazri-suaramualaf.blogspot.co " Coretan Nabalu "

Lama tidak menghantar hasil teropongan dari Nabalu. Kabus tebal di Gunung Kinabalu antara penyebab ‘keterlamaan’ ini. Selain itu, teropong sedang di naiktaraf ke peringkat yang lebih tinggi. Berlaku juga rundingan panjang untuk mengembalikan gembala naga kei tempat asalnya…Hehehe…

Sebenarnya, setelah diasak dengan pelbagai ulasan berhubung keratan akhbar Utusan Malaysia yang saya poskan di ruangan SAM, saya menyimpulkan bahawa, sebahagian warga Kota Marudu belum bersedia menerima perubahan berfikir dalam arus perdana. Juga agak ketara, sifat kedaerahan yang menebal dalam diri. Meski sifat ini sesuatu yang wajar, namun dalam dunia tanpa batasan atau diistilahkan juga sebagai dunia di hujung jari , rasanya sifat ini tidak begitu relevan untuk dipertahankan.

Barangkali, dua telinga kita boleh ditutup seketika untuk tidak mendengar dan menghiraukan suara-suara dari pelbagai sudut dunia dengan pelbagai nada dan bahasanya. Tapi, berapa lama kita mampu memekakkan telinga ? mampukah kita pejam mata kita semata-mata menghalangnya dari melihat warna-warna perubahan dunia ? saya pasti kita akan jawab ‘ tidak ‘. Mahu atau tidak, kita terpaksa juga membenarkan perubahan dunia mengetuk dan masuk ke pintu rumah kita.

Kalau Pesta Jagung diadakan setiap tahun di daerah Kota Marudu, kenapa tidak kita adakan pesta fikiran atau tamu akal? Pelbagai aliran fikiran pasti bakal dihidang di gerai-gerai muzakarah. Pasti akan lahir fikiran besar bertaraf global atau paling tidakpun bertaraf daerah. Sudah sampai waktunya pemikiran kekampungan dinaiktaraf kalau mahu berdaya saing. Pun begitu, sistem tapisan jangan ditinggalkan supaya, sampah-sampah kotoran dapat diasing dan dikitar semula menjadi sesuatu yang lebih berguna dan tidak memudaratkan. Sepertilah kumbahan najis yang memerlukan perawatan sebelum dialirkan semula ke sungai agar sungai yang menjadi sumber utama makhluk hidup terpelihara..

Perdebatan tidak harus ditolak secara total. Berhikmah itu, ada tempatnya. Hikmah tidak pernah tumbuh di dataran najis dan najis tidak pernah berhikmah pada udara segar. Najis tetap najis. Busuk bila terhidu oleh hidung. Kesimpulannya, sudah sampai waktunya aliran pemikiran pelbagai peringkat ini disatukan di sebuah kilang yang kita namakan ‘ kilang aqli ‘. Dengan wujudnya keupayaan ini, maka tidak mustahil pemikiran ini bakal dieksport ke luar negara. Lihat saja pemblog Tompipiris. Beliau yang asalnya dari kampung melangkah keluar dari kepompongnya. Kini beliau menjadi sebahagian daripada masyarakat Jepun dengan jalan ikatan perkahwinan. Langkah yang beliau ambil dilihat oleh orang kampung sebagai mengundang risiko satu ketika dulu. Syabas dan tahniah kepada Tompipiris kerana berjaya membuka fikiran umum. Sikap orang Jepun, budaya orang Jepun, pemikiran orang Jepun bertaraf dunia. Kenapa mereka berjaya? Apa rahsia kejayaan mereka, sehingga kita diajak pandang ke Timur?

Kejayaan orang jepun bertitik tolak dari pengalaman slepas negera mereka di bom, maka mereka tidak lagi menoleh ke belakang merentih menangis dengan perstiwa kehancuran negera mereka, tapi mereka terus belari ke depan membangun semula tamadun bangsa mereka, hasilnya jepun antara negara boleh menentukan dasar dunia.

Singapura di langgar todak, seorang budak mencetuskan pemikiran besar agar di dirikan batang-batang pisang di sepenjang tebing pantai, hasilnya singapura selamat dari seranggan ikan-ikan todak. Kerana busuknya hati pemerintah maka budak yang tidak berdosa di hukum, atas alasan budak itu bahaya kepada kerajaan. Perstiwa ini tidak harus ada dalam masyarakat kita, sepatutnya mereka ini di beri ruang dan tempat untuk membengunkan tamadun bangsa …..

2 comments:

Umar al-Longobi said...

sy bersetuju. rasanya, majoriti bloggers KM memang sentiasa terbuka. tapi, mungkin ada satu dua kerat sahaja yang agak tertutup sedikit. itupun tidak berani mendedahkan identitinya yg sebenar. dan, komen itu tidak cukup utk dijadikan kayu ukur tahap keterbukaan para bloggers.

bagaimanapun, bagi pddk kg dan beberapa yg lain, sy percaya mereka masih memerlukan bantuan agar berjaya keluar drp tempurung yg menutupi mereka selama ini.

mungkin satu hari, kita perlu bukukan semua entri yg sesuai dlm blog ini dan edarkan secara percuma kpd awam. sy risau kita hanya SYOK SENDIRI sahaja selama ini. maklumat tidak sampai kpd golongan sasar.

RumbiaMasolog said...

Suat entry yg sgt baik dan yg benar2 membuka minda kita. Kita mmg perlukan insan2 yg benar2 berakal bijaksana, yg berhati cinta kepada perjuangan rakyat, yg bersemangat kental mengangkat tanggungjawap memartabatkan bangsa (rakyat). Kita mmg ada insan2 seperti ini di KM dan kita cuma perlu bersatu dan terus memberi sokongan dan dorongan agar insan2 ini tidak layu semangatnya dan berkubur perjuangannya.