SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, April 3, 2009

APA CERITA JAMBATAN GANTUNG KITA??

(Cuba lihat gambar di atas. Jambatan senget ketepi, agak-agak kamurang berani lalu ka? Jambatan ini merupakan laluan harian penduduk kampung terutama murid-murid sekolah) (Sudah ada kes kejatuhan di kawasan seperti dalam gambar di atas. Nasib baik tidak mati.) Masuk entry kali ini sudah kedua kali saya postkan mengenai keaiban Jambatan Gantung Kg. Suang Kepoh. Sepertinya tidak ada pihak yang ingin mengambil tahu tentang permasalahan yang dihadapi khususnya penduduk di kampung ini. Semakin hari jambatan ini semakin tenat. Pihak berkenaan sila perhatikan gambar yang dipostkan ini. Samada wajar atau tidak wajar diberikan bantuan? Atau masih boleh dipakai atau biarkan saja begitu!!! Walaupun saya bukan penduduk asal Kampung Suang Kepoh namun kekurangan yang dihadapi jiran sudah menjadi kewajipan bagi saya sebagai jiran untuk membantu. Penduduk kampung sudah membuat aduan kepada pelbagai pihak berkaitan tetapi seperti tiada maklum balas. Adakah penduduk kampung Suang Kepoh gelojoh meminta bantuan Jambatan baru??? Kalau betul gelojoh kemana lagi penduduk mengadu nasib untuk meminta bantuan. Penduduk buat tabung sendiri??? Majoriti penduduk ini adalah bekerja sebagai petani dan nelayan. Pendapatan boleh dikatakan seperti kais pagi makan pagi saja. Siapa yang bertanggungjawab??? Itu terserah kepada mana-mana pihak yang berkewajipan yang terbaca entry kali ini. Yang pasti 100% pengundi dari kampung ini mengundi Barisan Nasional@Kerajaan...Kelihatan penduduk kampung melalui jambatan ini. Perlu sentiasa berwaspada!!! Kayu-kayu pada jambatan ini semakin hari semakin reput.

16 comments:

John Lee said...

di mana ini ?

azirulgcarl said...

mr. john..jambatan tu di area Tandek, Kota Marudu..

mmg memerlukan bantuan sangat tu..

John Lee said...

tq, Tuan, i cuba cari tempat du

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Maaf sdr Jon Lee. Baru online. jambatan ini terletak di kampung Suang Kepoh, mukim Tandek, daerah Kota Marudu. Kampung Suang Kepoh juga dikenali sebagai kampung Tandek Hilir.

Tujuan saya memaparkan gambar ini bukan ntuk memperlekehkan pihak berkewajipan. Tapi ini sudah kewajipan dan tanggungjawab mereka.

NONG said...

GOOD POST Muss..
Mr.John Lee, saya sangat BERBESAR HATI dan MENGALU-ALUKAN saudara datang dan melihat sendiri tempat ini..Ada banyak lagi tempat sepert ini di Kota Marudu..:)

WELCOME TO KOTA MARUDU

Little Mike said...

MERBAHAYA!.. Mus, ni jambatan masi urang pakai ka limpas tu sungai?

ILLIE said...

LM..sia rasa itu jambatan gantung masih urang pakai sabap itulah satu2 nya jalan pintas mau menyeberang sungai Tandek...masalah ini perlu diatasi dengan segera.Kita boleh bersabar lagi bila melihat keadaan pekan Tandek..tetapi jambatan gantung usang ini kalau tidak diganti dengan segera pasti akan mendatangkan masalah pada penduduk setempat.

SAM memohon jasa dari siapa2 yang berkenan supaya memberi info ini kepada YB2 untuk tindakan lanjut.

ILLIE said...

oppsss!! lupa kasi tau..sia baru sija masuk blog DS Najib..sia ada kasi tau dia pasal suara2 rakyat di P168 Kota Marudu dan ada tinggalkan link blog SAM..nasip kita baiklah kalu PM DS Najib sudi melawat SAM..hehehe..

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Salam SAM. Salam bro LM. Itu jambatn memang pun masih digunakan sebagai laluan utama melintasi sungai rasak. Alternatif lain naik perahu. Tapi banyak karenah. So, penduduk terpaksa juga menggunakan jambatan usang ini.

TQ Kak Nong, Bro Illie and others kerana menyokong entry sya.

Bleh tau? Sdr. Jon Lee ni sapa? Kalau saudara tergolong sebagai pihak berkewajipan@pihak berkuasa, saya sebagai wakil penduduk Kg. Sg. Kepoh sangat mengalu-alukan kehadiran sdr. seterusnya mengambil tindakan susulan. Apa2 pn saya ucapkan TQ kerana mengambil berat tentang permasalahan ini.

Pun begitu, pada hemat saya, jambatan gantung ini merupakan salah satu daripada tempat bermasalah di KM. Saya sangat yakin, ada banyak tempat lagi yang bermasalah perlu perhatian pihak berkewajipan. Ini sangat penting, untuk keselamatan dan kesejahteraan masyarakat khususnya di KM.

Hari ini pulang KK. Kemungkinan menyepi lagi buat seketika. Pulang KM nnt susah mo cari internet melainkan pg CC. Ahli2 SAM lain teruskan perjuangan.TQ

SANGURU said...

ades, makin bahaya ni jambatan. Dulu sy pun ada post dlm blog aduan rakyat, SUARA RAKYAT. BELUM ADA TINDAKAN RUPANYA...
Bnyk jambatan gantung mcm ni d KM/sabah..

John Lee said...

oh,,hobbie saya buat complain, lubang lonkang, tong sampah, tiang lampu... etc, hari ini bertugas di papar,pantai manis.. mungkin esok atau hari isnin ada news di borneo post, daily express..
i kena tel.kawan KM untuk tunjuk jalan....

azirulgcarl said...

Mr. John Lee...kami mengucapkan terima kasih!! :)

Anonymous said...

sbalah mana bah jambatan ni? Tandek ka? JKKK ada pigi kumpilin ka? Kalu balum, sya pigi kumpilin sma tu yb yb

LeTtY said...

Hello everyone at SAM

I had printed out your "jambatan gantung" article and passed it to P168 Kota Marudu Office 2 days ago. Hope you all don't mind kio...

I heard somebody when to check the "jambatan gantung" yesterday.

Hope the outcome is good.

Regards
Letty

p/s happy weekends

Anonymous said...

Macammana pun kamu cubah lah memohon pembaikan sama Do atau YB.

Anonymous said...

jambatan ini sudah dapat diganti baru. terima kasih kerajaan yang membantu..