SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, April 10, 2009

BICARA TOMPINAI: TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPAD BARISAN PENTADBIR BARU NEGERA.

Jemaah Menteri baru membariskan banyak muka baru. Selain itu, ia merupakan sejarah baru bagi negeri Sabah kerana ramai MPnya yang memduduki kementerian ( bertambah ). Ini merupakan tuntutan dan juga 'gift' atas sokongan yang tidak berbalah bagi semasa PRU yang lalu. Adalah menjadi satu kewajaran untuk memberikan tempat kepada yang menyumbangkan sesuatu kejayaan.

Pun begitu, pertimbangan dan juga pemilihan mestilah dibuat supaya ia tidak menjadi sia-sia. Tompinai percaya yang PM telah membuat penelitian yang sebaiknya dalam menentukan siapa yang mengetuai sesuatu kementerian itu. PM percaya yang seseorang yang dipilihnya mampu untuk menjalankan tugas tersebut. Keberkesanan dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu kementerian itu akan menjadi kayu pengukur kepada muka-muka baru ini terutama MP-MP dari Sabah.

Tompinai percaya dengan pertambahan ini, maka Sabah tidak lagi diabaikan dalam semua aspek. Suara yang mewakili rakyat Sabah seharusnya menjadi semakin kuat di peringkat pusat dalam menuntut pembaharuan di Negeri ini. Selama ini, kemunduran Sabah seringkali menjadi isu dalam setiap PRU sama ada oleh Parti kerajaan atau parti Pembangkang. Justeru itu, setelah parti pro kerajaan menyumbangkan kemenangan pada masa yang lalu dan diberi tempat dalam pentadbiran peringkat pusat, faktor kemunduran seharusnya ditukarkan kepada kemajuan dalam pembangunan semua aspek. Kemajuan ini akan menutup terus peluang para parti pembangkang untuk mendapat sokongan dari rakyat Sabah.

Tompinai mengucapkan tahniah kepada MP-MP baru dari Sabah ini dan berharap agar menjadi pemula kepada perubahan nanti. Kepercayaan yang diberikan oleh PM merupakan beban untuk membuktikan kemampuan anak watan negeri ini.

Kepada PM, tompinai mengucapkan semoga sucesss dalam menerajui pentadbiran baru negera.

1 comment:

SANGURU said...

semoga amanah diutamakan, diri dikemudiankan.