SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, April 6, 2009

Coret-Coret Kimaragang: Kumpul Air Mata dan Rintihan Ke Meja SAM

Salam SAM. Satu Catatan ringkas dari Kuala Lumpur. PM baru, slogan baru, semangat baru dan peluang baik untuk SAM memberikan satu reaksi sejajar, 'memanipulasi' ruang persefahaman bakal dijalin antara harapan dan cerobong politik yang terhidang.
SAM memang pantas. Salah seorang staff Sdr Illie, telah berinisiatif mengetengahkan blog SAM ke ruang blog PM kita, 1malaysia.com.my, sebagai jambatan langsung ke perhatian Persekutuan. Sementara itu blog SAM juga dijenguk oleh salah seorang pengembara maya yang berkemampuan melalui suaranya menyampaikan wadah SAM lebih tegas kepada pihak berwajib. Saya maksudkan Saudara John Lee. SAM perlu mengorak lebih jauh dalam menghantar pesan airmata desa ke ruang blog ini agar bisa bersuara ke meja menteri, jika tidak ke pihak berwajib. Ini peluang baik. Ini waktu baik untuk segala niat baik kita. Ketengahkan ruang mana yang perlu diberi perhatian lanjut. Daripada kemudahan desa sehinggalah kepada sistem prasarana yang sekadar seperti 'melepaskan batuk di tangga'. Kehidupan melarat warga desa, sistem pengurusan dan sebarang bentuk mekanisma khidmat rakyat yang dangkal, KETENGAHKAN. Salah guna kuasa dan segala macam akal yang terkandas daripada perjuangan asal yang berhak dituntut rakyat, ruang SAM terbuka luas sebagai wadah menganjakkan paradigma. Jika dalam soal undi kita seperti mahu menjaga hati orang politik kita, kali ini usah berkompromi jika ia melibatkan air mata rakyat. Sampai bila kita biarkan pemimpin kita berkata 'mudah diurus ba diorang ini. Tidak susah'. Saya katakan tidak 'apa la', JIKALAU pemimpin kita pandang sebelah mata kawasan pilihanraya mereka, kita menggerakkan organisasi kita 'membantu' mengetengahkan dan mendedahkan apa sebenarnya wajah desa di sebalik wilayah politiknya. Ada masanya kita perlu berkorban rasa, menidakkan dulu kemarahan kita kepada mereka. Nanti la. Ada masa kita perlu memberikan reaksi kita pada masa yang sesuai. Buat masa ini, apa boleh buat. Mereka juga saluran kita yang hakiki kerana kita telah mengangkat mereka melalui kemenangan kertas undi. Mungkin kita 'tidak' mampu mengubah mereka dengan hanya 'lolongan amarah' kita. Tapi Kerajaan Malaysia pimpinan PM baru kita, telah membuka kaunter mereka terus kepada rakyat. Itu janji mereka. Dan kita perlu sedar juga, itu satu alternatif untuk menyedarkan pemimpin kita supaya berfikir 'Rupanya banyak kerja yang perlu dilakukan' apabila mereka tersentak masalah rakyat sampai ke meja Persekutuan. Kita bantu mereka supaya jangan terus terlena demi untuk menggilap kembali senyuman masa depan generasi seluruh kawasan Parlimen Kota Marudu dan DUN Tandek. Jika inipun masih pemimpin kita BUTA MATA, saya katakan, pada satu hari lain nanti sudah ada keperluan... GEMPUR PEMUDA!!. Salam perjuangan untuk semua warga SAM!

10 comments:

How Are You? said...

Terima kasih di atas cadangan ini. Daripada asyik mengeluh mengeluh dan mengeluh, suarakan betul-betul agar orang yang bertanggung jawab tahu keadaan sebenar.

Terima kasih sekali lagi kepada yang sukarela buat overtime di sini.

Little Mike said...

How Are You... ya, mungkin cara begini (mendedahkan kepincangan) melalui paparan artikel yg lebih jujur akan membantu menyentakkan lamunan orang politik kita... harap2 la...

Umar al-Longobi said...

ada seorang kawan sy yg mengumpamakan org yg tidak ambil pusing masalah rakyat adalah seperti `tapir borneo yg bisu, buta dan pekak`. sy katakan kpdnya, "kasar sangat bahasa tu bro..., carilah perumpamaan yg lembut sikit.". dia jwb, org yg sengaja mer_g_l hak rakyat jauh lebih kasar dan mesti segera digulingkan. sy geleng kepala..

JMimie Mabin said...

Mungkin suara2 SAM adakalanya dan mungkin selalunya "kasar berhemah" atau "lembut berbisa", namun hasrat murni kita cuma satu..MAHU MELIHAT ANJAKAN PARADIGMA YANG POSITIF SEGERA BERLAKU ke segenap pelusuk daerah Marudu tercinta:)

Semoga segera mendapat perhatian oleh pihak2 yg berwajib.

Ridwan Yaakub said...

Pada pendapat saya, SAM memang berpotensi menjadi lidah rakyat kerana SAM bersifat neutral dan berhemah. Lagi pun blog ini rasmi sifatnya dan boleh dipercayai. syabas!

Little Mike said...

Umar al-Longobi... manusia memberikan pelbagai reaksi pelbagai ragam. Mungkin kasar, mungkin dengan cara halus, paksinya tetap sama iaitu TIDAK BERSETUJU. Namun sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita perlu bersedia memberi ruang, memandu akal dalam menyatakan cara, matlamat dan tindakan. Sebaiknya kekalkan cara berhemah walaupun pedas dan berbisa.

jmimie... ya, anjakan paradigma ke arah positif penting demi kelangsungan bumi kita yang tersayang...

Sdr Ridwan Yaakub... Sangat menghargai waktu terluang saudara menghantar komentar ke ruang SAM. Terima kasih atas pandangan yg baik terhadap SAM. Apa yang SAM ada sekarang perlu dikekalkan. Neutral dan berhemah menjadi paksi perjuangan yang boleh diyakini dan dipercayai... sebarang teguran, idea dan sokongan amat diperlukan untuk memantapkan wadah perjuangan SAM demi mengasihani masa depan generasi kemudian... Terima kasih atas kunjungan.

SANGURU said...

Saya yakin, jika pemimpin khususnya DS Najib, baca SAM, pasti mengakui bahawa orang-orang SAM suka kepada kebaikan dan penyokong kebaikan. Mari kita teruskan konsep SAM, semoga menjadi contoh tauladan kepada pihak lain.

doelmajalin said...

Walau apapun gerak tinta dan rasa yang kita utaranya, ianya harus bertolak daripada niat ikhlas..menjunjung kebaikan. Saya kira inilah yang diperjuangkan oleh SAM.

Little Mike said...

Sanguru... SAM perlukan nakhoda yang baik untuk memandu arah. SAM memiliki tekong seperti sanguru yang dapat menetapkan arah laluannya. Teruskan. Perjuangan SAM akan tetap bersandarkan kepada kebaikan dan menyokong apa yang baik

doelmajalin... sangat setuju niat ikhlas itu adalah permulaan. semoga kita terus dapat memanafaatkan ruang dan keikhlasan ini dapat menyebarluas menyusup ke segenap ruang perjuangan SAM. SAM sedang ke arah itu. Tinta kita, niat kita biarlah menjadi suluh SAM yang lebih jelas arahnya.

ondily said...

selamat pagi semua....