SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, April 8, 2009

Dekati Kuasa Suara Rakyat Maka Rakyat Akan Mengembalikan Kuasa Berkerajaan

Dua bukit ditawan puncaknya oleh lawan, mujur boleh bermudik ke Batang Ai. Kuasa rakyat usah dipandang rendah walau berapa tinggi pun jawatan, walau berapa besar pun pembesar turun padang, atau yakinnya jentera penggerak dan riuh media massa. Jika suara mereka tidak didengari, kuasa memerintah akan semakin menjauh dari genggaman.
Saya katakan jaga rakyat. Dengar suara mereka. Hidupkan hati rakyat bukan dengan sekadar gegak gempita lonceng perubahan tetapi sejak mulainya anda diberi kepercayaan berjalan bersama rakyat. Api ambisi di hati anda harus itu nyala aspirasi rakyat. Jangan bertentangan. Usah menongkah arus. Kerajaan pula jangan hanya dekati pemimpin anda dan biarkan pemimpin itu mendekati rakyat, entah mereka merenggang entah lagi menjauh dari rakyat. Saya katakan terus kepada rakyat melalui kepimpinan. Jika hanya dekat kepada pemimpin, kerajaan sekadar mengulit mimpi mereka. Hasilnya terlena. Kerajaan merana. Usah riak jika rakyat anda berbau ikan di laut, hanyir lumpur bendang atau hamis bergetah dari pokok tanaman lalu fikirmu orang kampung ini dunianya hanya tahu debu tanah atau masin air laut, lalu menjarakkan diri. Bila orang kampung memberikan ingatan, itu amaran yang menandakan kebosanan sudah lama terkumpul dalam sanubari. Jika anda gagal 'memberi' selama mana mereka telah mengharap, rakyat akan lari. Orang kampung jika mulai 'merajuk' enggan memberikan kuasa, anda akan tetap gagal berkerajaan. Perhatikan betul-betul kata-kata ini.

12 comments:

jUNAIDI said...

Salam Singgah Nong .... Tentunya Kekalahan didua Bukit ujian getir buat pak Najib . Tak Pa Lah Ianya akan menjadikan pengajaran yang sempurna

SANGURU said...

Tak pa lah, kata orang tiap sesuatu ada hikmah, GALILAH HIKMAHNYA DI DUA BUKIT. MUDIKLAH KE BATANG AI...DI SANA PUN ADA HIKMAH MENANTI...

syabas LM. Coretan yang baik kepada yang berkenaan. Teruskan!

Umar al-Longobi said...

isyaratnya bukan terletak pada kemenangan tetapi pada naik turunnya majoriti. 2 bukit berjaya meningkatkan majoriti. yg batang ai tetap mempertahankan kebatangannya dgn majoriti yg cukub bagus.

kalau ditaakul dari sudut geografi, biasanya yg lebih hampir dengan bandar lebih bijak drp yg di pedalaman. dan, adakah pilihan di dua bukit itu adalah pilihan yg lebih bijak drp di batang ai?

aaah.. kata Nabil, lu pikirlah sendiri.. hehe

Little Mike said...

Serangkap pantun:

Dari Permatang Pauh ke Bukit Selambau,
Tersungkur di Bukit Gantang bersorak di Batang Ai,
Gendang Najib menderu kemudi Malaysia bersatu,
Moga makmur mendatang mengorak di bumi permai.

Ada masa dalam politik MENGAJAR, tiba waktunya dapat pengajaran... Tak Pah Lah.. getir itu berhikmat, sorak juga berhikmat... semoga Malaysia juga tidak terhenti nadinya. Siapa perintah dan siapa memerintah, berkerajaan la dengan adil dan saksama

SANGURU said...

Lm, bulih tahan ko ni.
mencoret kata menyulam bicara,
lepas tu berpantun pulak. apa selepas ini? berpencak, berdondang?...hehe

JMimie Mabin said...

Very impressive posting LM. Well thought out, well said and well done!

Mr. Aki said...

URANG dulu2 bagi ikan tin pun dia bagi undi. Sikrang kou bagi emas pun bulum tantu bagi undi

ison said...

Orang bukit pun pandai IT sudah sekarang ni. Tahu sudah tingu ikan tin yang expired dan tidak. Hehe...

Little Mike said...

Sdr Junaidi... salam kenal dan trima kasih atas kunjungan dan komentar. kemenangan dan kekalahan ada pengajaran. Siapa dapat melihat dan siapa dapat menikmati hikmat, dia beroleh pengetahuan

Umar.... pilihan di dua bukit akan dilihat pilihan yang bijak oleh pihak berkaitan. Kemenangan di Batang Ai juga dilihat sebagai pilihan bijak oleh pihak yang menang. Yang lebih bijak ialah bila kedua-dua pihak dapat memaksimumkan kawasan masing2 dengan idea-idea bernas, yang fokus kepada rakyat. Bukan prihatin kepada diri sendiri...

Little Mike said...

Sanguru... beri pentas untuk saya berpencak seribu dan gerak naluri yang saya ada ialah saya akan berlari.. tidak ke mana dan tidak jauh tapi lebih dekat kepada orang kita dan bergabung dengan mereka untuk kombinasi pencak dengan orang kita. Mudah-mudahan pencak kecil ini menjadi pertahanan belakang yang mengukuhkan pertahanan keliling ketua di depan.

jmimie.. thank you for ur support. terus bertahan dan support orang kita. orang kita perlukan juga seorang srikandi yang cekap dan bistari.. :)

Mr. Aki.. kasian juga orang kita.. level peraih untuk orang kita sekadar tin sardin? aduh! maknanya yang memberi sardin itu dipasang umpan oleh ikan jerung supaya jerung dapat jaga wilayahnya. Makin banyak la ya g terluka... tajam bagigi jerung. ini yang lagi bahaya kalau kalau gigi ikan jerung ni 'lagi tajam' dan 'lagi halus'.. banyak ragam muslihat. Yang 'tidak dapat dibaca' orang kita yang susah. Jerung yang pasang strategi tapi dangkal hasratnya

Ison... Bagus juga orang bukit sudah pandai it. Bukan setakat meninggikan ilmu orang di bukit tapi dapat melihat buruk baik bila melihat dari 'kawasan yang tinggi'menurut perspektif ketinggian akal...

SANGURU said...

"sekilas ikan di air, aku tak tau jantan betinanya, tapi kalau manusia, dari caranya berbicara (menyoal dan menjawab) hampir aku dapat ku tau - jantan, lelaki, betina, sang berani, sang pengecut, sang pembodek, dan banyak SANG lagi...

Kita tidak perlu terlalu berani, memadailah kita boleh memahami. Tidak perlu terlalu pintar, memadailah kita boleh memberi kefahaman. Tidak perlu kita terlalu kaya, memadailah kita mudah MEMAHAMI sesama manusia...

How Are You? said...

Fuh berbisa..