SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, April 7, 2009

"ISTIMEWA BUAT DS NAJIB..."

Oleh: Sanguru (Tekong SAM)
(Hadiah SAM buat DS Najib sempena pelantikan sebagai PM ke-6)
SAM bukanlah gelanggang saya "berkartun". Maka ini bermakna memang ada yang "special" kenapa tiba-tiba saya "ubah tabiat...". Yang saya maksudkan ialah DS Najib Tun Razak. Kami mngharap DS Najib akan membuktikan pepatah Melayu : " Mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi" . Maksud kami, semoga DS Najib mewarisi jiwa rakyat, jiwa sederhana dan bijak cari formula pembangunan, yang dimiliki oleh ayahanda beliau, Tun Razak. Sesungguhnya , tanggungjawab rakyat selain menyokong ialah mendoakan pemimpin; yang cemerlang jadilah gemilang, yang gemilang jadilah terbilang...

5 comments:

Mr. Aki said...

Mr. Aki urang UMNO ( AMUNO ) dari dulu sampai sikarang, tapi macam pambangkanggg.. pasal Mr. Aki punya akal lain dari yg lain. Ygs bagus tatap Mr. Aki bilang bagus, yg buruk tatap Mr. Aki kata inda bagus... pantang urang bukit suda mabuntuttttt... dulu bulilah d kasi ikan tin

Mogoron said...

Tanpa mengira apapun ideologi politik, mungkin kah negara tercinta ini akan lebih maju dalam semua aspek (infrastruktur, ekonomi, sains & teknologi, kesusasteraan, politik, minda dan sebagainya) jika saja seluruh rakyat dan pemimpin menjiwai RUKUN NEGARA.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Kadang-kadang kita lupa akan "KESOPANAN DAN KESUSILAAN" dalam kehidupan yang singkat ini.

Tahniah diucapkan kepada PM baru Malaysia, YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Semoga perkara yang baik jua diperjuangkan.

Little Mike said...

Rukun negara cukup untuk memandu akal bagi mereka yang tahu menjiwainya... perkara yang baik, diusahakan dengan baik, hasilnya baik.

Umar al-Longobi said...

selagi dunia ini belum kiamat atau jasad masih bernyawa, selagi itu manusia diceruk manapun tinggalnya akan mempunyai ruang dan peluang utk berubah.

walaupun kita tahu bak kata Nazrey `iman tak dapat diwarisi`. jd, gunalah sebaiknya ruang dan peluang yg rakyat beri. tapi kena diingat, peluang itu pula mempunyai tempoh dan batas-batasnya. jangan samapai terlewat.

kami tetap menyokong tapi spt kata2 Muhyidin, `bukan menyokong yg membawa rebah`...

SANGURU said...

KALAU MENJADI KERAJAAN, BERLAKU ADILLAH. KALAU JADI PEMBANGKANG, BERLAKU ADILLAH. APAPUN YANG KITA JADI, BERLAKU ADILLAH. TUHAN SUKA KEPADA ORANG YANG ADIL...