SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, April 29, 2009

Jalak Pitas ! 1.1 kg

hasil dengan BOMBERBUSHWHACKER
JALAK 1.1 KG Hari ni saya ingin sharekan dengan semua hasil saya terbaru dengan JALAK 1.1 kg di masa sekarang memang sangat sukar untuk dapat jalak seberat ini. diharapkan TANGKAP & LEPAS dapat dipraktikan dengan sebaiknya untuk menjaga stok ikan kita yang masih ada sekarang. Sebagaimana yang sebelum ini, saudara ison pernah bertanyakan tentang ikan "SOPONG" kepada saya, sama ada saya pernah dapat atau tidak. Actually saya pun tidak kenal sangat dengan ikan sopong ni... dari pemahaman melalui penerangan dari kawan-kawan & bini, baru lah saya dapat sedikit overview tentang ikan ini. Actually, menurut ison juga, dulu ikan ini amat mudah untuk ditangkap di kawasan kampung beliau. tapi pada masa sekarang, tidak kelihatan sudah kelibat ikan sopong ini. malah, di kawasan kampung bini saya pun tidak lagi kelihatan ikan sopong ini sekarang, ke mana perginya spesies ikan ini? ini lah akibatnya jika tidak di jaga stok ikan yang ada, jika kita memukat atau menjala sekali pun, saya rasa tidak salah jika ikan yang bersaiz kecil dilepaskan semula, agar ianya dapat membesar untuk sesuai sebagai TABLE SIZE... Saya telah mencuba kaedah TANGKAP & LEPAS ini sejak mula casting lagi... dan saya juga telah mencuba untuk mempopulasikan jalak di satu tempat yang saya ingin rahsiakan atas keselamatan stok ikan ini. di mana, spot ini sebelum saya lepaskan ikan jalak, memang hampa dengan stok yang ada, cuma 1 atau 2 ekor saja yang saiznya sangat kecil walaupun sudah berhabisan saya casting... kemudian, saya melepaskan lebih 10 ekor jalak pada awal tahun 2008. dan saya tidak casting di spot tersebut sehingga lah awal tahun ini. dan setelah cubaan pertama saya, akhirnya saya dapat hasil beberapa ekor jalak yang bersaiz sederhana, serta ada yang mencapai saiz 800 gram sudah. akhirnya, spot ini kembali penuh dengan ikan-ikan nya... malahan ikan seperti, "karuk" "talapia" "keli" "turongou" pun sudah ada di spot ini. ini bermaksud, spot ini telah pun pulih walaupun tidak lah mungkin seperti keadaan asalnya di sana. hasil saya casting di spot ini juga saya lepaskan semula 100% akhirnya selama setahun menunggu spot ini, saya sudah pun berjaya menaikkan semula stok2 ikan yang ada di sana, walaupun saya cuma lepaskan ikan jalak saja. sistem "TAGAL" ataupun "BOMBON" sangat efektif sepertimana yang kita sedia maklum. dan tidak rugi rasanya jika kita mencuba pula " TAGAL " untuk parit2 besar yang sedia ada sekarang, mana tahu mungkin di masa depan, saya sendiri boleh memancing ikan "SOPONG" seperti yang mana saudara ison sebutkan.

7 comments:

SANGURU said...

LUMAYAN DAN MENYERONOKKAN!

ruvist said...

wow.besarnya ikan

Bujang Susah said...

Nak datang sana mancing boleh?

ming2elly said...

sanguru bila mau try casting?

ruvist... pernah dapat ikan jalak yang besar ka?

bujang susah... boleh ja datang sini, sya cuma casting & amalkan tangkap & lepas... jaga stok ikan bah...

Mogoron said...

Ha ya Ming, itu ikan setakat dipukat dan dirambat tidak juga pandai habis tu, tapi sekarang ini segala parit besar dan sungai sudah mengalami PENCEMARAN kimia pertanian bah.

Ikan besar habis ditangkap, anak ikan langusng tiada peluang hidup. Ikan besar yang terlepas pula bila hidup dengan bahan cemar, sudah terjejas fisiologi dan kesuburan pembiakan. Akhirnya, SOPONG tinggal kenangan.

Saya mengesyorkan agar Sdr Ming bukan saja kempen tangkap-lepas ikan-ikan tempatan tetapi juga kempen penggunaan racun makhluk perosak secara berhemat di kawasan pertanian terutamanya kawasan tanaman padi.

ming2elly said...

thanks atas comment mogoron, komen yang bernas. kerana saya juga telah melihat banyak kawasan tali air serta parit terjejas akibat pembuangan sisa toksik atau sisa bahan kimia untuk tanaman. lepas ni saya akan postkan beberapa tempat yang saya telah kenal pasti telah berlaku kejadian ini!

ison said...

Ikan sopong dalam kenangan... :(