SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, April 25, 2009

Kerdip Permata Di Celahan Kaca!

Saudara, sejak akhir-akhir ini Blog SAM telah dihangatkan oleh isu `Lurus VS Bengkok` tulisan Ketua Pengarang SAM. Ya, syabas `Inspector Sahab` atas keberanian anda mengutarakan kebenaran dan keikhlasan turun ke lapangan bagi mendapatkan fakta yang tiada keraguan padanya. Dalam iklim politik dunia yang penuh polemik ketika ini, pastinya bukan mudah untuk membongkar kebejatan sosial dan menegakkan yang hak! Syabas sekali lagi. Tidak dilupakan kepada pengomen. Perkataan syabas juga selayaknya untuk anda. Sekonyong-konyong perhatian umum meluru ke arah konspirasi di antara petualang bangsa dan pihak kontraktor. Sebenarnya saya juga rasa terpanggil untuk menzahirkan rasa marah atas pendustaan yang mereka lakukan. Hati ini tidak boleh terima. Jiwa ini menggelegak muak dengan kekejian perbuatan mereka. Sampai hati pengkhianat ini menari-nari di atas kubur kesengsaraan rakyat khususnya pengguna jalan yang berpuluh tahun lamanya. Dasar bi*****g... Tapi persoalannya, cukupkah hanya menyalahkan `pihak-pihak` ini yang umum mengetahui bahawa projek-projek seperti ini merupakan `lubuk RM` mereka? Secara mudahnya macam begini... wang yang digunakan untuk melaksanakan projek itu adalah wang rakyat. Rakyat pula mengamanahkan wang itu agar diurustadbir dengan cekap dan bijak oleh wakil mereka iaitu Kerajaan yang memerintah. Ekoran itu, Kerajaan pula mengamanahkan beberapa individu di tempat-tempat tersebut sebagai wakilnya bagi berkhidmat kepada rakyat di dalam rangka melaksanakan dasar-dasarnya. Dalam isu `Lurus VS Bengkok` saya kira berlaku kebocoran di dalam J/K Pihak Berkuasa Tempatan (J/K PBT). Khususnya di dalam proses bermula pengeluaran tender, PEMANTAUAN dan penilaian. Pemantauan yang kurang efisien telah menyebabkan kelicikan para petualang ini tidak dapat dikesan. Jadi, tingkatkan lagi tahap kecekapan itu. Saya ulangi, tingkatkan lagi. Khususnya di dalam setiap transaksi termasuk yang melibatkan orang kampung. Saya tidak berniat untuk mencari kambing hitam untuk dikambingkan. Bagaimanapun dalam konteks sekarang ini, hakikatnya setiap yang bersalah itu tetap akan dianggap sebagai `kambing`. Maka bolehlah dikatakan bahawa, kedua-dua objek yang saya jelaskan di atas adalah `kambing`. Tapi `kambing` yang lebih hitam bulunya adalah mereka yang diamanahkan rakyat. Baik... sekarang saya ingin bertanya, adakah ini inti yang paling dominan dalam isu ini? Pada saya, ada lagi yang lebih dominan. Apa dia? Ya... anda betul. Kita masih kekurangan orang-orang yang bersifat sebagai sang PEMBERANI. Izinkan saya menggelarkan kelompok ini sebagai PERMATA BANGSA. Sekali lagi syabas kepada Ketua Pengarang SAM atas keberanian dan rasa sayangnya kepada bangsa. Tapi seorang dua tidak cukup. Kita perlu rrrrrramai lagi! Apabila terpantulnya isu-isu seperti ini, tanpa kita sedari kita mula melihat pancaran-pancaran kerdip butiran permata di celahan kepingan kaca. Maknanya, ramai anak jati KM yang sebenarnya di dalam jasad mereka mengalir darah seorang pejuang. Tapi, ia butuhkan rangsangan demi rangsangan agar mereka boleh keluar dari balutan lumpur ketakutan, kealpaan dan keselesaan. Bangsa amat dahagakan permata-permata bangsa seperti ini. Ini kerana, saya percaya di samping isu `Lurus VS Bengkok` masih banyak lagi isu lain yang belum berjaya dibongkarkan. Termasuk projek-projek pembangunan di kampung-kampung. Misalnya kita lihat berlakunya jurang pembangunan yang amat besar di antara kampung-kampung khususnya yang terdapat di kawasan N5 Tandek. Ada kampung yang tidak ada sekolah, perpustakaan, klinik dan lain-lain. Susun atur rumah berserabut tidak terancang. Sistem perpaipan pula selalu rosak walau peruntukan demi peruntukan telah disalurkan oleh pihak Kerajaan. Percayalah bahawa, semua ini perlu dibongkar dan diluruskan demi kesinambungan pembinaan tamadun bangsa. Tugas ini terletak di bahu para Permata Bangsa. Semboyan telah lama dibunyikan... ayuh bangsaku! buangkanlah selimutmu, tinggalkanlah batal dan tilam empukmu. Capai `pedangmu`, bingkaslah menuju ke medan juang.....!

12 comments:

Mr. Aki said...

Mana2 rakyat tandik yang inda perihatin terhadap PENIPU2 bangsa maka bermula hari ini kamu kana tahu.... jangan lagi menjadi panakuttttt hanya urang2 gila saja yang indada parasaan yang diammmm.... yang panakut bagus bungkus baju keluar dari tandikkkk...

Umar al-Longobi said...

mr. aki,

sepatutnya mcm begitulah. sy setuju saranan itu.

lagi satu, sy tingu sebenarnya org tandik ni ramai yg berani. tapi mcmtulah bah, ramai yg cakap mau jaga `periuk nasi` juga. takut kana buang karaja mungkin. hehe..

kalau ada kabun gatah yg luas mcm mr. aki inda apa. tiap bulan bulih jual kantalan. ada juga 3000 kan. moralnya di sini, bagus juga kalau kita ada bisnes sendiri. kita bebas tanpa terikat dgn mana2 pihak.

tahniah mr. aki, teruskan memantau cucu-cucumu yg baru mula balajar makan garam ini. :-)

Anonymous said...

Hello bro!!!

Nak ajak orang berjuang senanglah bro.Nak tanye U tu dah berjuang ke????????????Ape sumbangan U pada Sabah. Hah!

Anonymous said...

Come on guys!!! Sincerely, my personal views is NOTHING HEROES formed or born on Marudu land. Sorry to say, but this the reality. Isn`t? Thant`s why, there is NOTHING DEVELOPMENT!Persetankan permata. Piiiiiiiiiiirah...

Little Mike (LM) said...

To anonymous... ajak org berjuang tu bukan perjuangan ke namanya?? Jika anda bertanya apa sumbangan pada Sabah, tanya pada barisan kabinet Sabah yang menerajui kepimpinan... jika kebaikan ada usaha dan difikirkan dengan cara yang baik mengapa tidak dimulakan dengan inisiatif bersuara? saudara bercakap tentang NOTHING DEVELOPMENT. Maka terus persetankan bumi sendiri???

Umar al-Longobi said...

LM,

tq. sy kira komen sdr sudah lebih daripada cukup utk menjawab persoalan seorang manusia yg lahir tanpa sempat diberikan nama oleh ibubapanya...


Anonymous,

tq atas kesudian berkunjung walaupun komen sdr berbaur serpihan kaca provokasi. apapun, kami dlm SAM sentiasa bersedia menerima apa saja komen. bersedia berbahas di atas pentas ilmiah. tapi, kalau baling sembunyi tangan.. buat apa nak layan. dedahkan identiti anda, biar kita bersilat secara terbuka. :-)

lady27 said...

biar apa urang mo ckp..just go on..berjuang utk kesenangan bersama~
chayo!

Nazri Aldusuni said...

Kalau saya d tanya apa sumbangan sy pada sabah... maka saya jawab, saya telah undi kerajaan yang ada UMNO. Apa itu bukan sumbangan ke ... ? atau sumbangan itu d nilai dengan RM ... YG penting sekali. Kita tanya kerajaan, apa sumbangan mereka pada negeri sabah ( rakyat ). suda cukup ? ringkasnya semua rakyat sabah ada sumbangan pd negeri ini ...

Umar al-Longobi said...

lady27 & sdr. naz,

anda betul. sy amat bersetuju. bersama kita teruskan perjuangan demi rakyat & negara!

lady27 said...

yaba..klu bukan kita sdri y kc mula..sepa jg y mo kc mula..mo tggu urg len..berapa lama,"adakah org tu" & bila?so doesnt matter la samada seseorang tu da bagi sumbangan@x,y penting ada fikiran mo kc maju negeri & tempat sendiri,dan juga cuba berusaha ke arah trsebut..dont be hypocrite utk tnya apa sumbangan if diri sdri pun xsumbang pa2 & hanya tau mo kritik apa y urg cuba lakukan(krtikan membina tia pa,ni men ckp ja..open la sket).mmg senang utk kata "BERJUANG BERSAMA",& BUKAN SUSAH jg utk merealisasikan MOTTO tersebut sekiranya mempunyai keinginan y tinggi utk mencapainya,hanya y sggp jadi mcm KERBAU TAMBATAN ja y rasa tia ble..& MOST IMPORTANT is kita suma sama2 berganding bahu..apa y saya katakan bkn bertujuan utk menghangatkan keadaan(SORRY JA LA)..sekadar utk mengingatkan apa y perlu diingat..^^

SANGURU said...

Tiada pejuang dari Marudu? Silap besar. Konsep Marudu ini meliputi Kudat, Bandau/Tandek (kini dikenali Kota Marudu) dan Pitas. Tun Mustapha , Bapa Kemerdekaan Sabah berakar umbi dari "MARUDU" tau. Ibu negeri pertama sabah di "Marudu" iaitu Kudat. Permata ramai dari "Marudu" cuma...masa berubah dan "permata-permata" dari "Marudu" terkubur dan dikuburkan oleh pihak tertentu.

Maaf, saya bukan fanatik Marudu, (Kami anak marudu, anak sabah, anak malaysia) cuma bila ada kejahilan/kekeliruan, wajib bagi saya mengetengahkan kebenaran. Memang itulah prinsip SAM.

Umar al-Longobi said...

tq semuanya. ya, kita akui bukan mudah memilih jalan perjuangan. ramai yg tsungkur di tengah jalan. hanya beberapa org yg sampai ke kemuncak. apapun, jalan perjuanganlah yg paling manis walau dari luar nampak berapi. berjuanglah walaupun sekadar mengalihkan duri dari jalanan. sekurang2nya kita ada jawapan apb berjumpa dgn Tuhan kelak...