SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, April 3, 2009

LEGASI NAJIB BERMULA

ACS, 03 April 2009: Setelah menyaksikan Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO pada 26 Mac yang lalu, seminggu selepas itu (kelmarin) Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi yang dilabelkan sebagi ‘Mr. Nice Guy’ oleh ramai orang, tetapi dianggap penyebab kegagalan UMNO dan BN oleh Tun Dr. Mahathir, telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk diserahkan kepada penggantinya. Segala persoalan kini sudah terjawab. Samada kita setuju atau tidak, suka atau tidak, hari ini Malaysia menyandarkan harapan baru kepada Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak (Najib) sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang sudah pun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 di hadapan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada jam 10 pagi tadi. Menyentuh mengenai kewibawaan dan kredibiliti Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia, banyak pandangan yang berbeza mengenainya. Sebahagian daripada pandangan itu dipengaruhi oleh ’cerita rakyat’ yang mengaitkannya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia dan tuduhan ’kebiasaan2 buruk’ beliau. Mungkin terlalu awal untuk menilai, tetapi selama beliau memegang portfolio sebagai Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pertahanan yang kemudian beralih kepada Menteri Kewangan, selain kepetahan beliau berkata-kata, saya kira tidak banyak ’cerita kerja’ beliau yang jelas memberikan impak positif kepada pertumbuhan negara. Walau bagaimanapun sebagai Perdana Menteri yang baru, Najib boleh dikatakan ’bertuah’ kerana mendapat sokongan padu Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 yang sangat berpengaruh. Sudah tentu sebagai protege Tun Dr. Mahathir, corak kepimpinan beliau akan mirip mentornya. Oleh itu, kita boleh menjangkakan akan ada perubahan2 drastik yang bakal terjadi dalam arus kepimpinan negara, khususnya menyentuh mengenai polisi2 kerajaan. Apakah cerita ’persengketaan’ di antara Najib dan Anwar akan menjadi semakin rancak selepas ini? Mungkin, kerana sudah tentu Najib akan mempergunakan sepenuhnya ’kelebihan’ yang ada pada beliau untuk ’membinasakan’ Anwar. Bagi saya secara peribadi, semua cerita di atas bukan perkara utama yang ingin dilihat. Apa yang saya ingin lihat ialah pembaikpulihan ekonomi negara, pengagihan sumber yang saksama, dan suntikan pembangunan yang sama rata di seluruh negara. Tidak lupa menyentuh mengenai gejala sosial dan jenayah yang menjadi2 di merata tempat di negara ini yang perlu diberi perhatian serius.
Dengan ramainya pemimpin dari Sabah yang terpilih dalam pemilihan agung UMNO baru2 ini, saya ingin melihat nasib Sabah yang selalu menjadi ’bahan ketawa’ orang bukan Sabahan akan berubah lebih baik. Apakah tempias pembangunan akan sampai ke Kota Marudu? Kita masih menunggu.

7 comments:

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Salam Dr. Lama tak bersua dalam alam maya. Najib sudah sah jadi PM Malaysia, mau tidak mau kita...... Hehe..Harap2 Pak Jib boleh membawa perubahan baik kepada Malaysia. Setuju dengan ulasan Dr....

Anonymous said...

SEMALAM RAMAI URANG KL NAMPAK SATU LAMBAGA HITAM TERBANG, PUSING-PUSING ITU KLCC. SAKALI URANG TORUPUNG DIDADA DIA ADA NAMA. ZOOM LAGI RUPANYA NAMANYA ALTANTUYA........ TAPI NDA PAYALAH KAMU PARCAYA.BUHUNG BAH MANGKALI CORITA NI.


TOGILAI NOSOROB

TOMPINAI said...

Apa2 pun tahniah kepada pak najib dan terima kasih kepada pak lah kerana berjaya membuat semua orang bersuara. Selama ini kita tidak kenal siapa sebenarnya mereka tetapi pak lah berjaya membuatkan mereka menunjukkan sifat sebenar mereka ini. Pada pak najib, semoga suksess dalam memimpin Malaysia.

Little Mike said...

Sama-sama kita tunggu minda 'RM460b'nya itu. CUUUUUUKUP BANYAK!!! kalau jumlah besar begini, tidak juga sampai2 pembangunan di Tandek/Kota Marudu... SAYA TIDAK TAU LA...

SANGURU said...

setuju atau tidak, bila seseorang/sesiapa pun dah jadi pemimpin, apa lg no.1, adalah wajar kita mendoakan. Jika ada kesilapan, rakyat berhak dan bertanggungjawab, tegur. Jika x tegur, kira salah. Jika yg d tegur x endah, terpulang pd Tuhan. Kewajipan rakyat sudah ditunaikan, kewajipan pemimpin, pemimpin kena jawab sendiri.
MUDAH2AN MLYSIA AMAN, MAKMUR. AMIN...

Umar al-Longobi said...

kita tunggu dan lihat... jikalau ok, kita teruskan sokongan. jika ko, kita rebahkan dia dengan senyuman.

p/s: malas sudah mengayat-ngayat. pi mai pi mai tangtu juga. hehe..

Little Mike said...

saya mendoakan perkara yang sama. YANG TERBAIK untuk Malaysia...