SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, April 23, 2009

MENGAPA TERGAMAK MENZALIMI PEMBAYAR CUKAI DI TANDEK?

Hujung pangkal projek menaik taraf jalan pembalakan Tandek - Longob saya tidak arif dan tulisan ini sekadar respon kepada apa yang SANGURU paparkan dan pengulas-pengulasnya di blog SAM. Menggunakan kaedah ilmu matematik atau ilmu kira-kira atau ilmu hisab saya terpanggil untuk mencelah di ruangan maya ini. Dalam cabang ilmu yang disebutkan tadi, ada kaedah penyelesaian masalah matematik dengan pendekatan ANDAIKAN (siapa yang ada ambil matematik peringkat SPM mesti faham). Oleh itu saya mengandaikan 20,000 orang penduduk layak mengundi di Kawasan N5 Tandek. Kampung-kampung sekitar Tandek sahaja boleh diandaikan jumlah penduduk yang layak mengundi adalah kira-kira 14,000 orang atau 70% daripada jumlah keseluruhan. Jangan lupa selain ada kuasa mengundi mereka juga pembayar cukai. Cukai perniagaan, cukai pendapatan, cukai tanah dan lain-lain cukai. Andaikan 14,000 orang itu membayar cukai tanah sahaja sebanyak RM10 seorang setahun selama 40 tahun jumlahnya adalah sebanyak RM5.6 JUTA. Kalau dicampur lain-lain cukai dalam tempoh itu tidak mustahil 14,000 orang boleh memberi cukai paling tidak RM20 juta. Tandek juga sinonim dengan gelaran RAKYAT TERMISKIN DI MALAYSIA, namun di dalam kemiskinan masih boleh menjana sumber dana kepada kerajaan. Kami penduduk Tandek juga adalah PEMBAYAR CUKAI! Kerajaan yang memerintah telah diamanahkan oleh rakyat untuk menguruskan pembangunan di tempat mereka. Selain daripada undi, rakyat juga menyokong kerajaan dengan setia membayar cukai. Mereka yang tinggal di sepanjang jalan Tandek - Longob juga tidak terkecuali membayar cukai. Sudah sekian lama, mata rakyat di sepanjang jalan tersebut memandang kekayaan hutan Tandek diangkut keluar dengan rakusnya saban hari hampir 30 tahun. Dalam tempoh itu juga apa yang mereka dapat hanyalah debu yang membawa sesak nafas dan pelbagai penyakit sampingan. Syukur akhirnya kerajaan prihatin mengembalikan cukai rakyat Tandek dengan menaik tarafkan jalan pembalakan Tandek - Longob. Saya andaikan tulisan SANGURU itu benar. Persoalannya mengapa ada pihak tergamak memperbodohkan kerajaan dengan mengenepikan plan sebenar pembaikan jalan tersebut? MENGAPA PEMBAYAR CUKAI TANDEK DIZALIMI? Wang peruntukan belasan juta(?) itu adalah wang rakyat dalam bentuk cukai yang dibayar setiap tahun. Saya andaikan kerajaan sudah mengambil kira kos bahan binaan, kos pengangkutan, kos pampasan dan kos upah kontraktor ketika menyediakan peruntukan. Dalam kes ini saya andaikan ada pihak yang mahu mengambil kos pampasan. Itulah sebabnya barangkali pemilik tanah dituduh, kononnya memberi masalah dan membantah dengan keras kerja melurus jalan di tanah mereka. Sekadar renungan bersama kepada yang berkenaan jika seagama dengan saya, berikut dua petikan daripada bible. Lebih baik penghasilan sedikit disertai kebenaran, daripada penghasilan banyak tanpa keadilan. (Amsal 16: 8) Harta benda yang diperoleh dengan kefasikan tidak berguna, tetapi kebenaran menyelamatkan dari maut.(Amsal 10: 2) Jika pihak berkenaan tidak seagama dengan saya, Sanguru dan rakan SAM lain mungkin dapat memberikan petikan daripada kitab suci mereka sebagai renungan. Perkembangan moden membolehkan kita meneliti kampung halaman dari atas. Terima kasih kepada Google Maps kerana memberi gambar satelite pada resolution yang tinggi bagi kawasan Tandek. Untuk tatapan bersama berikut adalah gambar yang diperkatakan oleh Sanguru. Nota: Hindarkan kezaliman, tingkatkan kebajikan kepada rakyat Tandek secara khusus.

11 comments:

kyro said...

Itulah namanya petualang bangsa.Teruskan perjuangan Mongoron.

Saya masih ingat dulu awal 80an,Tandek masih belum dpt bekalan air dan letrik.YB demi YB silih berganti tetapi masih tidak dpt menyediakan keperluan rakyat.Kayu balak hasil bumi Tandek diangkut keluar.Waktu itu KM Dtk Harris selalu dtg ke Tandek menggunakan helikopter tinjau2 kayu balak dia.Seperi jga org2 lain,arwah bpa saya sakit hati melihat keadaan ini dan mengambil keputusan untuk berjumpa dan mengutarakan sendiri keluhan rakyat kpd KM."Kau siapa,ketua kampung? wakil rakyat? kenapa kau berani2 dtg jumpa saya begini?".Itulah reaksi KM ketika itu.Namun bapa saya sedikit pun tidak gentar dan berkata "jalanraya kg ini teruk,jambatan tiada,bekalan air bersih,letrik dan telefon tiada.Kau pulang KK ini hari jgn naik helikopter kau naik kereta dan rasa apa yang kami orang kampung rasa".Kalah malu KM sahut cabaran bapa saya.Dia naik kereta.Jambatan rakit waktu itu sudah lama roboh dan dibiar begitu saja dan laluan altenatif adalah menyusuri sungai Timbang Batu.Mungkin juga driver KM sengaja,kereta yg dinaiki KM tenggelam disungai dan KM terpaksa turun berjalan kaki menyusuri sungai tersebut.Bila dia melihat bapa saya senyum2 tgk dia yang basah itu,KM sambil berteriak mengarahkan supaya jambatan rakit dibina semula,jalan diperbaiki,bekalan air,elektrik dan telepon disediakan.Hasilnya dapat kita nikmati sekarang walaupun bekalan air macam tidak konsisten (1 hari 2-3 jam saja ada air itupun tengah malam) namun rakyat tetap bersyukur.Jalanraya Kota Marudu-Pitas dibina malangnya Jalan Tandek-Morion,Jalan lama Tandek dihadapan rumah kami pula dipinggirkan padahal suatu ketika dulu jalan lama ini adalah jalan utama.Kononnya ada ura-ura utk menaiktaraf tapi macam khabar2 angin saja.Mungkin Mr Aki boleh kasi masuk ini dalam buluk dia sebab ini jalan lama dia selalu pakai pigi jual kantalan.

ison said...

Ades, ikau to bala ti mogoron. Ondos ku ong isai mumula.

Khusyuk oku mambaca mantad silod sawat gisom naawi, aso no tambaan ku. Nosisid ngawi nelo. Momudut po gam gambar dot satelit. Okito banar ilo kookilong dilo ralan, om aso i tongo paluw, sokid pawayaan potulid dilo. Opurimanan i banar bo mari kawaya silod ralan dilo.

Selama 30 tahun rakyat tandek menantikan pembangunan jalan raya. Kini projek sudah diluluskan, tapi pembohongan berlaku di 3 tempat. Sudah tentu bukan hanya 3 orang yang terlibat dalam konspirasi ini. Rakyat Tandek tidak mahu lagi diperbodohkan untuk kali yang ke-3. Kami juga tidak mahu menunggu 30 tahun lagi untuk membangunkan Tandek.

Syabas! SAM, untuk entry2 yang begitu mengujakan ini. Kalaulah saya YB? Amu bo mikalasu ot toogomom. Andang ko oribut nopo yaalo biano. Amu no lowong yomogun marii...

ming2elly said...

baru saja saya limpas sana tu tadi, dari longob ke tandek... memang sebahagian jalan tu belum berturap, yang lain suda berturap... dari pandangan google earth tu, memang kawasan tu saja yang masih belum berturap disebabkan oleh mereka2 yang tidak bertanggungjawab...

diharapkan jalan tersebut siap seperti yang plan asal dari JKR. memang itu adalah satu kemudahan bah, lagipun tidak perlu jalan gravel lagi macam dulu...

kira taraf hidup untuk kawasan tandek pun berkembang sudah dengan adanya jalan berturap tersebut...

teruskan usaha sanguru!!!

Umar al-Longobi said...

tahniah sdr. mogoron atas entri yg amat baik.

syabas kpd KP SAM yg berani membongkar kelicikan beberapa petualang bajingan ini. sepingat penghargaan juga kpd para pengomen yg tidak jemu2 memberikan sokongan dan fakta tambahan.

pada hemat sy, sikap pemaju spt yg digambarkan itu adalah zalim atas kedustaan/penipuan yg mereka telah dan mungkin bakal lakukan. Allah pernah berfirman:

"Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau Yang mendustakan ayat-ayatNya..."(Al A’raf 7:37)

golongan penipu ini wajar diheret ke muka pengadilan sekiranya bukti sudah mencukupi. mungkin lebih byk lagi penipuan yg telah dilakukan termasuk projek2 pembangunan kampung. tapi, kita perlukan seorang PEMBERANI yg cekap utk membongkar kebusukan ini berserta bukti2 yg ampuh.

tidak ada niat lain, selain berharap agar kesilapan yg disengajakan ini dihentikan serta-merta demi pembangunan mapan rakyat dan negara!

SANGURU said...

gambar satelit jelas menunjukkan Jalan Bengkok yang tidak ikut plan JKR. Jalan bengkok itulah yang mahu diaspal. Sepatutnya jalan baru sebagaimana pelan asal JKR mesti dibina oleh pihak kontraktor. Tanyalah pemilik tanah yang terbabit, adakah mereka membantah? TIDAK! yang membantah adalah individu yang tiada kena mengena. Bantahan mereka diperkuat oleh JKKK. Ini memang disukai oleh pihak kontraktor sebab mereka ada alasan untuk tidak bina jalan baru. Ada orang yang mahu jalan aspal ikut jalan lama/balak sebab: MAU PAMPASAN RUMAH! secara matematikal, adalah lebih menguntungkan pihak kontraktor mengaspal jalan lama walaupun membayar pampasan daripada MEMBINA JALAN BARU + MEMBAYAR PEMPASAN.

TAPI YANG SEPATUTNYA: IKUTLAH PLAN JKR. BINA JALAN BARU DAN KALAU PERLU BAYAR PAMPASAN, BAYARLAH BAH. ITU DAH JADI KEBIASAAN DI MANA-MANA.

Little Mike (LM) said...

apa kata lain kali kalau ada peruntukan rm12 juta (katakan la) untuk membuat jalan baru dan aspal, jikalau ada laporan pembinaan jalan baru tidak dipersetujui, salurkan sahaja peruntukan yang mencukupi untuk mengaspal jalan. Nanti peruntukan untuk buat jalan baru dalam poket orang yg tidak bertanggungjawab saja, menyenangkan nafsu material mereka semata2.

kalau tidak, usah lantik kontraktor tetap. projek biar melalui tender. Salurkan peruntukan sebahagian dahulu. Tengok progres. lagi satu, Siapa dapat tender, kawasan projek, jumlah peruntukan sebenar untuk projek tersebut, dedahkan kepada rakyat. Bentangkan hasil projek. jika ada lebihan peruntukan simpan untuk projek desa lain. Jangan fikir untung dulu. utamakan rakyat. Bukannya kos kontraktor tidak di bayar! bukannya mesin mereka tidak di sewa! Bukannya upah pekerja tidak dibayar! nak rebut lagi ke peruntukan khas UNTUK RAKYAT???

SANGURU said...

Oya, antara alasan kontraktor agar "plan pilihan mereka" diterima JKR ialah; mereka dah lampau lama tergendala, tak mampu tanggung kos sewaan jentera. Siapa suruh? mengapa dari mula tidak berjalan lurus? kenapa dari mula mau mengarut dengan pemilik-pemilik tanah? saya yakin kalau niat baik, hati luhur dan tidak bengkok, apapun masalah dapat diatasi dengan mudah. projek pasti lancar punya...

Anonymous said...

hangat rupanya isu lurus vs bengkok projek naiktaraf jalan tandek diperkatakan dan diperhebatkan lagi dengan tuduhan yang rasanya dipengaruhi oleh hasutan daripada 3 idividu yang semakin terhimpit dikala agenda-agenda mereka tidak tercapai. teruskan membaca tulisan ini kerana saya bakal membongkarkan situasi sebenar dengan ringkas.

saya tertanya tanya sumber informasi yang anda dapat sehingga ada segelintir blogger dengan beraninya membuat kesimpulan berdasarkan informasi yang hanya datang dari mulut ke mulut ataupun hanya di alam blogger(siasat dulu dari asasnya dan dengar ulasan dari semua pihak,jgan main hentam saja).

saya tidak salahkan anda sebagai blogger dan saya sedar kita bebas mengemukankan pendapat tapi sedarlah bahawa anda sebenarnya sudah termakan hasutan daripada 3 individu di lokasi dimana masih KIV yg kononnya mereka ini mahu jalan yang lurus.

saya ingin ambil peluang ini untuk anda renungkan semula isu lurus vs bengkok kerana anda semua sudah dikaburi dengan agenda-agenda yang tidak sihat oleh 3 individu ini yang suka sgt memutarbelitkan ketamakkan mereka terhadap pampasan daripada kerajaan (duit cukai yang kita bayar) sehingga meterbelakangkan kemudahan awam khusunya Warga Tandek. saya dgn tegasnya dan sejujurnya menyatakan bahawa 3 individu inilah yang sebenarya yang bengkok dan mahu jalan kita jadi bengkok.

di lokasi pertama( Kg. Tingkalanon), individu inilah yang mahu jalan kita dibengkokan supaya tidak kena tanah pusakanya. (anda boleh turun padang dan tanya penduduk sekitar, memang dari dulu dia tidak mahu jalan itu diluruskan,buktinya kta dapat lihat jalan balak yang kta guna skrg bentukya 'L'). tapi dia pandai berkata-kata tuk menegakkan agendanya. kalau dari dulu dia betul-betul mau jalan yang lurus, skrg mungkin jalan itu sudah siap dibina.

di lokasi ke 2&3 (Kg. Nolotan & Salimandut) pula ceritanya lebih kurang sama cuma melibatkan rumah yang berpenghuni. 2 individu ini pun kononnya mahu jalan yang lurus dan bertopengkan hati yang lurus dan ikhlas mempertahankan spek JKR. tapi anda bakal terkejut bila 2 individu ini sebenarnya mahu jalan kita dibina lebih bengkok lagi agar jalan yang dibengkokkan itu boleh kena rumah mereka! sebenarnya ramai lagi yang mengidamkan pampasan tetapi mereka tidak begitu ekstrem seperti 2 individu yang bertopeng ini sehingga membawa kepada risiko jalan kita tidak siap dibina. (alahai.. kalau turun padang, semua penduduk sekitar pun tahu perkara sebenar cuma tidak berani tegur dan memberi nasihat sebab mau jaga hati konon).

"sedih aku pedih" saya secara peribadi sangat kecewa dengan tindakan mereka yang menterbelakangkan faedah2 naiktaraf jalan tandek yang selama ini diidam idamkan berpuluh tahun lamanya tetapi diambil kesempatan dalam kesempitan oleh segelintir individu untuk mendapatkan faedah pampasan.

tujuan saya membongkarkan perkara sebenar disebalik isu hangat lurus vs bengkok adalah untuk membperbetulkan andaian2 serta maklumat yang salah agar anda tidak terus dihasut dan mengeruhkan lagi keadaan yang sudah keruh.

saya mohon kepada setiap cendikiawan dan permata bangsa kimaragang agar renungkan semula isu ini. wahai permata bangsa, bersihkanlah minda anda daripada hasutan khianat bangsa, tanya diri anda sama ada anda masih mahu melaungkan agenda-agenda tidak sihat oleh duri dalam daging bangsa kita yang licik berkata-kata ataupun anda mahu merperjuangkan faedah naiktaraf jalan tandek untuk cucu cicit kita.
Untuk pengetahuan anda, saya telah mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan En. Androd Sadian dan menerangkan pekara sebenar dengan harapan tuduhan daripada 3 individu ini diperbetulkan.

Yang Iklas said...

Wahai Warga Tandek,

Sudah berpuluh-puluh tahun warga Tandek menderita, akhirnya Jalan Tandek-Longob berjaya mendapat kelulusan kerajaan untuk dinaik taraf dari jalan gravel kepada jalan asphalt bertaraf R3.

Majority penduduk di sepanjang Jalan Tandek-Longob amat mengalu-galukan projek sebegini. Masih jelas di dalam gambaran saya sewaktu YB Dr. Max melawat dan mengadakan upacara perasmian tapak projek pada 05/03/2008 dan betapa ramai penduduk sekitar Tandek memberi tepukan gemuruh dan pujian atas perlaksaanan projek ini oleh kerajaan.

Dalam jangka masa setahun lima bulan ini, projek menaiktaraf jalan ini hampir siap dibina. Tiga buah jambatan di Sg. Batition, Sg. Tarasak dan Sg. Longob telah bejaya siap dibina demi mengharugi banjir yang kerap dialami di kawasan ini. Jalan berhabuk, berlubang dan bertakungan air kian hanya bagai igauan lampau. Kualiti hidup penduduk dan nilai tanah sekitar jalan ini kian bertambah baik.

Namun, semua usaha ini tidak dipandang secara positif oleh segelintir pihak. Kononnya ada udang disebalik batu. Pernah kah penulis artikel ini betul-betul faham situasi sebenar di 3 tempat yang masih belum dinaiktaraf ke jalan asphalt? Hampir 90% jalan telah siap, garis tengah jalan telah siap, jambatan dan culvert telah siap.....tetapi mengapa sehingga hari kontraktor terpaksa berhenti kerja di 3 tempat tersebut? Bukankah amat menyusahkan penguna jalan raya apabila perlu mengharungi 3 laluan ini dengan keadaan tidak sempurna? Kontraktor ingin menyiapkan projek ini secepat mungkin tapi dengan bantahan oleh sesetengah pihak, terpaksalah kontraktor berhenti kerja.

Nampaknya, kontrak projek ini akan tamat dalam tempoh 2 bulan lebih lagi. Jikalau tiada jalan penyelesaian, penduduk Tandek mungkin terpaksa menerima hakikat bahawa 3 laluan ini tidak dapat dinaik taraf dan siapakah yang akan rugi kelak? Pihak kontraktor? Pihak kerajaan? Tidak...penduduk Tandek sendiri yang akan menderita. Sebahagian wang yang tidak diguna pakai untuk 3 laluan ini sememangnya akan dikembalikan kepada kerajaan.

Wahai penduduk Tandek,

Bertahun-tahun merungut,
Berjaya juga hajat dicapai,
Namun tidakan kelang-kabut,
Habislah impian terkecai.

mogoron said...

Salam sejahtera Sdr. Anonymous (May 2, 2009 12:07am) dan Sdr. Yang Ikhlas (May 6, 2009 9:35pm).

Agak lama tidak menjenguk artikel yang saya tulis di SAM berkenaan jalan bengkok dan lurus.

Terima kasih atas komen saudara berdua terhadap artikel ini, sekurang-kurangnya ia mengimbangi fakta yang saya terima.

Komen saudara berdua menggambarkan saudara memiliki minda yang murni.

Saya terharu kerana saudara berdua sudi memurnikan mindaku yang telah tercemar ini.

Semoga saudara berdua juga meneruskan usaha memurnikan minda kedua belah pihak yang terlibat secara langsung dalam isu jalan bengkok dan lurus berkenaan, agar terbelalah kebajikan rakyat yang menggunakan jalan tersebut.

SANGURU said...

Terima kasih kepada komentator. Bagus. Satu saja saya mahu cakap: saya tidak menulis tanpa fakta dan tanpa merujuk kedua belah pihak. Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak, cuma mahu "mendamaikan" kedua belah pihak agar Jalan dibina mengikut plan dan spesefikasi kerja. Tentang pampasan, itu urusan JKR dan kerajaan. Buat apa kontraktor susah hati sangat. Tugas kontraktor buat jalan ikut plan. Tugas pemilik tanah yang tidak berkaitan ialah: diam dan jangan ada unsur bantahan bagi pihak pemilik tanah sebenar. SAM hanya mahu perkara ini selesai dan tidak mengharap apa-apa. Tidak seperti pihak lain yang asyik memikir untung, pampasan dan sebagainya. Usah mo cakap. Kes ini kulut. Tunggu dan lihat sajalah...