SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, April 15, 2009

SALAM DARI PERANTAU ( BCT Japan 3rd Meeting) 14 April 2009

Pada 14hb April,sekali lagi saya menghadiri mesyuarat BCT Japan dan seperti yang dijanjikan,saya telah menyerahkan gambar2 kelapa sawit Kota Marudu yang sdr.Ming ambil dulu.Pihak atasan BCT Japan telah memberi reaksi positif dan mendengar masalah kawasan perladangan kelapa sawit Kota Marudu seperti mana yang sdr.Ming jelaskan iaitu keadaan parit2 yang tidak dijaga boleh menghapuskan hidupan2 seperti ikan jalak.Mereka (pihak atasan BCT Japan) memberi jaminan akan mengkaji masalah ini akan datang apabila projek pemeliharaan hutan dan pengawalan hidupan hutan di kawasan Kinabatangan dan Sukau berjaya dilaksanakan.Perkara ini,saya diminta untuk memberi penerangan yang lebih jelas lagi mengenai kegiatan penanaman kelapa sawit di Kota Marudu dan masalah alam sekitar yang melanda akibat aktiviti ini.Saya meminta kerjasama dari kawan2 yang tinggal di Kota Marudu supaya memberi info kepada saya terutama sdr.Ming yang rajin masuk kawasan ladang.Apa yang penting sekarang,saya sudah membuat aduan dan terpulanglah kepada pihak atasan BCT Japan untuk mempertimbangkan apa projek yang mereka jalankan di Kota Marudu nanti. BCT Japan telahpun berjaya menyiapkan "Bridge Project" mereka merentasi sungai Kinabatangan untuk kemudahan laluan orang utan merentasi sungai.Pihak BCT Japan juga sedang dalam proses untuk projek fasa ke-2 di Kg.Sukau iaitu melindungi kawasan hutan berdekatan hutan simpan Riparian agar tidak diusahakan oleh pemaju kelapa sawit demi melindungi hidupan hutan dan mengelakkan pencemaran sungai Kinabatangan. Saya berharap kepada pemaju2 kelapa sawit supaya tidak terlalu gelojoh untuk membuka penanaman baru tanpa memikirkan alam sekitar negeri Sabah.Begitu juga kepada pemimpin2 tempatan yang berkenaan seperti YB2 supaya tidak sewenang-wenang meluluskan permohonan pemaju terbabit.Memang tidak dinafikan penanaman kelapa sawit mendatangkan hasil yang cukup lumayan tetapi dalam masa yang sama,kita harus berfikir keadaan alam sekitar juga.Banyak cara lain yang boleh digunakan seperti penanaman semula pokok kelapa sawit diladang yang sama.Tidak perlu lagi meneroka kawasan baru atau menghancurkan hutan2 semulajadi dinegeri kita. Bulan depan,16hb & 17hb Mei,BCT Japan akan mengadakan pameran dan ceramah kepada murid2 sekolah di Kobe.Ceramah ini mengenai keadaan negeri Sabah termasuk penduduk dan budaya negeri Sabah.5 orang penceramah akan di jemput,mereka2 ini orang Jepun yang dihantar oleh kerajaan Jepun ke Sabah melalui JICA(Japan International Cooperation Agency).Apa yang menarik,saya juga dijemput sebagai penceramah jemputan dan akan menyampaikan ceramah mengenai bangsa Kimaragang di Tandek,Kota Marudu. Meskipun saya bukanlah pakar mengenai budaya bangsa Kimaragang dan tidak mempunyai kelulusan tinggi,namun saya anggap jemputan ini adalah satu penghargaan berharga kepada saya selaku wakil Kimaragang.Sekurang-kurangnya generasi muda Jepun kenal bangsa Kimaragang seterusnya mengenali Tandek,Kota Marudu.

10 comments:

JMimie Mabin said...

Tahniah Illie!
Majulah Kimaragang untuk daerah, negeri dan negara. Selamat memperkasakan Kimaragang di mata dunia. All the best!

SANGURU said...

Tahniah Illie,
Buatlah yng terbaik. Postkan dalam SAM apa-apa yang berkaitan dan berguna dikongsi sama. KIMARAGANG BOLEH, KM BOLEH , SABAH BOLEH, MALAYSIA BOLEHHH...

azirulgcarl said...

wow...

Terima Kasih Kepada Orang Jepun sebab mengambil berat tentang masalah alam sekitar di Sabah. Alangkah bagusnya kalau orang Sendiri juga sedar akan masalah ini.

btw, bagi ceramah baik2. hehehe...

FL Feinier said...

Wow... what a gud news.. Kalu KM dapat perhatian dari BCT, itu sudah kira jasa terhadap pengusaha2 kelapa sawit di KM.. tanpa jadi YB pun ble berjasa... how great..

hrp2, kalu BCT dtg KM, teda lah org lain yg mgaku spt, lembu punya susu, getah yg dpt nama.. hue3x...

Tahniah...

azirulgcarl said...

FL Feinier, sy rasa ko pun harus memainkan peranan penting oh...

ko kasi rancang tu pembangunan di KM nanti ye....hehehe...

ison said...

Teruskan perjuangan. Walaupun kau saturang sja 'orang kita' bersama2 dorang di sana tu, tapi samalah macam satu KM tu. Hehee... ;)

FL Feinier said...

Ui azirulgcarl...Hehe.. jan bah pula ko ckp gitu, malu sya trus ni..huhu..napa pula tiba2 sya yg tekait ni.. cam teda kaitan ja sya rasa.. haha..

apapun, tak pa.. kita join ja sembang2 di sini... mengasi ramai lagi... hehe...

azirulgcarl said...

FL Feinier... ko kan urang KM..mesti la ada kaitan juga..hehe..semua la bah ada kaitan. hehe..

apa pun...bagus sangat bah penjagaan alam sekitar ni...

RumbiaMasolog said...

What a great news it is. You done ur part and responsibility very well Illie. Congratulations.

Oleh kerana seorg org kita sudah join BCT dan berusaha untuk memperjuangkan bangsa dan kepentingan kita. Apa pula tindakan kita sebagai tanda sokongan kepada beliau?... kita tidak mau saudara Illie berjuang seorangan di sana. Sedangankan apa yang diperjuangkan adalah untuk kepentingan kita. Oleh itu saya cadangkan bagaimana klu kita join BCT ni dengan menubuhkan badan BCT ni di tempat kita sendiri di Kota Marudu. Saya rasa banyak faedah nya kita berbuat demikian sebagai contohnya, kita dpt memberi support kepada sdr Illie, dpt menonjolkan tempat2 yg semakin terancam akibat pertanian spt penanaman kelapa sawit, getah dan bnyk lg, kemusnahan hutan akibat pembalakan dan banyak lagi. Dengan tertubuhnya badan ini sya rasa suara kita akan lebih kedengaran dan lebih kuat. Ditambah dgn sdr Illie yg sudah menjadi ahli BCT maka lebih kuat la kita.... harap cadangan ini diperpanjangkan....

p/s: Illie... buli la pakai baju kimaragan masa bagi presentation nanti... sudah prepared kah? All the best kio...

Little Mike (LM) said...

Tahniah illie... Tak mungkin tandus kimaragang di antara lipatan sejarah bangsa. Teruskan usaha murni.