SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, April 1, 2009

SECAWAN KOPI...

Oleh: Tekong SAM
"BILA PEMBANGKANG MENANG DI DEWAN..."
Agak lama saya "menghilang" atas beberapa kesibukan tugas rasmi dan tugas separa-rasmi. Sepeninggalan itu, saya tetap mendapingi kedai kopi, dan sentiasa mendapat berbagai input menarik di sana-sini.
Seperti yang ditulis oleh sdr. Umar al-longobi, minggu lepas (22-24 Mac 2009), saya dan dua orang rakan guru mewakili Zon Utara ke Pertandingan Debat Ala Parlimen di Maktab Teknik Keningau. Pertandingan itu bersempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri dan Kebangsaan. Saya tidak akan ulas bagaimana formatnya kerana betullah seperti yang diulas oleh sdr Umar.
Cuma yang seronoknya debat ala parlimen tersebut, saya dan rakan-rakan benar-benar menganggap diri kami sebagai "Yang Berhormat" kerana debat ala parlimen dillakukan sedemikian rupa. Yang kurang seronoknya, pasukan kami asyik diundi sebagai PEMBANGKANG. Mungkin takdir Tuhan mahu saya dan rakan-rakan "membetulkan" kepincangan dasar-dasar kerajaan. Yang pasti kami memang "membantai habis"...ahli-ahli dewan tercengang mungkin tidak pernah jumpa "Pembangkang" macam kami.
Saya sebenarnya sedih kerana terpaksa "menguris" hati "kerajaan" dan "kementerian" saya sendiri, tapi kata pakar perubatan, penyakit kronik kalau tidak dibedah (kalau dibedah memang ada luka dan darahnya), sakit susah mau sembuh. Namun kami pandai pula dengan berkata; " Yang dipertua dan ahli dewan yang dimuliakan, sebelum kami memasuki arena politik dan terpilih menjadi YB Pembangkang, kami adalah guru...". Dengan "taktik" demikian, tidaklah nampak/terasa sangat sanguru dan rakan pembangkangnya "menikam" badan sendiri.
Hmm...beberapa dasar kementerian berjaya kami "terbalikkan" misalnya Dasar PPSMI, Dasar Skim Guru Cemerlang, dan Dasar Pengantarabangsaan Institusi Pendidikan. Kami "berpuas hati", walaupun akhirnya kecundang di arena FINAL DEBAT . Kami kalah pun kepada JUARA DEBAT tahun lepas yang cukup berpengalaman. Dan ada juga yang berkata bahawa status mereka sebagai "Kerajaan" memberi kelebihan. Tidak kisahlah. Pasukan yang saya bawa adalah "team rukut-rukut" yang tidak pernah mewakili sekolah, maktab atau universiti. Penyertaan kami dalam sayembara debat ala Parlimen itu hanya satu : MENGGUNAKAN PELUANG BERSUARA DAN KEKEBALAN YANG ADA UNTUK BERSUARA DAN MENYUARAKAN APA YANG SELAMA INI PARA PENDEBAT TAKUT SUARAKAN..."
Ya, kami cuma dapat no.2, tapi pihak Pembangkang inilah yang mendapat tepukan paling gemuruh dan saya mendapat ucapan/bisikan daripada orang besar dari JPNS: " hebat! betul-betul macam pembangkang di Parlimen. Ada gaya jadi orang politik!..." Dan paling seronok bila jurulatih Pasukan Debat Tawau (Juara) turut berkata: " kami belajar banyak perkara daripada pihak "pembangkang", terutamanya kejujuran suara hati...".
Hingga kini, setiap kali "3 YB Pembangkang" (saya, cikgu Charles Kuminding dan Cikgu Siva Kumar Krishnan) ini bersidang di kedai kopi, topik perbualan kami tetap itu-itu juga - CERITA DI PARLIMEN IMPIAN. Alangkah indahnya "Parlimen Impian" - Pembangkang membangkang berdasarkan hujah konkrit. Pembangkang boleh menang dan Kerajaan boleh berkompromi. Akhirnya saya hadiahkan serangkap pantun saya semasa menggulung hujah pihak pembangkang:
" Bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat,
bangkang kami bukan sebarang bangkang,
bangkang untuk membawa rahmat.."

9 comments:

Mr. Aki said...

ngam mula2 utk jabatan lama2 heheh YB. Kimaragang, waktu itu kerajaan n sya plk pembangkang keke ..

Umar al-Longobi said...

tahniah!

kalau sampai final dikira pemenang sudah baitu. tidak kira kerajaan yg johan atau pembangkang. hehe..

kadang-kadang, Tuhan sengaja meletakkan kita di sesuatu tempat/situasi sebagai latihan sebelum masuk ke dunia yang sebenar tanpa kita sedari. jadi, bersiap siagalah...

FL Feinier said...

Wa, best nya.. TAHNIAH lah cigu... ada cigu rakam kah masa debat tu? kalau ada kena rakam dalam bentuk VCD, boleh jg kami pinjam tgk2...hehe...

How Are You? said...

SYABAS!!!

NONG said...

Salam..
saya emang tabik sama Sanguru dari dulu sampai sekarang. Perasaan bangga dan hormat ini tidak akan pernah hilang.
Naaah..ini ibarat hujan dan air mata ini.Hanya mereka yang benar2 telah 'menyelam' ke dalam lubuk yang mampu meluncurkan hujah tegar.
Barulah boleh dikatakan alam tidak berdinding..hehehe:)

TAHNIAH UNTUK KUMPULAN SANGURU..

ison said...

Tahniah 'pembangkang'. ;)

sabahwatch said...

Dijemput datang - http://wwwsabahwatch.blogspot.com/

SANGURU said...

adesss...niat kami jadi kerajaan nak buat macam mana kalau diundi jadi pembangkang. PEMBANGKANG IMPIAN (bukan macam pembangkang biasa). hehehe

Little Mike said...

Tahniah... yang penting 'kepuasan' untuk melahirkan pendapat melalui hujah bernas. Puas kerana 'sehabis ruang dan wacana' melalui semangat ikhlas SAMPAI kepada audiens.

HAsilnya ialah LEGA HATI kita menitipkan 'pesan waktu, membuatkan mereka faham kenapa kita ke medan perjuangan...