SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, April 21, 2009

SECAWAN KOPI...

"LURUS VS BENGKOK..." Oleh: SANGURU
Agak lama tidak menulis secawan kopi, tapi bukan bermakna tidak ke kedai kopi menemui rakan-rakan untuk berkongsi cerita dan maklumat. Baru-baru ini topik perbualan mengenai KEBANTUTAN projek "Design and Build" jalan raya Tandek-Longob. Ada yang kata, itu akibat kedegilan pemilik tanah tidak membenarkan tanah mereka didirikan jalan raya baru beraspal. Ada pula yang kata; " bukan, itu akibat KELICIKAN pihak kontraktor bersekongkol dengan pihak dan individu tertentu..." Saya teruja untuk mengetahui cerita sebenar, kerana sepertimana rakyat Tandek yang lain, saya juga sekian lama mengidamkan jalan raya yang ada standard. Jalan tingkalanon-Longob-Mosolog inilah yang pernah saya gunakan berulang-alik dari kg. Tingkalanon - Mosolog untuk mengerjakan "botung" (sawah) di Mosolog di zaman kanak-kanak saya, dan jalan ini jugalah yang menghubungkan kaum kerabat kita seantero/sekeliling Tandek... Saya pendekkan cerita. Setelah menemui pemilik tanah yang berkaitan, rupa-rupanya: PEMILIK TANAH TIDAK ADA HALANGAN JALAN BARU DIBINA DI ATAS TANAH MEREKA kerana sejak tahun 1968, "Road Reserve" sudah diwarta di atas geran tanah mereka. Yang menyatakan mereka membantah adalah kumpulan tertentu yang MUNGKIN bersekongkol dengan pihak kontraktor. Berbagai cara pihak tertentu ini gunakan termasuk mesyuarat AJKK yang tidak pun melibatkan pemilik tanah sebenar. Ahli mesyuarat ini bukan pihak yang berkenaan untuk menyatakan bantahan. Tentu sdr/i pembaca bertanya mengapa? Jawapannya mudah: Dengan menyatakan pemilik-pemilik tanah itu membantah maka adalah alasan pihak tertentu untuk tidak perlu membina jalan baru yang ikut perancangan awal pihak JKR (sejak tahun 1968), memadailah mereka mengaspal jalan kampung sedia ada yang bengkang-bengkok. Tentu ini SANGAT MENGUNTUNGKAN! (Cuba kira berapa kos yang boleh dijimatkan oleh pihak berkenaan yang akan masuk ke dalam poket sebagai UNTUNG TAMBAHAN). Individu dalaman kampung serta rakan-rakannya pula tentulah ada ALASAN munasabah/menguntungkan untuk membantu pihak berkenaan. LICIK! Saya juga ada melihat berbagai surat daripada berbagai pihak yang cuba untuk MENGHALALKN permainan ini. Juga surat bantahan daripada pihak pemilik tanah terhadap PENIPUAN pihak tertentu yang secara tidak langsung memburukkan nama mereka, seolah-olah mereka ANTI PEMBANGUNAN KERAJAAN. Bila saya baca semua dokumen-dokumen dan mendengar cerita sebenar, hati saya berbaur rasa sedih, marah, geram, "gerigitan"...lantas, dengan kapasiti yang saya ada sebagai individu biasa, saya segera mengatur tindakan, nasihat dan pandangan. Saya berharap KEBENARAN dapat ditegakkan. Sdr/i boleh membantu dengan MENYEBARLUASKAN fakta sebenar. Ingat, dana besar sudah diperuntukkan kerajaan pusat, kita berhak mendapat jalan raya standard JKR. Yang LURUS mengapa mesti dibengkok-bengkokkan??? Mengapa mesti risau. Saya katakan yang benar dan berasaskan bukti. Lagi pula, kita mahu membantu KERAJAAN. Jika agensi/pihak pelaksana tidak mengikuti spesifikasi kerja/ perancangan pihak kerajaan/agensi kerajaan, bukankah ini merugikan wang negara/rakyat, merugikan rakyat (khususnya N5 tandek)...DAN MENJEJASKAN IMEJ KERAJAAN. Nota: Kiranya DS Najib Tun Razak/YB2/Menteri2/Individu yang berouthoriti membaca PENDEDAHAN ini, harap dapat arahkan pihak yang berkenaan menyiasat dan membetulkan keadaan. Terima kasih DS. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pemilik tanah, antaranya: 1. En. Kadir Shamsuddin, 0138528115 (Kg. Nolotan) 2. En. Dinson Gaul, 0195313374 (Kg. Nolotan/Salimandut) 3. En. Saibon Apalan,0198319523 (Kg. Tingkalanon)

26 comments:

Anonymous said...

woiiii....ini satu penipuan besarrr inii! nda blh dikasi biarr ini. bikin susah rayaat dan bikin jatuh reputasi kerajaan kita. BANGUN PARA PEJUANG. SYABAS SANGURU/SAM BERANI CAKAP LURUSSSS PUNYER...POWER LA SAM!


&^^&&*$$
(YB: tandekian perantau)
s.k: - tandekian

ILLIE said...

Satu pendedahan yang BERANI dari anak Marudu!! YB N.5 dan YB P168 perlu bertindak segera untuk menyelasaikan masalah ini.Betulkan keadaan sebelum parah.

Ridwan Yaakub said...

jika benar, memang tidak wajar dan pada pandangan saya biarlah bah LURUS saja...

Anonymous said...

saya pun rasa sakit hati. Mana boleh begitu, kerajaan tentu dapat nama buruk. Kerajaan sudah dengar permintaan YB/MP/rakyat N5/P168, kenapa pelaksanaan buruk. harap segera diperbetulkan. MAIN LURUS TIDAK BOLEHKAH???

ANAK TANDEK KL

Anonymous said...

CORRUPTION LAA NAMANYA TU. HEHEHE

Anonymous said...

hmm...bagus tu.
tapi saya dengar kontraktor berkenaan iaitu Micheel Enterprise ada kaitan dengan Ketua Pemuda PBS Tandek dimana dia adalah consultant..
hmm...betulka tu sanguru?
cuba ko kurik2..

Anonymous said...

ba..tak tau juga la pasal tu.
mybe sanguru kita boleh kurik2.
tp ada juga cerita kedai kupi, itu manager micheel enterprise iaitu, pn.norsiah kwn yb anita..entahlah betulka tidak.

ba..sanguru mcm byk kerja ko ni tau..

palan2..araimaitiiii.......

ison said...

I’m momentarily speechless. The whole thing is a mess! No wonder the road was, is and maybe going to be the same as 30 years ago if these devils are still walking around doing their evil business.

To the Project Manager,

Whoever you are, don’t you see the cry of your children? Maybe you don’t have children or maybe you have one, but either you thrown him/her into the dustbin on the day he/she was born or you trained him/her to become your evil successor as well.

You better be repented my dear friend.

Note: Maybe you’re just another relative of ours. What a shame!

Mr. Aki said...

Sudalah jalan bingkuk, karaja pun bingkuk apa macam... jadi tamba2 buruklah karaja. Mana bah itu ketua bahagian umno,pemuda,wanita, puteri diam2, indadakah mata diurang, indada ka talinga diurang dangar ini kes urang kampung ? ini YB pulak napa inda perihatin mau tahu ini suara rakyat, butul atau inda... pigilah turun tingok. Aikkk nah kamu ini... jangan guyang kaki saja, rakyat kalau bingkuk tapalanting kamu dalam pilihan raya.

Mr. Aki said...

Sudalah jalan bingkuk, karaja pun bingkuk apa macam... jadi tamba2 buruklah karaja. Mana bah itu ketua bahagian umno,pemuda,wanita, puteri diam2, indadakah mata diurang, indada ka talinga diurang dangar ini kes urang kampung ? ini YB pulak napa inda perihatin mau tahu ini suara rakyat, butul atau inda... pigilah turun tingok. Aikkk nah kamu ini... jangan guyang kaki saja, rakyat kalau bingkuk tapalanting kamu dalam pilihan raya.

SANGURU said...

ya, saya difahamkan oleh pemilik bahawa KP tu kira consultant sebab beliau mengakuinya begitu pada sdr. Dinson. (Rujuk: sdr. Dinson).
Tentang Pn. Norsiah tu kawan YB. Anita, itu saya belum ada sumber. Pandangan saya, setakat kawan, x jadi masalah. Tak semestinya ikut bengkok. Harap YB tegurlah bah kawan klu buat silappp...

Anonymous said...

Inilah bah susah kalau gajah2, jerung2, buat halll...bilis2 kena pilis2. Suda untung bah itu, kenapa sanggup menganiayai rakyat lagi???

{ANTI JERUNG JAHAT}

Anonymous said...

Yaaa betul, sia ada nampak surat guna latter head Pejabat Kemajuan Rakyat dan diurus oleh pemaju mukim (korang taulah siapa dia itu). Beliau yang mangatur itu bantahan bagi pihak pemilik tanah padahal pemilik tanah tiada membantah.

Pemuda Nolotan
AntI Korupsi
aNtI bilut

Anonymous said...

Untuk makluman pembaca muda yg tidak tau sejarah, jalan lama ini tidak ikut skell sebenar. Sebab itu ia dipanggil jalan balak. Jalan2 inilah yang digunakan oleh syarikat2 balak angkut keluar kayu kekayaan orang Tandek selama puluhan tahun. Kini, apa yang org tandek dapat? JALAN BALAK YANG DIASPAL! sepatutnya jalan baru yang lebih lawa, lurus2. Saya masih budak-budak masa jalan ini dibuat. Terima kasih pada sanguru kerana mendedahkan kebenaran ini. Saya akan sebarkan cerita benar ini biar rakyat tahu perkara sebenar. Biar kerajaan tahu permainan kotor pihak pelaksana. Tandekian tidak boleh diam-diam saja. Kayu balak kita sudah dihabiskan, pembangunan apa yang kita dapat???

BRO KIM (KIMARAGANG)

JMimie Mabin said...

Ini bah pula cerita sebenar di sebalik jalan bengkok tingkalanon dan nolotan. Patutlah selama ini kami (penduduk kg. nolotan)asyik dicop keras kepala kerana kononnya kami menentang keras jika tanah dan rumah2 kami 'dilanggar' untuk tujuan meluruskan jalan yg bengkok walaupun hakikatnya bukan begitu. Siapa bilang kami menentang pembangunan. kami juga mahu tengok dan mahu merasa jalan yg lurus, selamat tanpa selekoh yg merbahaya (terutama di kg tingkalanon)dan standard.
sekarang, penimbusan tanah di atas jalan bengkok kg nolotan sudah pun dimulakan. Bila2 masa terdekat akan diaspal pula. Harap2 tindakan segera akan diambil sebelum jalan bengkok 'kekal menjadi pusaka' penduduk kg yg selalu menjadi mangsa kerakusan oleh mereka2 yg mementingkan diri.

Mogoron said...

Nunga, notobungan dot kantalan ti kupi nuh beno boh Sanguru opodos nogi.

Mad lowong kokitanan iti tulun Tandek, nga kada kow boh, mungkaya i mari ot gimbaran ong adarakan noh dot oodsitan.

30 toon, anaru ot kaasabar tokou. Nga amu noorotiyan. Panantaman ong lowong molulu tulun dot Tandek.

Anonymous said...

Salam hormat..
saya sangat tertarik dengan artikel Sanguru kali ini.
TAHNIAH Sanguru untuk tindakan menceritakan hal sebenar disebalik semua spekulasi2 dan kemelut2 yang membantutkan tempoh penyiapan jalanraya Tandek - Longob.

Saya mahu berkongsi sedikit cerita yang saya dengar tentang kontrak ini.
Walaupun saya ini hanya insan biasa dalam kelompok masyarakat di daerah KM ini, tapi saya bersyukur kerana ramai kawan2 dari pelbagai peringkat tidak kira pangkat dan kedudukan begitu senang untuk menjadi kawan dengan saya.Dan sedikit2 saya mendapat tahu tentang banyak perkara tetapi saya hanya diam dan tunggu lihat saja kerana masa tidak akan pernah mungkir janji untuk menunjukkan kebenaran..
Dengar2 dari tiupan angin sepoi2 bahasa, semua pemimpin PBS ada kepentingan dalam hal ini dan masing2 mahu persen mereka.Tidak perlulah saya sebut nama2 mereka kerana ini urusan di antara TUHAN dan diri orang itu.
Cuma apa yang ingin saya pertahankan di sini ialah kalau sudah spek pembinaan jalan raya telah ditetapkan bilang lurus, biarlah ikut spek tersebut iaitu LURUS. buat apa kasi biar bingkuk.
Keadaan jalan raya yang bingkuk sebenarnya membahayakan pemandu kenderaan lebih2 lagi pada selekoh tajam yang belum kena aspal di 3 tempat seperti yang dinyatakan dalam artikel di atas.
NASIHAT sayalah kepada mereka2 yang berkenaan dan yang cuba untuk menjadi yang berkenaan dalam hal ini, berpada2lah dalam segala hal. Jangan terlalu tabarus dan orusuk.
Kamu dan kami adalah orang kerajaan dan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan dan mengembalikan maruah kerajaan yang semakin tercalar.. sekali sekala ingatlah pada kehidupan ini yang tidak kekal.

ming2elly said...

i see... actually saya ada singgah di jalan yang betul2 "S" dekat simpang masuk kg tingkalanon tu tadi petang. sya ingat sudah aspal tembus p longob, kira2 mau try la, tau2 masih setakat itu saja tu aspal dari pekan tandek.

sebagaimana yang saya tahu, jalan tersebut proposed lebih kurang 7 KM + - ( kalau saya tidak silap la, dengar dari kawan2 juga )... dari tandek ke longob tu. tapi macam sudah lebih setahun tu projek, masih begitu juga...

kalau tiada bantahan dari tuan tanah kenapa tidak diuruskan kerja tu?

nilai projek tu pun macam tinggi tu, ya lah, menaik taraf jalan tu...

saya mau cuba dulu dari longob ke tandek, setakat mana saja suda aspal ni...

Anonymous said...

ming..seperti mana sanguru bilang..tuan punya tanah inda parnah membantah dan kita buli tanya sendiri diurang.oleh kerana peruntukan projek jalan lurus ini berjuta-juta ringgit..maka ada pihak yang mengambil kesampatan...siapa yang inda mau duit kalu suda dapan2 mata???..lebih2 lagi urang itu punya kuasa..maka sanang2 lah dia urus.bilang si mogoron..urang Tandek suda betaun-taun kana kasi budu...sedangkan peruntukan baru barapa ribu ringgit "diurang" barani songlap..inikan pula juta2.

Kita sama2 tunggu tindakan dari YB N.5 dan P168...

SANGURU said...

Kelmarin petang pihak pemilik Tanah sudah bertemu dengan tuan DO untuk menjelaskan perkara sebenar. Pemilik tanah sangat marah dan kecewa kerana pihak lain yang MEMBANTAH bagi pihak mereka! Adakah patut? Ketara sangat permainan. Oya, tahniah kepada TUAN DO yang cepat bertindak dan beri ruang kepada orang-orang kampung menemuinya di pejabat sehingga jam enam petang. Inilah contoh pentadbir mithali. Saya amat terharu dengan keterbukaan dan keprihatinan beliau. JIKA ADA ORANG ATASAN MEMBACA KOMEN INI, SILA BERI ANUGERAH/PANGKAT KEPADA PN. LOVITA KOISUN, PEG. DAERAH KOTA MARUDU.

Budget memang besar, nilainya saya tak berani cakap sebab saya tak nampak sendiri angkanya. Yang saya dimaklumkan sekitar belas-belas juta. Dengan jarak sekitar 8km, apakah masih tidak untung??? Saya difahamkan oleh orang yang biasa main kontrak jalan, kos bagi setiap 1 KM sekitar 1 juta. Itupun memang sudah untung. So, APA MACAM INI? Untuk makluman, kalau 3 tempat itu dibinapun jalan baru yang lurus, jarak keseluruhannya dalam lingkungan 1 KM lebih sahaja. Tidak percaya tengoklah dalam plan asal JKR atau turun ke lokasi.
Kerajaan sudah prihatin dan bermurah hati beri budget demi KESELESAAN dan KESELAMMATAN rakyat/pengguna. Tiba-tiba jadi begini!
KITA TIDAK BOLEH BIARKAN KALI INI HAK/MARUAH/KEBENARAN DIPERLEKEHKAN OLEH SESIAPAPUN.

Khusus untuk anak watan Tandek yang ok2, yang ada kemampuan berfikir dan bertindak, apa lagi? buatlah sesuatu menurut kapasiti masing-masing.

"SAYA BUKAN KETUA, SAYA HANYA PEMBUKA MINDA. SELANJUTNYA - TERSERAH PADA ANDA..."

Anonymous said...

BAIKLAH BOS, SAYA KEMPEN KAWAN2 "ANTI JALAN BENGKOK, ANTI ORANG BENGKOK, ANTI PARTI ...." hehehehehehehehe...

"ANTI LOMPAT"
fr: kk sabah.

NONG said...

SALAM LURUS..
TAHNIAH Sanguru.
TAHNIAH Pegawai Daerah PN.LUVITA KOISUN, pemimpin yang saya hormati dan saya sayangi.

TULUN KIMARAGANG said...

Iti noh kangku ong orusuk noh banar..subai koh oponu tongo pakit da'alo dot si'in..siongo noh kaboh tongo YB tokow? aso gam bobongut da'alo?tandayai kih YB..

Anonymous said...

YESSS...saya dah risik orang2 kampung. Memang ada sandiwara antara kontraktor dan barua2 setiap kampung. Barua2 jadi pembantah agar jalan aspal dikekalkan atas jalan lama yang bengkok, tidak mau ikut plan JKR. sebab di jalan lama ini mereka ada dapat imbuhan dan pampasan daripada kontraktor. Kontraktor suka sebab tidak perlu buat jalan baru yang lurus. Punyer la busuk punya hati. nanti saya siasat2 lagi, kalau2 ada orang politik terlibat. jeng jenggg jengg

FAHAM SUDAH SAYA SEFAHAM-FAHAMNYA! TK SANGURU...

(007 KG SALIMANDUT)

Furen Laoshi said...

Jangan2 kontraktor tu tidak cukup kepakaran meluruskan jalan. Buat jalanraya ni bukannya buli main buat2 saja. Kebanyakan jalanraya tinggi (highway) di Malaysia ni mendptkan kepakaran dari Korea Selatan. Misteri betul la.

ming2elly said...

betul seperti yang sanguru cakap tu, kos pembinaan tu untuk 1 km pun lebih kurang 1 juta jika ikut harga material dan kos mesin sekarang ni. tapi kalau sudah berbelas juta tu, kira buli upgrade lagi tu jalan pigi samparita tu, yang ada jambatan baru tu SBJ buat sana tu. untung tu memang la bah mau untung kalau buat projek, tapi agak2 lah juga, jangan sampai projek tu tidak dilaksanakan dengan sebaiknya. kita juga membayar cukai pendapatan serta cukai pengangkutan... diharapkan jalan2 di kota marudu ini akan diupgradekan lagi di masa hadapan, jalan ke marak parak tembus poring ranau pun sedang berjalan dengan giatnya...