SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, April 30, 2009

SECAWAN KOPI...

"SAM umpama "virus"..."
Jangan takut. Tajuk saja yang bikin takut, isinya bagus. Semalam, sambil-sambil minum kopi tongkat Ali di anjung rumah, saya memikirkan apakah jawapan kepada kritikan "meruntuh" salah seorang pengomen yang menyatakan "SAM TIADA SUMBANGAN"...
Saya tidak menyalahkan sang komentator. Itulah sebab saya pilih tajuk di atas. "SAM UMPAMA VIRUS". Virus adallah mikroorganisma terkecil, begitu kecil sehingga ianya hanya ada satu sel, dan satu sel itulah dirinya. SAM juga begitu, kami bukan satu organisasi. Kami cuma "rukut-rukut" bersama dalam satu blog yang sama. Kami tidak pernah bersua secara realiti untuk "menubuhkan" SAM. Macam sukar dipercayai bukan? Tanpa borang keahlian, Tanpa meting, tanpa kewangan, tanpa birokrasi yang ketat...cuma kami ada satu rahsia utama iaitu : KEIKHLASAN. Setiap pengarang dalam SAM telah "lulus peneropongan jiwa nurani". Saya dapati mereka ini berhati luhur, bersemangat tinggi, ikhlas, berjiwa besar dan boleh disandarkan harapan untuk membuat kerja-kerja amal kebaikan. Berbalik kepada sumbangan, memanglah sukar dilihat kerana SAM tidak suka mempromosikan secara besar-besaran apa yang telah dibuatnya, bahkan dalam beberapa perkara, kami cuma bersms jika ada individu yang perlu dibantu. Misalnya, bila ada penerima PPRT dianiayai kontraktor, kami bersms saja. Adalah "wartawan" kami yang ke lokasi, adalah yang kontek pihak atasan, dan ada pula yang melaporkannya. Simple. Bila ada pelajar/orang/keluarga miskin yang dapat dikesan oleh wartawan kami, kami juga membantu mengaturkan sumbangan. Bila ada pemimpin baik dianiayai, kami pertahan. Bila ada aduan minta tolong daripada individu tertentu, kami sedia urus bantuan. Biasanya kami tolong ajukan masalah kepada pihak yang berkenaan/ agensi kerajaan. Terbaru, isu Jalan Tandek-Longob yang tergendala. Bukankah ini satu sumbangan? Sumbangan yang macam mana lagi baru boleh/layak dikatakan sumbangan? Ya. Seumpama "virus". SAM amat kecil di mata "orang besar" tapi besar di mata "orang kerdil" yang mengharap perhatian. SAM suka "mengecilkan" sumbangannya yang "besar" kerana tidak mahu hilang pahala atas sumbangan. Ingat, amalan yang ikhlas itulah amalan yang mendapat ganjaran besar. Siapa kata kami tidak boleh hightlight sumbangan kami kepada umum? Bukan susah sangat kontek wartawan akhbar, masuk news, bahkan masuk TV. Tapi...SAM seumpama virus. "Kami bukan ahlong, kami hanya mau tolong". Kami bukan "virus" jahat...kami cuma seumpama virus....
"Tuhan, jadikanllah kami paling KERAS menentang kebobrokan, dan paling LEMBUT hati menatap kesengsaraan. Teguhkanlah kami. Lindungi kami..."

7 comments:

Srixon said...

saya cadangkan saudara masuk FACEBOOK supaya dapat berinterkasi secara ONLINE dan iklankan gambar2 dan sebagainya di sana, terima kasih

Little Mike (LM) said...

artikel yang baik, niat yang baik, dan dihasilkan dari minda yang baik juga. Terima kasih kerana bersama-sama dengan anak buah. satu suara, satu wadah bukan demi SAM tapi DEMI KOTA MARUDU. Kalau SAM bersuara untuk Kota Marudu, perlukah klasifikasi apa sumbangan kepada SABAH?

JMimie said...

Sangat setuju dgn Sanguru. Kata hati dan niat kami senada, selari dan seirama dgn semua yg tercatat di sini. perjuangan kita bukan untuk mengangkat diri sendiri tetapi membantu mengangkat martabat dan kehidupan anak bangsa ke tahap yg lebih baik. Terus sya teringat senikata lagu tema blog sanguru.."kita mesti telanjang dan benar2 bersih, suci, lahir dan di dalam batin. Tengoklah ke dalam sebelum bicara, singkirkan debu yg masih melekat..."
Terima kasih tuan guru.

Umar al-Longobi said...

setuju dgn konsep virus. SAM adalah `virus` yg baik (not bad virus). ianya sgt kecil, `tangan kiri tidak tahu apa yg dibuat oleh tangan kanan` dan jarang dibicarakan orang. tapi kena diingat, kalau terserempak dgn sesuatu yg pincang.. ianya pasti akan bertindak dgn `pukulan maut` demi rakyat tercinta... demi menTULIDkan segala yg SULID (kadi pinsan mogoron, hehe..)

kyro said...

Biasalah manusia tidak pernah puas,ada saja rasa kekurangan.Walau bagaimana pun SAM jangan goyah TERUSKAN PERJUANGAN....Sanguru dan rakan-rakan adalah HARAPAN.

akibaragon said...

SAM sebenarnya adalah satu platform terbaik untuk warga Kota Marudu menyuarakan pendapat,membuat komentar dan sebagainya.Warga Kota Marudu sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk memperjuangkan hak.Masih banyak lagi kepincangan disana sini yang perlu diutarakan.

Kalau dari pandangan mata aki yang sudah kabur-kabur ini macam SAM saja yang ambil tahu hal rakyat,YB sendiri pun macam terlampau selalu "lepas pandang".Bah apa lagi...peduli lah itu cakap-cakap orang,jadikan ia sebagai pembakar semangat.

SANGURU said...

SAM. Bkn uncle Sam yg suka membuli. Bukan pula samdol yg kena buli2.