SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, April 22, 2009

SECAWAN KOPI...SETONGKOL JAGUNG

"SUDAH MULAI LURUS TAPI..." Oleh: Tekong SAM
Adesss, lain sikit tajuk ini kali. Secawan kopi setongkol jagung. Ada sebabbb....sebabnya, petang kelmarin kami AJK Persatuan Penderma Darah Malaysia, PERDARAH (Cawangan Kota Marudu) membuat kunjungan hormat kepada penaung kami iaitu Puan Lovita Koisun, Pegawai Daerah Kota Marudu. Dr. Nelson tak dapat datang atas tugas khas, demikian juga Dr. Zyrod (Pengarah Hospital Kota Marudu) juga tak dapat hadir kerana ada "operation" pesakit. Tuan Do jamu kami dengan minuman panas dan jagung manis...
Saya tidak mahulah cerita panjang pasal DARAH, saya mau sambung cerita pasal JALAN (Jalan Tandek-Longob) yang masih lintang-pukang. Seusainya sessi pertemuan PERDARAH, saya segera mempengerusikan pertemuan khas antara pemilik-pemilik tanah yang dikatakan PENENTANG JALAN dengan Tuan DO. Sebenarnya....sayalah bah konon yang mengatur agar pertemuan itu dapat dijayakan, itupun kerana Tuan DO memang prihatin, terbuka dan mahu mendengar masalah sebenar.
Nah, apa lagi...keluarlah segala macam geran, surat-menyurat, salinan pelan induk JKR dan lain-lain dokumen yang boleh membuka pekung yang selama ini ditutup. Tuan Do pun senyum-senyum (sinis) dan geleng-geleng kepala. "Aik, ada sudah bah pula surat daripada JKR KK agar jalan dibina mengikut plan asal JKR yang dulu-dulu..." katanya bila melihat salinan surat daripada HQ JKR. "kasi saya salinankah..." katanya. "Tuan ambillah salinan pelan induk ini, dan semua salinan surat menyurat yang berkaitan," kata En. Saibon.
"Kami geram bah bila pihak lain yang bermesyuarat untuk membantah bagi pihak kami. Itulah pasal kontraktor bilang konon pemilik-pemilik tanah membantah, maka kami terpaksalah ikut jalan lama yang bengkok-bengkok. Mana boleh begitu bah kan tuan," ujar En. Kadir Shamsudin pula. Do senyum-senyum saja.
"Bah, tuan Dinson...apa cerita di lokasi tuan? Ceritakan pada tuan DO," kata saya sebagai pemudahcara.
"Saya juga tidak pernah membantah jika jalan dibina/diaspal mengikut plan asal JKR, pihak kontraktor sengaja mau "adjust" jalan untuk elak rumah saya. Mereka sesuka hati pancang sana, pancang sini, tidak pernah saya dibawa berunding dan tidak pernah diberi notis/makluman. Main rogol saja..." ujar En. Dinson.
"Hmm, tak boleh begitu...ada prosedur bah itu," tukas Tuan DO.
"Jika pihak kontraktor meneruskan rancangan mereka sekarang, ini bermakna rumah saya pun terjejas (tapi tidak dibayar pampasan kerana kononnya terkeluar dari reserve jalan (20 meter kiri), dan sawah saya juga (20 meter kanan). Sedangkan jika ikut pelan asal JKR, hanya rumah saya yang kena..." sambung En. Dinson lagi.
Banyak lagilah cerita tapi saya ini malas bercerita panjang-panjang. Yang pendek-pendek itu pun, kalau pembaca faham dan empati, sudah memadai untuk mendedahkan kepincangan. Komen saya simple: kalau dah tau yang LURUS itu lebih BAIK , bahhh...kasi LURUS lah bah balik apa yang BENGKOK...Belum terlambat untuk menjernihkan yang keruh, belum terlambat meluruskan yang bengkok...jangan memandang rendah keupayaan para pejuang kampungan ini. Bak kata pegawai saya (dalam army dulu), JANGAN PANDANG RENDAH KEUPAYAAN MUSUH ANDA, WALAUPUN YANG TELAH CEDERA...
Nota: Lembut cara saya ini sekarang, tapi ingat...saya juga ada REKOD main KERAS. Seperti yang Mr. Navies (mogoron) cakap, orang Tandek bukan buduh (bodoh), orang Tandek ramai cendikiawan, cuma BANGSA KIMARAGANG ini bangsa yang lampau SENTIMENTAL, BAIK HATI, TOLERANSI....tapi ingat...MOYANG SAYA/KITA AKI TUMUNDA, tahukah anda mengapa Pihak Inggeris memberi beliau pangkat "PANGLIMA"? , panjang ceritanya. Mau tau lebih lanjut, layari http://suarabangsa-sanguru.blogspot.com/. (Periksa entry tentang Aki Tumunda).
BAGAIMANA, ADAKAH SETAKAT MEMBACA CERITA SAYA?
LAKUKAN SESUATU!...

6 comments:

Anonymous said...

uikkkk...makin siuk ini cerita jalan kampungku. SOKONG ANTI BINGKUK. MANA SIUK BINGKUK...LURUS BAH SIUKKKKK....

TULUN KIMARAGANG said...

yalah..bingkuk mana siuk..bikin paning sama buang tanaga..kapus2 nanti..kalu lurus dan panjang barulah puas hati..buli sanyum2..mau ulang2 pun inda panat bah..inda payah pakai tanaga..jalan turus!!..hehehe

SANGURU said...

Info terkini: selekoh maau kg. tingkalanon bakal LURUS. Kontraktor terpaksa akur pelan asal JKR. Pemilik tiada halangan beri. Konspirasi terbongkar. Syukurlah. LURUS MMG BAGUSSSS...

Anonymous said...

besar dan lurus memang bagus, selesa, siuk pandu dan selamat. Orang luar memanglah tak kisah, sebab bila siap projek/tammat perkhidmatan...dorang balik kampung sendiri. orang-orang Tandek semua, jangan biarkan dirimu dikasi buduh-buduh bah! berani bersuara. Kunsikang bangsa kita kalau lampau penakut. Cissss....

%ANAK PERANTAU%

Anonymous said...

sanguru, YB anita tau kah perkara ini? YAB Datuk Maximus tau? Bagus dikasi tau kalau belum tahu.

YB/DATUK, kalau sudah tahu, jangan diam-diam. rakyat marah. Rosak nama kerajaan. Untungllah ada ngo bantu kerajaan bersihkan nama dari orang-orang pengutur.

Ataukah...YB/Datuk sengaja memejamkan mata? Jangan pejam mata semasa memandu di jalan bengkok, nanti accident...

Anonymous said...

tahniah sanguru. Berani bah kalau kau ini. jangan saja sdr membooommm, selagi sdr ikut jalan lurus, saya tatap sokong punya.

"BUKAN AnAK TANDeK"