SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, April 28, 2009

SECAWAN KOPI...SEUNTAI PUISI

"Alang-alang, kasi KAD MERAH..." - KP PBS P168
Semalam sempat juga menziarahi kedai kopi tapi balik awal sebab baby mau isap susu tepung. Sambil-sambil beli susu dan singah minum kopi. Hehe. Kawan-kawan pula tiada turun. Tidaklah dapat bicara secara langsung mengenai isu-isu semasa, hanya melalui SMS sahaja. Sekitar jam 12 malam, saya terima SMS daripada sdr. Christopher Mandut, KP PBS. Inti pati SMS beliau menafikan penglibatan sebagai kontraktor Jalan Tandek-Longob yang bermasalah. Saya kata okay dan syorkan beliau tinggalkan ulasan dalam SAM sebagai penafian. Beliau setuju. Kemudian kami ber SMS macam-macam perkara. Beliau pun tidak mahu jika sekirannya ada permainan atau kerakusan dalam projek naik taraf jalan. Saya kata kasi kad kuning kepada yang berkenaan, kata beliau alang-alang kasi kad merah kalau dah melampau... Dah terlanjur berjaga malam, saya bancuh secawan tongkat Ali dan lepak-lepak di Anjung Pinang rumah saya. Sambil-sambil duduk itulah datang ilham buat sajak bertajuk: INI JALAN YANG KUPIJAK. Adalah dalam 3 minit saya buat dan "send" kepada beberapa orang rakan. Bunyinya begini:
Ini jalan yang kupijak berkerikil dan berdebu sering kakiku terluka dan mmataku berkaca. kurawat luka dan kusapu air mataku dan bangsaku Aku tak ingin bangsaku mati nyali dan takut bermimpi. Aku mengimpikan; bagsaku hidup dengan megah, punya jalan sendiri, tak terluka dan menangis lagi.
Sajak di atas ada kaitannya dengan Jalan Tandek-Longob kerana isu itulah yang membakarnyala pelita akalku mencipta sajak, tapi sajak di atas bukanlah cerita pasal prasarana jalan semata-mata. Ianya lebih daripada itu sebenarnya. Maka tidak hairanlah kalau "guru debat" saya SMS pagi tadi, bunyinya begini: "memang kau ni luar biasa"... (hmmm, bukan puji diri, memang benar dan kebetulan...)

2 comments:

Little Mike (LM) said...

Berjalan la terus demi BANGSA!

SANGURU said...

"SELAGI HATIKU SUKA DAN TERUJA...SELAGI ITU AKU RELA". SUKARELA. SUKRELAWAN.