SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, April 16, 2009

Soft Plastic Lure.

Penggunaan Soft Plastics Soft Plastics (SP) atau gewang plastik adalah salah satu gewang yang amat berkesan didalam memancing haruan. Ada berbagai jenis dan bentuk SP yang terdapat di pasaran. Ada yang berbentuk replika ikan, katak, cicak dan cacing dan ada juga yang berbentuk pelik seperti grub, creature dan sebagainya. Ianya juga terdiri dari pelbagai warna dan kadang-kadang menyebakan kita sediri tidak tahu yang mana hendak di pilih. Dibawah adalah pelbagai contoh SP yang terdapat di pasaran Grub daripada Team Daiwa dan River2sea, Replika katak dari River2sea dan replika cicak daripada Berkley Powerbait Berkley Powerbait 3 inch grub yang terdiri dari pelbagai warna (putih/marron dan oren) Kelebihan penggunaan SP ialah: 1. Hampir menyerupai bentuk mangsa menyebabkan ianya lebih realistik 2. Boleh digaya atau dipasan dalam pelbagai cara 3. Pelbagai cara teknik karauan 4. Ada soft plastics yang mempunyai bau untuk menanbahkan keberkesanan seperti Berkely gulp Soft Plastics berbentuk Katak/Cicak Pengunaan SP berbentuk replika mangasa adalah antara SP yang paling popular kerana ianya lebih menyerupai makanan haruan. Antara yang popular antara pemancing haruan ialah Viva Mazzy Frog (MF30/MF40) dan LiveFrog dari River2Sea Viva Mazzy Frog MF30 (bawah) dan MF40 (atas) dalam pelbagai warna LiveFrog dari River2Sea Soft Plastics berbentuk Grub dan Worm Antara kebanyakkan umpan soft plastics, grub dan worm adalah yang paling biasa digunakan dalam arena sukan memancing. Terdiri dari pelbagai saiz dan warna, ianya merupakan umpan yang paling versatile dimana kita boleh memasangnya (rigging) mengikut cara pemancingan kita Pelbagai warna dan saiz grub ynag boleh didapati di pasaran (atas dari Team Daiwa, tengah dari R2C) Apakah perbezaan antara grub dan worm? Grub selalunya lebih pendek damn mempunyai ekor yang lebih lebar berbanding dengan worm dimana mempunyai bentuk badan yang lebih panjang seperti gambar dibawah Perbezaan anatar grub dan worm. Diatas sekali alah grub yang telah siap di rig secara kalis sangkut menggunakan worm hook EHSAN DARI MALAYSIAN FISHING FORUM

1 comment:

Bujang Susah said...

Bro.. kaki pancing ker...?
sama la dgn gua...