SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, April 8, 2009

Teknik " SPINNERBAIT "

Teknik Karauan Spinnerbaits Cara persembahan spinnerbaits bergantung kepada teknik karauannya selain daripada pemilihan spinnerbaits yang betul. Ada beberapa cara teknik karauan yang boleh sipraktikan. Rujukan ini diambil dari majalah Pancing 2002 dan juga dari website Teknik Tenggelam Perlahan atau Slow Rolling Teknik ini selalu digunakan pada perairan yang agak dalam (lebih 5 kaki). Cara ini, kita ingin memngekalkan spinnerbaits kita pada dasar dan berlanggar kepada apa-apa juga struktur yang berada didasarnya. Caranya, cast spinnerbaits dan apabila jatuh ke air, samada terus mengarau atau mengira (countdown) dengan membiarkan spinnerbait tenggelam pada kedalaman tertentu, baru buat karauan. Kekalkan kadar karauan yang tetap supaya spinerbaits bergerak sepanjang masa. Henjutan secara stop and go juga boleh digunakan Teknik Atas Air atau Wake or Bulging Teknik ini agak payah sedikit untuk dipraktikkan buat kali pertama kerana memerlukan pengawalan gewang yang baik. Hanya cast pada kawasan sasaran dan karau spinnerbaits secepat yang boleh dimana ianya menimbulkan hanya riak larian atau Wake/Bulge hanya dibawah permukaan tanpa mengocakkan air. Persembahan ini sesuai digunakan berhampiran/sekitara kayu tenggelam, rip-rap, drop-off, rumpair, edge drops, jeti atau apa juga struktur dimana haruan tinggal Teknik Mengunjun atau Jigging Teknik ini ada masanya agak efektif selalunya sekitar rumpair. Cast spinnerbait pada kawasan sasaran, biarkan tenggelam dan buat karauan seperti Teknik Tenggelam Perlahan. Semasa karauan, kekalkan tegangan, angkat joran 2 atau 3 kali seterusnya biarkan spinnerbaits tadi tenggelam semula ke dasar. Ulang pergerakkan tadi sehingga habis Teknik Mengembur Tanah atau Dragging Teknik ini digunakan untuk mencari ikan di dasar sungai atau tasik dimana dasarsungai dibongkar untuk menarik perhatian ikan. Cast spinnerbaits dan biarkan ianya tenggelam ke dasar. Karau dahulu tali sedikit , angkat rod dari 90 darjah ke 360 darjah (vertical). Selepas tu biarkan tenggelam semula, karau tali yang slack dan ulang semula pergerakkan rod sehingga selesai. Pastikan tali dalan keadaan tegang sepanjang masa Teknik Rentapan atau Twitching Teknik ini amat berkesan sekiranya kawasan mempunyai pokok tumbang dan rumpair di dasar. Contohnya, sekiranya kedalam air ialah 8 kaki, biarkan spinnerbaits tenggelam pada kedalam 4 atau 5 kaki sebelum henjutan pertama dibuat. Lakukan henjutan pada kadar 5 atau 6 kali dan sekiranya ada banyak tunggul atau reba, hantukan spinnerbaits pada struktur tersebut akan menarik perhatian ikan seperti ikan cedera Teknik Lontar dan Karau (Chuck N Wind) Teknik yang selalu atau biasa digunakan oleh para pemancing. Hanya cast spinnerbaits dan karau pada kadar yang sederhana untuk membiarkan spinnerbaits pada paras kedalaman 4 atau 5 kaki. Teknik ini amat sesuai untuk perairan yang cetek (tidak melebihi 10 kaki) dimana pemancing hendak merangkumi kawasan yang luas pada masa yang singkat Teknik Helikopter Teknik ini dinamakan helicopter kerana kita membiarkan spinnerbaits tenggelam ke dasar dan berpusing secara sendiri semasa free fall. Ianya amat efektif di tempat yang strukturnya timbul seperti pokok mati, dinding konkrit dan sebagainya. Lontar berhampiran dengan struktur tersebut, biarkan kedudukan rod pada 60 darjah dan pastikan tali kendur dengan membuka baill arm supaya aksi spinnerbaits tidak lari. Teknik ini juga sesuai untuk ikan yang territorial seperti toman. Selepas ini saya akan cuba postkan lagi pengenalan kepada soft plastic untuk tatapan semua.

3 comments:

SANGURU said...

Ming, tuan memang hebatlah. banyak kami belajar dari tuan tentang pancing memancing.

Little Mike said...

bagus info nie... semakin menarik pula. Teringin mo uji skill yang tidak berpengalaman nie.. level amatur pn inda sampai... hehe

ming2elly said...

saya akan tambah lagi post demi post ini... ini juga satu info yang menarik bagi saya... thanks atas sokongan anda semua!