SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, April 27, 2009

YB Datuk Max Beri Jaminan Isu Jalan Tandek-Longob Diperiksa

Beberapa hari lalu, Ketua Pengarang SAM telah mengedarkan SMS berkenaan harapan kita sebagai warga Tandek agar isu Jalan Tandek-Longob dapat diselesaikan segera sepertimana yang sepatutnya. Selain kepada kawan-kawan, beliau juga berharap agar SMS itu dapat dipanjangkan kepada YB Datuk Max selaku Ahli Parlimen P168 Kota Marudu. Berikut saya kongsikan sebagai makluman semua.
"YB Datuk, rakyat Tandek mau Jalan Tandek-Longob ikut plan asal DP 771983 dan bukannya ikut suka hati kontraktor dan konco2nya. Rakyat mahu jalan lurus dan selamat. Bukannya jalan balak yg diaspal utk jimat kos/tambah untung. Harap Datuk Max ambil tindakan pantas sebelum terlambat. Jangan sampai usaha Datuk/Kerajaan dicemari mereka yg x bertanggungjawab." Tq. Drp: Umar, Pengundi P168 KM.
YB Datuk Max menjawab:
"Kontraktor mesti ikut plan/design yg d tetapkan oleh jkr. Jika tidak mana boleh kena bayar kerja. Nanti kami periksa. Slm hormat." (25/04/09, 09:29PM)
Syabas YB Datuk Max! Keprihatinanmu amat kami hargai. Teruskan berkhidmat untuk rakyat demi negarabangsa yang tercinta. Buat rakyat sekalian, bersama kita nantikan...
The Mall, KL

11 comments:

ILLIE said...

Tahniah sdr.Umar kerana membuat aduan masalah ini kepada YB Parlimen kita dengan segera.Kita sama2 tunggu tindakan susulan yg akan dibuat oleh YB Datuk Max.Saya berharap agar masalah ini diatasi dengan segera dan sekiranya "dalang2" yang terlibat adalah ahli2 politik atau pemimpin2 kampungan kita berharap agar YB2 memberi nasihat yang cukup2 kerana biarpun pemimpin kampungan yang melakukan kesalahan akan tetapi YB2 dan pihak kerajaan akan mendapat tempias akan keburukan ini.

Mr. Aki said...

salagi inda terbukti ... selagi it mr. aki inda percaya...

Little Mike (LM) said...

Yang penting telah dibawa perhatian kepada Dr. Max. Harap usaha terus berhasil dan petualang tidak ada tempat untuk memainkan hak rakyat. Syabas!

Mogoron said...

Mogot noh ino oi Umar. Kotoluadan kumaa di YB Datuk Max tu minanaak dot boros ondodomon tokow.

Boh orodot iti word verification nitaak dogon "sulid" kah kakalu ong oporisaan di YB Datuk Max iti hal diti om ogontian ilot "s" om TULID kah dino. Modtui dot tumulid boh dati ilo talun-alun Tandek - Longob.

Ba mangai tokow noh indano ino boros dialo.

SANGURU said...

Saya berharap begitu tetapi tidak terlalu mengharap. Apapun SAM telah mengutarakan. Jika GAGAL, kita tidak akan dan memang tidak wajar dipersalahkan kerana kita sukarelawan. Bukan tugas hakiki kita memantau projek atau mengetengahkan atau menyiasat. Seandainya suatu masa nanti rakyat mempersalahkan kerajaan/agensi kerajaan, siapakah yang akan dipersalahkan?

RAKYAT, SUARAMU TELAH KAMI SAMPAIKAN.
PEMIMPIN, SUARA RAKYAT TELAH KAMI SAMPAIKAN.
KERAJAAN, KEPINCANGANN TELAH KAMI SAMPAIKAN.

TUGAS KAMI HANYA PENYAMPAI.

Anonymous said...

harap2 pemantauan betul2 YB tu buat. ok.

Anonymous said...

jangan2 itu pemimpin2 kasi sedap2 hati saja. ujung2 ikut mengarut juga. mudah2an tidaklah bah. kalau mengarut, kadapatan membuhung. inda bah begini ini kalau di tempat maju. itulah pasal, kasi sekolahlah anak-anak kitorang. jangan dikasi buduh2 orang luar. bikin maluuuu.....

Umar al-Longobi said...

tq semua atas komen yg AMAT membantu. maklum balas semua komen telah diberikan oleh SANGURU di atas. semoga ada hasilnya... kalau indada juga, tuan2/puan2 boleh luahkan dlm PRU13 nanti. hehe...

p/s: maaf lambat bagi respon, sy kurusus di KL bah.

Anonymous said...

bila itu montiri mau turun padang kasi selesai masalah di kawasannya? Jangan2....

Anonymous said...

barabis itu kontraktor mau aspal itu jalan yang nda ikut plan asal jkr. Kalau siap aspal, adalah alasan dorang "paksa" plan baru itu sebagai jalan rasmi mangkali. Rakyat kena buduh2...

SANGURU said...

Hari ini sesi pertemuan pemilik tanah dengan pihak kontraktor di pejabat DO. semoga ada jalan tengah, jalan pnyelesaian.