SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, May 24, 2009

29 Permata Kg. Longob. SYABAS!

Mercu Tanda Kg. Longob
Saudara... jika disebut Kg. Longob, apa yang terpacul di dalam kotak minda anda? Pelbagailah kan, bergantung kepada sejauh mana kita tahu dan faham semua yang berkaitan dengan kampung ini khususnya dari segi pembangunan. Belum ada kajian terperinci yang dijalankan ke atas kampung ini, namun secara kasarnya kita dapat melihat jurang pembangunan yang agak jelas jika dibandingkan kampung ini dengan kampung-kampung bersebelahan seperti Kg. Masalog dan Kg. Salimandut. Beza yang paling ketara adalah, Kg. Longob tidak ada sekolah, klinik dan perpustakaan. Silap siapa? Adakah ini juga satu penderaan daripada pihak-pihak berkepentingan? Mungkin perlu ruang lain untuk membincangkannya.
Namun, apa yang membuatkan saya kagum terhadap kampung ini adalah, walaupun kondisi pembangunannya seolah-olah dianak-tirikan, tahukah anda bahawa kira-kira 29 orang anak-anak kampung ini telah berjaya menyelesaikan pengajian sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda. Itu belum dicampurkan lagi pemegang-pemegang diploma dan yang sedang dalam pengajian di IPTA/S sekarang. Ya, pastinya bukan senang perjalanan mereka ke sana. Terpaksa bergolok dan bergadai apa yang ada. Berhutang sini dan sana. Kerana majoriti mereka ini pernah dibesarkan dengan makanan berkuahkan air sejuk dan berlaukkan garam. Itu kalau ada beras. Kalau tiada, ubi kayulah jawabnya.
Mungkin boleh difikirkan sejenak, adakah dengan jumlah Permata Kg. Longob yang mencecah 30 orang itu masih tidak cukup untuk membangunkan kampung dan mengangkat martabat rakyat dan bangsa khususnya di Kota Marudu? Tanpa mengharapkan belas ihsan orang luar! Sudah lupakah kita akan pidato Presiden Soekorno suatu ketika dulu. Beliau dengan gagah berkata, "... berikan aku 10 pemuda dan akan ku guncang dunia!". Sebenarnya boleh, Insya-Allah. Bagaimana? Saya membuka ruang ini kepada mana-mana Permata Kg. Longob yang 29 orang itu untuk menjawabnya. Berikut disenaraikan 29 permata yang saya maksudkan itu:
A. Sekurang-kurangnya Sarjana:
1. Naimie Untulon
2. Jibon Janaun
3. Jidon Janaun
4. Navies Maisin (Ahli Sidang Redaksi SAM)
5. Norhamidah Jarimal
6. Datu Saifuddin Datu Ludin
B. Ijazah Doktor Perubatan:
7. Dr. Nelson Maisin (Ahli Sidang Redaksi SAM) C. Sarjana Muda Dgn Kepujian:
8. Jidin Janaun
9. Narry Lako
10. Juiney Janaun
11. Semon Jibi
12. Carl Martin Albert (Ahli Sidang Redaksi SAM)
13. Sipawa Engau
14. Rajan Madawat
15. Sarbanun Madawat
16. Mohd. Taufik Johari
17. Binson Oliong
18. Jorin Matawas
19. Haimasleha Hairun
20. Kathy Moly Albert
21. Semmy Lim
22. Herley Binson
23. Jeoborhan @ Mohd. Auliya K.K Baji
24. Albina K.K Baji
25. Billy Majingkat
26. Arman Aliamat
27. Nelvicoly Johari
28. Saigong Lingkid
29. Umar al-Longobi (Ahli Sidang Redaksi SAM)
Senarai di atas adalah berdasarkan apa yang tercatat di dalam buku program Penyampaian Anugerah Graduan Contoh sempena Pesta Kaamatan Peringkat Kg. Longob Jun 2008. Sebarang kesilapan harap dapat diperbetulkan. Bah... apa lagi, ayuh kita berganding bahu bersama memperkasa perjuangan kita!
Nota: Kelulusan pendidikan formal bukanlah syarat mutlak untuk melayakkan diri menjadi Permata Bangsa. Ramai juga yang tiada kelulusan tapi kepermataan mereka lebih kelihatan dan telah menyumbang kepada pembangunan tamadun sesebuah bangsa. Bagaimanapun, alang-alang Tuhan sudah kurniakan sedikit kepandaian, marilah bersama kita gunakannya dalam perjuangan.

25 comments:

SANGURU said...

Adessss,..Nanariiiii! ogumu balai PERMATA sid kampung dit todu ku diti. Bah, umbalan dikoo/tokow miupakat towo okukuro pamaju kampung-kampung tokow.
1. Mitotoluod
2. Misosokubang
3. Mitatarabang
4. Mitatabang
5. Mititiag
6. Mirurukut
ommm...
7. Mimamaaf

Aso pama ot bangunan asawat ong waro poh SISTEM alanji sid kampung tokow nga kira permulaan yang baik sudah.

Aku noh owiwion tu lebih poh ka'lo kow sino.

SANGURU said...

Adessss,..Nanariiiii! ogumu balai PERMATA sid kampung dit todu ku diti. Bah, umbalan dikoo/tokow miupakat towo okukuro pamaju kampung-kampung tokow.
1. Mitotoluod
2. Misosokubang
3. Mitatarabang
4. Mitatabang
5. Mititiag
6. Mirurukut
ommm...
7. Mimamaaf

Aso pama ot bangunan asawat ong waro poh SISTEM alanji sid kampung tokow nga kira permulaan yang baik sudah.

Aku noh owiwion tu lebih poh ka'lo kow sino.

SANGURU said...

aibooo...minogo "double" oku diti. hehe...amu awasi line broadband sid walaiku...
(Penderaan oleh CELCOM kepada pengguna??)

SANGURU said...

Namun...apapun usaha, kenalpasti dulu "kekangannya". Dan apapun usaha, memang ada cabarannya. Jangan mengalah. Gengam bara api biar sampai jadi arang.

Mana-mana bangsa pun, yang "tidur" bukan mudah "dibangunkan", yang "sakit" bukan mudah dirawat. Yang berjaya membangun dan menyembuhkan hanyalah - INSAN2 YANG IKHLAS DAN BERANI SUSAH.

Pejuang yang jujur ikhlas, TIDAK MENGHARAP KEJAYAAN PADA ERA MEREKA, kerana mereka amat sedar, PERUBAHAN sebenar memakan masa yang sangat panjang.

"PERJALANAN YANG JAUH, BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA"

Tuan/puan/sdr/i lah PARA PEJUANG itu. Seharusnyalah begitu...

SANGURU said...

Kg. Longob ada "sentimental value" nya buat saya. Nenek dan ibuku lahir di sana. Tokow e tokow....anggap sajalah cetusan minda ini sumbangan kecil saya kpd usaha tuan/puan/sdr/i memajukan ini kg.

Little Mike (LM) said...

Tahniah! nama2 yg berprestij dalam senarai pasti terpendam dalam diri mereka akal fikiran yg bermanafaat untuk kg longob. teruskan perjuangan untuk memajukan kawasan.

Anonymous said...

mau berjuang masam mana ka,diorang suda kayakaya.walaupun makan gaji seja.mana merika ingat lagitu kg diorangtu.yangpanting diri sandiri ba.biegitula kali pikiran dorangtu.baik SAM.teruskan. -pembacasetia SAM-

Umar al-Longobi said...

tq Sanguru, LM & Cik Anon..

mudah2an sumbang saran kalian akan diambil maklum dan tindakan oleh mereka2 yg berkenaan.

pembetulan buat cik anon, sebenarnya bukan semuanya begitu. kelompok generasi terdahulu memang telah byk menyumbang dan turut memotivasikan generasi baru spt sy.

yg menjadi kebimbangan kita adalah, generasi2 baru ni. kami masih perlukan suntikan roh perjuangan membela rakyat & bangsa dlm kawasan kami. bah.. begitulah baitu.

ison said...

Bo umar. ogumu ilo sinarai nu. ilo no bo ot hasil pertama perjuangan tongo tulun2 kampung.

makaa diti mungkaya nogi nono ilot nongokensawat ot sikul dilo.. sabar tokow nopo pogi.

waro i ot ralan pamaju dilo kampung dagai dilo. ;)

SANGURU said...

bah, rukut2 bahhh...itulah yang dibuat oleh nenek moyang kita masa membuka dan memajukan diri suatu masa nanti. Hutan tebal bah tempat kita ini dulu. Berkat rukut2...jadi kampung...

SANGURU said...

bah, ERA KESEDARAN DAN PERUBAHAN sudah bah ini. Logot-logoton tokow. Pakaion pogo ilo "MI...", ong amu osukup, tambah lagi...

Umar al-Longobi said...

inono belo tuan dr.. ong kiroonno ogumu poh dilo. nga, umbalan poh 29. amu kawasa pentalangan kikiwi. bah, sabar nopo tokow. arapon nopo, awasi-i kompuson ti piupakatan tokow. longob mimang ko obuli kadi TK.. hehe

Umar al-Longobi said...

sanguru,

wah.. pendapat bernas datang bertubi2, tq. sebenarnya sanguru pun kalau dikira urang longob tu hehe. mesti ada something yg istimewa berkenaan dgn "sentimental value" tu kan.

mungkin bagus juga JKKK distrukturkan semula. perlu diwujudkan 1 badan pemikir yg perlu diisi oleh golongan pengurusan & profesional/profesional. memikirkan bgm memajukan kg seiring dgn peredaran zaman.

Anonymous said...

Sia bukan org Longob tapi sejujurnya sia tabik sama org2 Longob.Rupa-rupanya dalam diam ramai yang buli-buli pula sana. Tidak hairanlah ba kan, anak-anak Longob merupakan gabungan keturunan Aki Tumunda, Aki Ongod, Odu Kolinjim dan Datu Unduk. Ok, atur saja kamu. Kasih marak lagi itu parmata-parmata itu. Kotoluadan.

Jiran

FL Feinier said...

Wah, banyak sudah komen, smlm sya tingu, kosong lagi…Sya malu skit ni mo respon artikel ni… tapi, sbg org muda, dan ada pula kena senarai tu… huhu…saya rasa terpanggil jg utk bg respon kpd artikel ni… yg betul, saya tidak pasti sejauh mana bernilainya kmi bernilai di mata masyarakat hanya disebabkan ada degree atau master… Smpi masa pemberian sijil masa ini pun, sya tidak datang. Dan kena tegur lagi sya oleh Tuan Jidin (sya praktikal di PPG KM bawah pengawasan Tuan Jidin), bap kena panggil naik pentas, sya tidak naik.. apa tidak, sana sya dirumah berkurung… Apapun, sya tidak tau apa yg lain2 pikir, apa sepupu2 saya pikir atau apa pendapat dorg…

Tapi, bagi sya, memang ada juga niat saya utk berbakti memberi sumbangan bg Kg.Longob, Masalog…dan KM kalau berkemampuan… Cuma, secara peribadi, saya belum dapat membiasakan diri, belum dapat bergaul rapat dgn org2 kampung, memandangkan sya bukan membesar di kampung Longob…tapi, jauh di luar daerah… walaupun family sya mang org Longob… Jadi, segan juga saya… sedangkan uncle2, aunty2, datuk nenek saya pun, banyak lagi yang sya tidak kenal, tidak tau nama… Mo keluar limpas di jalan sana depan balairaya Longob pun sya takut…huhu… Tambah lagi, memandangkan saya masih berstatus pelajar, belum berkerja, saya belum Nampak ruang2 dimana tempat sya boleh menyumbang bakti kepada Kg.Longob… kalau dibandingkan dengan sepupu2 saya di kampung Longob yg sudah berkerja, dan org2 yg lebih dewasa dan sudah berkerja, saya rasa saya masih belum berkemampuan dan berkelayakan… sebelah mata pun tidak kena tingu kali…

Dan walaupun sya ada degree, saya tetap malu dan segan, sebab, yg boy2 lain, kalu ada keramaian di kampung, cepat dan rajin betul mau tolong buat kerja… jadi, mang hebat lah dorang…saya puji yg ini… saya lg ni yg mo dtg p rumah org pun takut… dan rasanya, kmi adik bradik saja yg nda brani p naik rumah2 org sana longob, walaupun, kalu disiasat betul2, mungkin rumah keluarga jg…

Apapun, satu yg saya Nampak di Longob… sya rasa, Kampung Longob perlu satu tempat riadah, bersukan yang mampu merapatkan hubungan antara penduduk kampung Longob…. Sya masih ingat, Kg Longob dulu dulu, meriah sangat sebab ramai main bola tampar… dan saya pasti, kalau ada padang bola sepak, dan bola tampar pun aktif… hubungan penduduk kampung Longob akan lebih mesra… Tapi skrg, walaupun petang2, susah betul mo jumpa… masing2 sibuk di sawah, sibuk p tempat kerja, tgk TV di rumah… dan ini juga mungkin disebabkan ramai belia remaja longob yg sudah keluar ke Bandar utk berkerja atau menyambung skolah…

Dan, memandangkan Kampung Longob kekurangan kawasan sbg tempat bersukan, utk apa2 projek pembangunan, saya rasa, PEMBANGUNAN YANG PALING PENTING DAN BOLEH KITA CUBA USAHAKAN IALAH PEMBANGUNAN DARI SEGI SIKAP DAN MENTALITY….PERUBAHAN MENGHADAPI CABARAN MASA KINI… KEINGINAN UNTUK BERJAYA… MENJADI SESUATU ATAU SESEORANG YANG BOLEH DI BANGGA KAN… KALAU ORANG-ORANG KAMPUNG LONGOB BERJAYA MEMBINA SATU IMEJ YANG LEBIH POSITIVE, SAYA PASTI, LONGOB MAMPU JADI KAMPUNG YANG BOLEH DI BANGGAKAN WALAUPUN TIADA KLINIK ATAU SEKOLAH… DAN RASANYA, KAMPUNG LONGOB MEMANG TIDAK PERLU KLINIK ATAU SEKOLAH SEBAB, KALU KITA MELIHAT KEPADA JUMLAH PENDUDUK…RASANYA, SK.MASALOG, KLINIK MASALOG DAN SALIMANDUT JG, MAMPU MENAMPUNG KAPASITI KEPERLUAN PENDUDUK LONGOB…..(pendapat saya sajalah)….

Akhir sekali, saya minta maaf kalau ada terkasar bahasa,atau tersilap kata…. Sebagai orang muda, saya akui, saya, kami belia remaja, masih perlu bimbingan, nasihat dan sokongan dari orang-orang dewasa…. Degree yang kami pegang tidak menjamin kami sudah cukup makan garam…. Dan satu yg saya tahu, “ dari masyarakat kami datang, kepada masyarakat juga kami pulang”,… Sekian….

SANGURU said...

Setuju, bkn semua kg perlu sekolah, klinik. Yang kampung-kampung kita perlukan sekarang adalah "TEAM WORK" yang mantap. Dana yang boleh diakses utk biayai aktiviti kg2 dan MEMBANTU yang memerlukan. Pengurusan kampung la lebih kurang. Nanti senang2 kitorang jalan2 pigi KG BAYANGAN, KENINGAU - Johan Kebangsaan Kampung Indah/Desa Wawasan. Geng saya tu dia punya bos. Kita belajar dari mereka bagaimana warga emas berganding bahu dengan warga muda/permata2. Saya dah usulkan perkara ini kepada tuan Do. Tuan Do kata akan panjangkan ke atasan...

Puteri said...

Tahniah Permata2 Longob Villa!
Kita melompat sama patah, duduk sama rendah untuk merintis perubahan, merentasi masa.Membentuk 1 Gagasan: Penduduk didahulukan,kemajuan diutamakan..

Generasi Prihatin..

Umar al-Longobi said...

tq FL..

luahan rasa sdr rasanya kebykan kita pernah lalui. sy percaya ia akan terubat dgn berlalunya masa. ditambah lg dgn pengalaman demi pglman yg sdr perolehi.

tq atas cadangan yg baik. harap yg berkenaan ambil maklum. kalau kamu x mau sekolah n klinik, sia mau.. hehe. ada sebab sy cadangkan begitu. bukan terhenti setakat sekolah/klinik saja. alasu sapi gaam ong warono? hehe..

tapi, sebenarnya 3 pkara tu bukan saja melahirkan generasi yg sihat dan berilmu tapi.. tapi, boleh menarik projek2 pembangunan yg lain. kemajuan lebih cepat berkembang. jika Tuhan izinkan.. kalau inda, indada juga tu. :-)

Umar al-Longobi said...

kesimpulan awal:

1. ucapan setinggi2 tahniah kpd kepimpinan kg. longob & pddknya yg telah berjaya melahirkan sekurang2nya 29 permata. walau kita dalam keadaan serba kekurangan berbanding kg lain, tapi kamu tetap tabah dan akhirnya berjaya. syabas!

2. segala cadangan yg diberikan akan diambil perhatian. terima kasih byk atas komitmen awal yg diberikan.

3. yg tingu2 saja pun tidak apa. SAM percaya, kamu akan berfikir utk melakukan sesuatu demi kebaikan kita semua.

TERUSKAN BERSAMA SAM. TITIPKAN KOMEN ANDA SEBAGAI TANDA SOKONGAN DAN SEBAGAI MEDAN KITA BERTUKAR2 FIKIRAN DEMI SURVIVAL RAKYAT & BANGSA DI KOTA MARUDU

Anonymous said...

great reveal here.

my personal point of view which i think will be out of topic, mempunyai kelulusan sehebat mana pun, kalau semangat juang dalam diri tidak sehebat mana, degree seseorng itu tidak akan membawa ia kemana. lihat saja thousand of unemployed graduates sekarang.i dare to say one the reason of why most of our people are unemployed becos they rather wait for GOVERNMENT JOBS only. bidasla sy tp itula kebenaran.orang kita mudah sungguh berpuas hati..my point here is,apapun tahap pelajaran anda, sekarang segalanya more depends on USAHA!walaupun tanpa degree tp sanggup berjuang,si dia itu juga adalah tetap PERMATA.

suatu masa nanti,masa utk berbakti itu akan tiba juga. bukannya tiada niat sedemikian,tapi secara lazimnya seseorang fresh graduate itu tentunya akan lebih menumpukan kepada perjuangan dirinya sendiri dahulu or in other word, menstabilkan kareer sendiri dahulu before he/she move forward to the society.it is just a matter of time.=)

and oh saudara umar, the so-called Permata yg ke-20 itu bukan begitu ejaannya.hehe.maybe u shud correct it up nanti bapanya marah. kidding.

* tumunda's

azirulgcarl said...

mantap2 ni orang Longob. C herlly binson classmate sy di Tandek dr form 4 - 6.... lepas stpm terus dia dpt tawaran p USM. Tahniah!!

Umar al-Longobi said...

sdr/i tununda`s,

tq... pendapat itu memang benar.sbb tu ada nota di bawah. sama mcm batu permatalah. bermacam2 jenis. ada intan, zamrud, jed dll. 29 yg tersenarai tu adl salah satu drpnya.

tepat sekali, pejuangan diri & keluarga itu perlu didahulukan. tapi, pd masa yg sama perjuangan thdp rakyat dan bangsa juga perlu berjalan seiring. takut, tidak sempat bah hehe (nanti sy publishkan 1 entri ttg ini).

kalau sdr/i permata yg ke-20, tahniah. bapanya pasti bangga. anda telah mengharumkan nama longob. itu juga perjuangan namanya.

p/s: kalau silap taip tu harap dibetulkan di ruang komen. maklumlah, org kampung bah AJK dia tu. amu baanar kempuros.. :-)

Umar al-Longobi said...

tahniah utk anda juga sdr. azirulgcarl! anda pun hebat... bersamalah kita memperbaiki diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Tulun Longob said...

Bagus aki Umar (monongaki ko dogo dino). Pendedahan kau telah membuka mata semua orang. Biar merika tau bahwa kampung kita pun tidak tandus orang-orang berguna. Kopiwosian kumaa dikoo dino kikiawi!

Umar al-Longobi said...

aki TL,

maaf lambat respon, sy tidak perasan ada komen baru. apapun, tq aki. tinggal lagi, bagaimana kita bersatu dlm perjuangan bukan saja di longob tapi 1 kota marudu. monginipi po kah... kakalu kemot tokow ralan tawasi.