SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, May 15, 2009

Warga SAM

6 comments:

SANGURU said...

HMM, TAK SABAR RASANYA MENANTI BUKAN OKTOBER...

Anonymous said...

BILA DUSUN TERBELA?
Wahai bangsa Dusun bangsaku
Kekuatan Dusun bukan pada bangsa
atau semangat kebangsaan
Begitu lama perjuangan atas nama Dusun
sejak merdeka
semakin ..LUSUN
Ekonomi sahaja pun belum selesai hingga kini
Padahal keistimewaan-keisimewaan telah diberi
kepada orang Dusun lebih dari perlu
hingga bangsa lain iri hati

Namun ekonomi masih terkebelakang, kecuali sedikit individu Dusun
Dari segi pendidikan dan pelajaran kita bangga di satu segi
sejak merdeka, ramai yg pandai, cerdik dan ada degree


Tapi orang Dusun yang pandai tidak mampu berdikari
kecuali makan gaji…
Yang berilmu tidak ramai yg tawadhuk dan merendah diri
Hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yang miskin diserah pada kerajaan
untuk membela…
Berdiam diri, tidak peduli

Dari segi politik pula, makin ke hujung makin tak stabil
Politik wang dan jatuh-menjatuhkan semakin dibudayakan dan menjadi-jadi

Di sudut perpaduan jauh daripada yang dikehendaki
Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi
Perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi
Hakikat ini terpaksa kita akui

Ada satu aspek yang ini memang kita berpuas hati
Kemajuan & pembangunan amat pesat sekali
dunia memang mengakui dan irihati
Tetapi side effect yg negatif hasil pembangunan
sangat menakutkan


DUSUN…. ramai terlibat gejala negatif
Dadah, rasuah, budaya melepak, gangsterisme di sekolah2
Sumbang mahram, buang bayi, budaya rocker, liar
Belum lagi diperkatakan jenayah ragut, ugut, rokok
Rogol, bunuh, pergaduhan, murtad
Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab
orang Dusun banyak terlibat

Terpaksalah kita menerima penuh malu dan dukacitanya…
Inilah hasil perjuangan Dusun dengan semangat kebangsaannya,bukan!

Sebenarnya kekuatan orang Dusun bukan pada semangat Dusunnya
Dusun ada Allah, ada Islam = di sinilah kekuatan orang Dusun..

Seperti orang Arab di zaman Rasul
yang menjadi empayar dunia
Mereka tidak memperjuangkan bangsa Arab
tetapi memperjuangkan Tuhan dan Islam
akhirnya bangsa Arab terbela

Bangsa Turki menjadi empayar
bukan kerana memperjuangkan bangsa Turki.
Mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam..
akhirnya bangsa Turki terbela

Mengapa orang Dusun tidak belajar dengan sejarah ini?

Orang Dusun kan ada Tuhan, kan ada Islam
mengapa orang Dusun tidak perjuangkan Tuhan dan Islam?

Tirisan.. Kimaragang
Kg.Tingkalanon.

Little Mike (LM) said...

Gejala moral, salah laku dan penyimpangan etika berlaku dalam mana-mana bangsa pn. Hakikat ini juga berlaku dalam bangsa kita.

Jika bangsa dusun tidak kuat, berantakan, jika semangat keBANGSAan dusun tidak kukuh, agama tetap ada tapi iedologi agama tidak hidup. TIDAK AKAN HIDUP. Kecuali hidup bersendirian tanpa memerhatikan sekeliling, bangsa tidak ke mana, cuma berpaksikan KEPENTINGAN DIRI SENDIRI. Berdamping sekuat mana pn dengan agama tanpa bersatu dengan masyarakat, mana-mana agama tidak mengajar hidup tidak bersatu-padu.

Jika bangsa arab di zaman rasul sebagaimana yang dikatakan saudara memperjuangkan Tuhan dan agama, tapi intregiti bangsa rapuh dan rabak, bangsa tidak mungkin akan terbela.

Demikian juga bangsa turki. Bagaimana menjadi empayar dan dapat memperjuangkan Tuhan dan agamanya jika berpaksikan identiti bangsa yang tunggang terbalik?

Sebab itu agama menyeru kepada keamanan, kestabilan, susun atur akal yang mencantikkan personaliti. Individu dituntut memiliki kesopanan yang tinggi, memiliki keikhlasan dan kerendahan hati dan yang TERPENTING menuruti hukum-Nya. Sumber kekuatan bangsa adalah rantaian sikap dalam kelompoknya. Sumbar kekuatan personaliti adalah sifat tawakal dan tunduk kepada PERINTAH TUHAN. Agama itu JALAN kepada mereka yang mencari Tuhan.

Tidak ada siapa di kalangan DUSUN khasnya KIMARAGANG yang berjuang mahu melihat hasil keringat menyelerakkan bangsa. Kita tidak boleh bercakap SEMATA-MATA gejala negatif yang berlaku sekarang ialah kegagalan perjuangan sebelum ini. Sia-sia ka perjuangan aki dan moyang kita?

Kejadian rogol, siapa yang kita mahu mempersalahkan? Perjuangan nenek moyang kita? leluhur kita? orang sekeliling kita? orang kampung sebelah? adik atau abang kita?

ATAS NAMA PERJUANGAN tidak pernah mengkehendaki ini yang terjadi.

Saya tidak bersetuju tiada perpaduan di dalam bangsa kita. Yang ada perbezaan pendapat yang tidak lain tidak bukan berkeinginan mengangkat bangsa kita juga. Jika tidak ada perpaduan, kita akan melihat peperangan saudara. Kita akan melihat susun atur masyarakat tanpa hukum. Sehingga setakat ini, kita tidak memerlukan pedang baru memberi tempat kepada sikap BERSETUJU.

Kita tidak perlu jebakkan integriti bangsa kita ke gaung prasangka. Bangsa kita ikhlas berjuang, tapi dikatakan menghasilkan budaya tidak senonoh. DARAH yang pernah menitis di bumi kita dulu SEKALI-SEKALI JANGAN kita kompromikan dengan keruntuhan moral dan akal.

salam perjuangan...

SANGURU said...

Kita semua yang ada blog ini (penanda aras ada sekolah? - harap2) telah tahu: KIMARAGANG SANGAT BERPOTENSI menjadi bangsa yang maju. Mungkin bukan sekarang tapi akan datang. Potensi kita menjadi bangsa yang "OK" satu masa nanti kerana:
1. Tokow e tokow - seharusnya mudah berurusan/mudah muafakat/mudah bermaaf-maafan.
2. Agama - bangsa kita amat sporting pasal agama. X perlu saya ulas. Kenyataan. Jadi jangan rosakkan "kerukunan" beragama dalam bangsa kita. Kekalkan dan tingkatkan sifat "gentleman" itu. Mudah-mudahan Tandek boleh jadi pusat agama (Islam/kristian/dll) yang boleh menjadi contoh nanti. Amin. Tapi harapan/doa saya - Islam/Kristian yang sepatutnya. Bukan yang ekstremis/menyimpang.
3. Kuasa minda - bangsa kita ditakdirkan ada minda yang hebat. pinter-pinterrr bilang Indon. Harap lebih ramai cendikiawan menonjol akan datang.
4. ekonomi/budaya - panjang cerita.

Ok, balik kepada intipati anonymous tentang Islam...haiyaaa, saya paling takut bicara pasal agama. Simple sajalah : Bermulalah dari diri dan keluarga. Kata sukarno : bunga ros tak pernah menyatakan dirinya harum wangi.

Sdr/i kristian, seandainya ada bicara anonymous yang mengores hati...hmm, seperti biasa - tokow e tokow...MAAFKANLAH. KITA MAAFKAN ORANG, TUHAN PASTI MAAFKAN KITA KELAK...(inilah yang saya sedang belajar...masih belajar...terus belajar...)

dardie said...

Kata "Maaf" itu mudah untuk diterima dan didengar..tapi hati penganut-penganut agama lain telahpun terguris..apakah sebelum berderetnya perkataan-perkataan yang ditulis oleh sang anonymous dia tidak berfikir sewajar-wajarnya mengenai dimana bumi dia berpijak???kalau dia memang lahir dengan identiti bangsa dan negara yang hanya ISLAM tidak kisahlah..tapi, ini...perkataan "majmuk" itu pada hemat saya sudah lama disebut2 serta dijelaskan maksudnya..

Keruntuhan suatu bangsa daripada segi apa sahaja pun bukanlah disebabkan oleh agama..mana ada agama yang mengajar kepada keruntuhan akhlak..

Namun, pada saya, tidak juga terlintas secara kurang ajar untuk mengeposkan di blog mengenai statistik sebenarnya agama mana yang banyak terlibat dengan masalah sosial ini..kalau rajin kamu cari sendiri saja. Tapi, sekali lagi agama itu bukan penyebab jatuhnya akhlak suatu bangsa itu...pasti!!!

Pada saya, di syurga itu nanti bukan semuanya adalah orang islam sahaja, bukan kristian sahaja, bukan buddha saja, bukan untuk agama tertentu sahaja..tapi Tuhan maha mengetahui siapa yang dia ingin untuk ke sana...

"maaf" itu memang mudah untuk didengar...

麻辣鴨血Maggie said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社