Cik Anizah Abil
( Dari Kg.Salimandut )
Cik Laine Tinggangau
( Dari Kg.Marak Parak )
Cik Marjilinah Jose
( Dari Kg.Timbang Batu )
Pemenang dipilih melalui undian dengan pembelian tiket berharga RM2.
Cik Jacqueline Monalisa
( Dari Pekan Lama Kota Marudu )
Dari Kiri; Miss Popular, Miss Ellegant, Miss Fotogenic & Miss Friendly
Secara peribadi, saya begitu sibuk dengan tanggungjawab sebagai Pengerusi Gala Nite Daerah Kota Marudu yang berlangsung semalam bersamaan 7 MEI 2009 bertempat di Dewan Komuniti Kota Marudu. Tanggungjawab yang diamanahkan oleh Tuan Pegawai Daerah Puan Luvita Koisun memerlukan tumpuan penuh.
Gala Nite tersebut dihadiri lebih 700 orang dengan meja sebanyak 70 buah. Meja VVIP bernilai RM800 1 semeja manakala meja biasa bernilai RM500 semeja.
Artis jemputan kami terdiri daripada Mantan Unduk Ngadau Negeri Sabah iaitu Cik Joanna Su Henley Rampas, Felix Agus (AF), Helmy Ashly, Abu Bakar Ellah @ Ampal dan Zanah (AF5).
Secara peribadi, saya bersyukur dengan kejayaan penganjuran Gala Nite semalam dan kebanyakan feedback yang kami terima merakamkan TAHNIAH atas kelancaran perjalanan pengisian acara tersebut.
Kesempatan ini,saya ingin merakamkan ucapan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada semua AJK yang bekerja keras malah bertungkus lumus dalam memastikan kejayaan penganjuran Gala Nite yang begitu grand.
SPECIALL THANKS to RICHADO TAWITH (Tim.Pengerusi Gala Nite ) yang paling banyak berjasa sepanjang perjalanan penganjuran ini.
TAHNIAH juga kepada semua pemenang Gala Nite.
Saya juga memohon kemaafan yang murni dari semua tetamu Gala Nite jika terdapat kelemahan dalam penganjuran kami. Segala yang baik itu datangnya dari Tuhan dan segala yang buruk itu datang dari kelemahan kami sebagai insan biasa yang tidak sempurna. mudah-mudahan segala kelemahan itu akan dapat diperbaiki pada tahun2 akan datang.
ALL THE BEST TO ALL CONTESTANT
17 comments:
ei..seems familiar la c anizah abil ni..bape umo 2 ye nong?
well done to all! pesta kamaatan dan pertandingan ratu cantik... satu sambutan yang telah lama saya tidak berpeluang melihatnya sendiri setelah sekian lama saya terbuang di rantau orang... saya sering tertanya-tanya apakah erti sebenar pertandingan ratu cantik itu?sekarang, pertandingan ini kelihatan telah dimodenkan dengan pemakaian costume yang bukan lagi mewakili suku bangsa setiap peserta tetapi mengikut kehendak semasa... ia lebih kepada tepuk dada tanya selera... harapan saya, mudah-mudahan sesiapa yang telah dinobatkan dalam pertandingan itu, selaras dengan nama 'ratu cantik' maka cantiklah juga sikap dan keperibadian masing-masing (tidak seperti saya yang sudah lah tidak cantik perangai pun buruk pula tu!emmm...)
tahniah!
Hehe anonymous... mcm keciwa sja tu. Kalu saya tingu butul2 peserta unduk ngadau ni kali, mcm tu Miss Elegant yg buli2. Hihi...
sory 4 asking..c anizah ni bkn muslim ka?sory if im wrong
wah... ini pulak yg kakak sy cakap dia ada pegi tu. hehehe...
wah.. cantik2 tu sumandak tu..
tahniah kak nong.. goood. mmg grand la kak buat majlis tu.
Wah... rugi ari tu tidak pigi oh, cantik-cantik tu ratu, tahiah nong.. Nong, cuma nak tanya ada pula dari Pekan Lama itu ratu ya.... napa inda info awal-awal boleh kempen sms bah hehehe...
Tahniah atas penganjuran malam gala nite. Menarik dan meriah nampaknya.. hehe.. saya tercari2 costum peserta yang menampilkan ciri2 budaya dan kaum kadazandusun. Prop pentas pn agak bercitarasa moden. Mungkin bertujuan untuk mencantikkan suasana. harap tetap kekalkan ciri2 kebudayaan dan tradisi orang kita. Pesta sekali setahun. Satu peluang besar untuk mengetengahkan apa yang kita miliki.
Apapun tahniah kerana penganjuran yg sukses.
cuma satu yang agak dkesali kerana MC lupa (?) membuat pengumuman bahawa KOMUITI PERDARAH ada membuat kutipan derma mengisi tabung pertubuhan. Urusetia sudah dimaklumkan oleh saya dan Tuan DO. Pulang dengan tabung kosong saja kami malam itu.
Oya, memang cantik...tapi "KABABAK DOT ZIKIR" klu lampau lama ditenung2. hehe (perumpamaan saya dan kawan2 yang mengerti)
THANKS dengan semua ulasan kawan2..
Memang grand majlis malam tu.
Sanguru..
Memang DO agak kecewa tu MC lupa buat pengumuman pasal PEDARAH. Saya pun tak tau awal2 ada makluman tentang hal tu.Sekali saya dengar bila DO cakap selepas habis majlis..Kami minta maaf cikgu.
LMike..
Gala Nite ni diberi sentuhan moden kerana untuk hari unduk ngadau sebenar barulah kita tampilkan ciri2 kebudayaan sebenar.Namun untuk tahun2 akan datang,kita akan cuba aplikasikan keaslian budaya dalam kemodenan..:)
saya suka wajah2 sumandak dari Kg.Salimandut..terlalu istimewa kecantikan yang mereka miliki..
cantik tapi sayang... apa guna lagi kalau sudah di kasih tayang2 sama orang. kesian kesian... apa gia agama mereka itu.tak taulah agama yang salah atau mereka yang salah. tutup bah itu kesantikan kamu.jangan bikin tambah panas ini pomogunan.jangan jadi ponyumbang korusakan akhlak ramaja.~insanprihatin~
i sat on table 20 tat nite..
kesian datuk max, lepas duet wif zana..he have to pusing belakang untuk serah d mic...patut ada org ke depan ambil mic tu....
mereka bertanding pun bukan atas paksaan juga ba tapi atas kehendak sendiri.Jadi tolonglah jangan timbulkan isu agama dan peribadi mereka di sini kerana kita sendiri pun belum pasti lagi masuk syurga ka tidak..jangan2 kita ni lagi teruk dari mereka ni.
Dan bagi saya,tiada masalah ba mereka ni.Sedangkan ada orang lain lagi teruk dari berpakaian dari mereka ni..
INI PARTANDINGAN RATU CANTIK KAH ATAU RATU KUTANG??????ISH...INSAFLAH SABALUMKIAMAT.TARIMA KASIH!!!!!!!
yang "kasihan" juga adalah saya - terpaksa "mamabak dot zikir" sebab jadi hakim Unduk Ngadau di Kg. Mosolog. 1st time. Nasiblah bekas-bekas pelajar juga jadi kuranglah sikit "gangguan" psikologi. Hmm, kes mau menolong penganjur yang kepipitan mencari juri (yang adil?)...[so, dosa/tidak tindakan saya, biar saya dn Tuhan..]
Hmm, komen saya...Ratu Cantik ni ada jg baiknya tapi kalau ANAK SAYA...saya memang HARAMKAN...
elloo..buli sia tau ka sepa dpt unduk ngadau Kota Marudu dari nombor 1 hingga 7?makasehh.. :-)
kota marudu
Post a Comment