SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, May 23, 2009

JANGAN DERA TUBUH ISTERI!!...

Salam hormat kepada semua pengunjung Suara Anak Marudu (SAM)..Bersempena dengan Kempen Anti Dera SAM yang diutuskan oleh Tekong SAM iaitu Sanguru, saya akan membuat entry berkaitan dengan penderaan/keganasan dalam rumahtangga yang lebih fokus kepada penderaan terhadap isteri.
Kita berbicara bukan untuk mencari siapa yang benar dan siapa yang salah,juga bukan untuk tujuan menghakimi mana pihak sama ada pihak pendera mahupun pihak yang didera tetapi fokus kempen SAM ini menjurus kepada menentang segala bentuk penderaan tidak kiralah penderaan terhadap wanita,lelaki,kanak2 mahupun binatang.
Perkahwinan adalah satu ikatan yang akan membentuk sebuah keluarga yang akan melahirkan masyarakat.Baik keluarga maka baiklah masyarakat dan negara kerana itu setiap anutan agama di dunia ini memberikan panduan tanggungjawab suami isteri yang terperinci untuk melayari kehidupan yang jika dipraktikkan dan diamalkan tentunya akan melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.
Namun dewasa ini, penderaan keatas isteri juga semakin berleluasa dan suka saya huraikan di sini bahawa penderaan keatas isteri ini mencakupi beberapa bahagian iaitu:
1) Penderaan Ekonomi atau Kewangan
Iaitu tidak memberikan nafkah kewangan,makanan,rawatan kesihatan dan keperluan asas
yang lain.
2)Penderaan Psikologi dan Emosi
Iaitu melakukan sesuatu dengan niat memalukan,mengabaikan dan menjatuhkan maruah.
Keadaan ini akan membuatkan c isteri hilang keyakinan dan rasa rendah diri.
3)Penderaan Fizikal
Iaitu melakukan keganasan terhadap isteri seperti memukul, menampar atau melakukan
kecederaan dengan sebarang benda atau senjata sehingga mendatangkan kecederaan pada
tubuh isteri.(Kes yang paling banyak berlaku)
4) Penderaan Seksual
Iaitu memaksa isteri melakukan sesuatu perbuatan tidak bermoral dan diluar tabi'i.
Kalau mahu mengerjakan isteri pun, kokonoon (Bilang Bahasa Dusun). Jangan rakus2.
5) Penderaan Sosial
Iaitu dengan sengaja mengasingkan isteri (mengurung) dari mendapat sokongan luar.
Untuk melahirkan keluarga yang penyayang dan masyarakat yang harmoni, segalanya bermula dari rumah.Masyarakat jangan tutup mata dan sila laporkan jika berlaku keganasan rumahtangga.Melaporkan bukan untuk BUSY BODY tapi jadilah masyarakat yang bertanggungjawab kepada masyarakat lain.
Suami dan isteri perlu memainkan peranan masing2 dan melakukan yang terbaik dalam keluarga.
Lagu P.Ramlee ada mengungkapkan "Sedangkan lidah lagi tergigit,apa lagi suami isteri". Ini sebenarnya NO HAL, lumrah alam tapi jangan sampai melakukan penderaan. Gaduh2 kecil biasalah.Siapa pun mengalami.
Pendek kata, kami warga SAM menentang segala bentuk penderaan lebih2 lagi penderaan keatas manusia..
Salam.

11 comments:

SANGURU said...

Ya, penderaan kpd wanita/isteri/isteri-isteri ni selalu DISELINDUNG/ DITAPUK-TAPUK. Tapi perlu dipaparkan agar boleh dikurangkan/disekat/dibantu.

Hehehe...sy ni kdg2 kena "leter" juga oleh orang rumah, maklumlah osibuk siti silo nga bila dibawa cerita2/bincang2...org rumah pun faham kerja2 seorang NGO...pengembara...peminat kedai kopi. Hehehe...adalah bah rahsia lain itu kasi senang2 isteri agar sang isteri tidak rasa "didera"...

Nong, teruskan kie...

Umar al-Longobi said...

tahniah!

betul, gagal jayanya sebuah negara bermula dari sebuah negara kecil yang dipanggil sebagai keluarga. teruskan.

SAYA said...

Nong..
saya setuju bahawa penderaan terhadap para isteri ini bukan saja melakukan kekasaran pada tubuh isteri tetapi juga seperti yang Nong katakan dalam entry di atas.Pelbagai jenis penderaan tapi yang paling KEJAM kalau kita dikurung dan dipukul lagi.
Pernah saya kena belasah oleh teman lelaki..ini baru teman lelaki.Kalau sudah jadi suami,mungkin keadaan akan lebih teruk lagi.
Saya juga bukan anti lelaki kerana tidak semua lelaki itu jenis pendera tetapi ingin berkongsi perasaan bagaimana sakitnya menjadi mengsa penderaan..

TAHNIAH Nong dan SAM..

SANGURU said...

Nah kan, apa SAM bilang...penderaan berlaku dalam pelbagai bentuk. Bukan kanak-kanak/bayi saja. Kita tunggu kalau-kalau ada kes ISTERI DERA SUAMI PULA.

HARAP2 TIADALAH BAH KAN!

NONG said...

Salam buat 'SAYA'..
macam saya bercakap dengan diri saya sendiri pula ni..:)
Anyway..thanks atas kunjungan dan berkongsi cerita dengan SAM di sini.Selalulah berkunjung ke SAM ya Saya.

Puteri UMNO Kota Marudu said...

Tahniah Nong...teruskan!

SANGURU said...

saya sayang diri saya, maka saya sayang di sekeliling saya. Ini buat orang sayang diri saya?

Tk SAYA. hehehe

ming2elly said...

" sayang menyayang... " umpama lagu SANDARKAN PADA KENANGAN...

Puteri said...

"Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Membawa Bahagia. Semakin Hari...Semakin Sayang."


Generasi Wanita Prihatin..

NONG said...

TQ Puteri atas kunjungan..
Miguguli nono siti kie notolunungan nu po..:)

Puteri Hamidah said...

Nong,

Nelaan gisom nelaan iti tiyonon nu nga, aso poh kosiwatan sumombol. Beno om nokosombol oku nogi. Aso nowit2 ku diti. Ilo no banar...(elaan nu be'ri)

TK.