SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, May 31, 2009

KERANA WANG!!!

Saya sangat terkejut bila melihat dan mendengar berita dari Buletin Utama TV3 menyiarkan gambar di atas berkenaan tindakan ah long (ceti haram) dalam menangani si penghutang hanya kerana kegagalan dalam membayar kembali wang yang telah dipinjam. Keadaan si penghutang yang dikurung malah dirantai itu sudah cukup berat mata memandang. TAHNIAH kepada pasukan PDRM kerana telah berjaya menyelamatkan 3 orang penghutang dari ah long ini atas laporan orang ramai. Di Kota Marudu ini juga kegiatan ah long sangat berleluasa dan tabiat masyarakat meminjam wang dari ah long seperti satu ketagihan.Kalau kita mampu membayar hutang tidak mengapa tetapi jika sebaliknya, lebih baik jangan cuba2. Jangan menggadai nyawa. Suka saya kongsikan satu cerita di sini,ada satu masa baru2 ini saya telah masuk sebuah salon di Pekan Goshen untuk mencuci rambut.Sedang kesiukan kepala digaru2, saya pula yang terkejut bila seorang lelaki berbangsa Cina masuk dan teriak2 sambil tunding jari telunjuk kepada salah seorang pekerja di salon itu.Pekerja wanita itu telah ditampar kerana gagal membayar hutang. Bayangkan saja apa yang akan terjadi jika individu yang dikurung dan dirantai bak binatang seperti dalam gambar di atas adalah dari kalangan wanita?..tak sanggup saya membayangkan. Justeru, selagi benda ini masih boleh dielak sebaiknya kita mengelak dari meminjam wang ah long (ceti haram). Ah Long ni sanggup bertindak luar jangka dan berani melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali wang mereka.Kalau bukan untuk diri kita, fikirlah demi anak2 kita. Jadikanlah segala paparan dalam berita sebagai sempadan dan pengajaran buat kita semua.. PEACE!!!!...

6 comments:

WargaPrihatinKM said...

Adesss..
inilah bahana meminjam wang dari ah long.Kalau mati masa dikurung sia2 keluarga tidak tahu.

Sama-samalah kita mengambil iktibar dari semua ini..

TAHNIAH SAM!!!!!...

kyro said...

Arwah mama saya selalu pesan "biarlah tiada duit asal tiada hutang".

Hidup dikampung sebenarnya mewah kalau kena caranya.Manakan tidak,ayam boleh pelihara sendiri,sayur tanam sendiri,padi/jagung/ubi macam2 lagi semua boleh tanam untuk makan sendiri.Pendek kata makanan tidak pernah putus.Kalau rajin lagi boleh tanam banyak2,pelihara ayam itik lembu kerbau dan kambing banyak2 lepas tu jual dapat duit.Tidak payah pinjam ah long kalau perlu duit jual 1 ekor kerbau cukup sudah.

Pokok pangkalnya diri sendiri,dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

akibaragon said...

Dulu aki kasi sikul aki punya anak sampai saanaa London tiada pinjam2 ah long.Aki tanam kalapa sambil piara sapi dikabun kalapa.Bila aki punya anak mau pigi London aki kasi jual itu sapi sama kalapa bikin balanja sikul.Untuk makan aki tanam padi,jagung,ubi kayu,ubi rambat,piara ayam,tanam sayur.Kadang2 ada libih aki kasi jual bikin lagi pambali larut bo...sikarang aki masih lagi tinggal di bukit tapi aki punya anak jadi bos-bos sudah saannaa KL.Kadang2 aki pigi sana jalan2 tapi si odu takut ba naik kapal tarabang.

Nah..janganlah komurang pigi utang2 sama itu ah long kii...

AimanKM said...

Salam SAM..
Saya setuju dengan Kyro & Akibaragon.
Menghutang dengan ah long umpama mencari ajal.Jadi jangan sekali2 bermain dengan ah long ni..BAHAYA!!!

ming2elly said...

nong, huh... saya banyak kali sudah jumpa ni tebiat ah long ni...

adakah patut di kedai makan, waktu dia bertelefon dengan peminjam pun mau teriak2! sampai saya makan pun teda feel tu makanan...

ada satu ah long tu selalu datang di kedai di bawah ofis saya ni, kadang2 tu marah tu peminjam lagi di kedai tu...

apalah diorang ni, tidak respect langsung privacy orang awam & tidak tau malu !!!

oni said...

Sy percaya dalam ramai-ramai peminjam, adalah golongan yang memang uda kesempitan duit ba kan..
Diorang uda tiada iktiar mau cari duit atau pun mau pinjam gan siapa2.
Kepada yang hanya suka2 jangan la cuba2 mau plen kerana mungkin kali ni ko mampu bayar tapi bila di lep2 ko sakit juga akhirnya. Terlalu berhutang akhirnya Body tergadai...