SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, May 29, 2009

LENSA SAM DI MAJLIS TILAWAH KOTA MARUDU

(Tekong SAM: duduk no.3 dari kiri barisan hadapan)
(Pengarah YADIM Zon Sabah: Berdiri no.3 dari kiri) (Gambar: Nazri Al-Dusuni, Tulisan: Tekong SAM)
Kota Marudu, 28 Mei 2009 : Majlis Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Kota Marudu sempurna dilangsungkan pada malam semalam di rasmikan oleh Tuan Hj. Datu Liman Datu Hussin (anak watan Kota Marudu), Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Zon Sabah. Yang menariknya, lensa SAM berkerdip di serata dewan sehingga mengamit hati para tetamu dan pengunjung. Paling membanggakan, Tuan pengarah YADIM turut mengetahui kewujudan SAM rupanya! SAM juga turut diwakii oleh Tekong SAM dan sdr Nazri al-Dusuni selaku juru kamera. Paling membanggakan bilamana Johan Qari (lelaki) dimenangi oleh "orang kita" (mualaf Kimaragang Tandek) iaitu sdr. Abd. Jabar Abdullah dari Kg. Mosolog. Seramai 16 peserta qari dan qariah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Johan qari dan qariah akan mewakilli Kota Marudu ke peringkat negeri Sabah.
Justify Full

4 comments:

Umar al-Longobi said...

ad-dusuni,

rajin kau wo ambil gambar, hehe. tahniah kpd yg menang. yg kalah cuba lagi. minum byk2 air asam jawa. nunu komen di pengarah yadim ka tentang SAM? syukurla...

Puteri Hamidah said...

Al-Dusuni,
Memang ko ika no tararapon ong manga gambar poh..'LENSA SAM'. Tahniah ki. Publisiti tawasi. Mantapkan lagi!

Tahniah kepada Sdra. Abd. Jabar. Kekalkan kejuaraan di peringkat negeri.

Nazri Aldusuni said...

he2 rajin lah bah..Pengarah YADIM tau kelahiran SAM pasal ketika kami masuk di dewan.. sya saja lain dari yang lain mcm wartawan heheh diurang kata ini wartawan SAM. insyallah apa sja prgrm di km kta akan buat liputan...

Nazri Aldusuni said...

buli2 sabat boo puan kekek.. n kita ramai2 pi rumah rakan sam, tampat c LM kta buat liputan istmwa tangkap gambar...