SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, May 7, 2009

LURUSKAN YANG BENGKOK...

"BACA DULU SEBELUM CAKAP..." Oleh: Tekong SAM
Syukurlah isu Jalan Tandek-Longob sudah mendapat perhatian banyak pihak dan ada usaha murni ke arah penyelesaian yang diambil oleh pihak yang berkenaan, khususnya Tuan Pegawai Daerah yang telah beberapa kali mengatur sesi pertemuan antara pihak kontraktor dengan pihak pemilik tanah (yang dikatakan membantah tapi sebenarnya tidak...). Hari Jumaat ini (8.5.2009) ada lagi pertemuan. Usaha siapakah ini kalau bukan usaha/bantuan Saya bagi pihak SAM dan ngo? Diharap ada kesepakatan dan kejayaan kelak. Saya secara individu dan selaku NGO (Pengerusi gabungan beberapa ngo Sabah) dan anak watan Tandek yang menyokong kerajaan, sekadar ingin membantu ke arah kebaikan rakyat dan kerajaan. Saya sebagaimana orang ramai hanya inginkan jalan yang ikut plan, ikut piawaian, selamat dan menguntungkan pengguna. Kerajaan sudah keluarkan budget secukupnya, hanya barangkali sistem penyampaian yang ada kebocoran? Sedikit menyedihkan apabila ada individu tertentu yang melontarkan tuduhan melulu bahawasanya saya menyebut secara jelas nama-nama "orang besar" dalam artikel-artikel dalam blog saya. Untuk makluman, SAM (Suara Anak Marudu) bukan blog peribadi saya. Jadi secara perundangannya, dan sebagaimana "Amanat Tekong" yang sentiasa terpamer dalam blog ini, setiap penulis bertanggungjawab dan boleh dipertenggungjawabkan dalam artikel masing-masing. SAM sebuah blog yang beretika yakni tidak menggunakan nama samaran sebaliknya menjelaskan identiti sebenar, dan kami punya etika penulisan yang jelas, dan setakat ini, saya berani memberi jaminan bahawa secara perundangannya, tidak ada satu pun artikel dalam SAM yang menyalahi etika penulisan. Jadi kami di SAM tidak takut untuk bertanggungjawab. Jika dibandingkan dengan mana-mana blog lain, SAM cukup berhemah dan tidak melontarkan tuduhan-tuduhan, tohmahan-tomahan atau fitnah-fitnah membabi buta. Bila saya tulis "jalan bengkok" memang jalan itu bengkok tidak seperti plan asal JKR ruj: DP771983. Bila saya kata pemilik tanah tidak membantah, mereka memang tidak membantah. Bila saya katakan budgetnya RM18 juta lebih, memang saya ada nampak sendiri dokumen berkenaan. Bila saya kata ada individu tertentu di kampung berkenaan "masuk campur" memang saya ada nampak surat-surat yang membuktikan. Saya ingin tegaskan: saya bukan malaikat tapi saya bukan syaitan atau manusia hipokrit. Hmm, Kami (SAM) neutral. Kami sokong kebaikan dan kebenaran. Bila kami "menyibuk" bukan kerana mencari populariti atau mencari untung. Dan...SAM juga bukan didalangi oleh mana-mana parti politik baik parti kerajaan atau parti pembangkang. Jelas? Individu yang berkenaan saya nasihatkan agar melayari SAM, baca semua artikel saya dan rakan-rakan sebelum membuat pertuduhan atau sebelum "marah". Janganlah cepat melatah dan mendengar suara sumbang daripada orang lain. "BACA DULU SEBELUM CAKAP...". Mengapa mesti mengelabah jika kita di pihak yang benar? Jika ANDA benar, KAMI (SAM) di sisi anda. Namun jika anda BENGKOK (misalnya), tugas SAM untuk membantu MELURUSKANNYA. Saya ulangi - MEMBANTU. Salahkah kami membantu? Cuba tanya Datuk Seri Najib Tun Razak, salahkah mana-mana rakyat membantu kerajaan? Bukankah : "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"? Kepada semua penulis SAM: Teruskan menulis berdasarkan fakta dengan cara yang kita sepakati. Maafkanlah sesiapapun yang tersilap tafsir, tersalah dengar. Tugas kita menulis, tugas mereka membaca dan berfikir...

5 comments:

Little Mike (LM) said...

tidak peru gusar bila memperkatakan yang benar. SAM tidak pernah mencari nama tapi mencari hikmah...

sopong belum pupus said...

Cuma penentang kebenaran, pendengki, dan perosak bangsa yang tidak boleh menerima cerita benar.

kyro said...

Berani kerana benar....teruskan perjuangan.Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Umar al-Longobi said...

teruskan memperjuangkan kebenaran demi rakyat dan negara yg tercinta! akhirnya kebenaran akan mencairkan kebatilan...

SANGURU said...

Hari jumaat lepas, barulah semua pihak berkumpul untuk membincang? kenapa tidak dari mula? setelah projek dah lintang pukang dan sukar untuk diluruskan barulah "main lurus". Apapun, memang ada kejayaan suara SAM. Tk atas semua sokongan kepada SAM. Anda sokong SAM bermakna anda prihatin dan sokong kebenaran.