SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, May 22, 2009

MANUSIA YANG TIDAK LAYAK MENJADI MANUSIA.

Pasti ramai yang masih tidak percaya dan juga terkejut dengan apa yang dipaparkan dalam SAM. Satu kejadian yang sangat menyakitkan hati dan kalau boleh, mahu koyak-koyakkan si pelaku tersebut. Sungguh tidak sangka, seorang manusia yang diberi akal yang sempurna sanggup bertindak diluar perikemanusiaan. Kemana sudah perginya balas kasihan itu? Kasih sayang yang telah lama dipupuk dalam jiwa. Kenapa dilupakan begitu saja?
Jangan hanya kerana mata hati itu tertutup oleh sesuatu maka hilang pertimbangan. Jangan hanya kerana tekanan membuatkan anak-anak yang lemah menjadi mangsa. Anak-anak kecil ini belum mengerti apa-apa. Ia bagai tanah liat yang akan dibentuk cantik menjadi hiasan. Segala tindakan, tutur kata dan perbuatan akan menjadi pembentuknya. Kelembutan dan kesabaran dalam melayan kerenah anak-anak kecil menjadi perkara utama. 
Penderaan yang dilakukan merupakan penderaan fizikal dan tidak pasti lagi bagaimana keadaan dengan penderaan dalamannya. Penderaan emosi selalu diabaikan atau tidak disedari tetapi ingat apabila kata-kata kesat, kutukan dan juga cacian kadang-kadang sumpahan terpacul dari mulut maka bermulalah penderaan emosi. Sampai bila pun anak kecil itu akan ingat. Penderaan fizikal tercetus apabila kehilangan kawalan diri, dimana kemarahan menguasai minda. Apa saja benda didepan mata atau yang tercapai pasti akan dihanyun pada badan anak tersebut. 
Penderaan ini boleh dielakkan bila diri itu belajar mengenali diri dan memahami diri sendiri. Memang bukan sempurna tetapi akal lebih daripada haiwan yang lain. Bila saja telah mengenali diri, mengetahui potensi diri, potensi meletus kemarahan maka belajar untuk mengawalnya dan yang paling penting bagaimana diri mengaplikasikan kepercayaan( ajaran agama). Seseorang yang sentiasa berpegang pada kepercayaannya pasti dapat mengawal dirinya. Percaya atau tidak, tanya diri sendiri.
Kepada pendera-pendera atau yang mungkin akan tergolong pendera, ingatlah yang kamu sebenarnya tidak layak menjadi manusia. Taraf kamu lebih rendah daripada kumpulan haiwan-haiwan. Binatang yang tidak berakal lebih menyayangi anak-anaknya malah sanggup mati untuk anak-anaknya tetapi kamu yang berakal sanggup memenuhi nafsu hati kamu. Sanggup bertindak seperti itu. Tiada yang puji, tiada yang bersorak untuk kamu malah kutukan untuk kamu akan dirasai lebih daripada 7 keturunan kamu hinggakan dunia ini tidak akan kenal siapa kamu.
Pendera-pendera semua yang masih lagi bebas, ingatlah kamu juga tidak akan terlepas. Sampai masanya nanti kamu juga akan kena. Jangan lagi ulang, jangan lagi lakukan. Sayangilah anak-anak itu. Belailah anak-anak itu. Bimbinglah anak-anak itu menjadi manusia yang berguna. Curahkan kasih sayang tanpa berbelah bagi. Bahagiakan mereka....

5 comments:

SANGURU said...

Bila insan pendiam spt Tompinai pun dah buka mulut, tanda kes memang terukkk...tentu banyak kes sama/lebih teruk yang belum didedahkan kepada umum. Kita dedahkan setakat mampu. Tiada orang marah kalau mengasihi kanak-kanak. Kalau ada yang marah, SAYA PUN BOLEH HILANG SABAR.

ison said...

Hehe... sabar tikung. ;)

ison said...

Nakarasang ko banar biano bo tompinai.. ;)

Tidak banyak ulasan. Sayangilah anak2...

NONG said...

Itulah sebabnya jangan sesekali beri muka pada manusia2 yang mendera..terutamanya kepada kanak2 yang masih belum mampu melawan..

Khas untuk KorutMan d ruangan chat SAM..Warga SAM mengucapkan terima kasih atas pandangan saudara tentang kasih dan memaafkan. Bukan kita ini keras kepala dan keras hati untuk tidak memaafkan manusia2 ini jauh sekali cuba menghakimi mereka tetapi hanya dengan kata2 sepedas ini saja kita mampu berkongsi rasa dengan pemilik anak yang menjadi mangsa dera..
Kita perlu tangankan anak2 sekali sekala untuk mendisipilnkan mereka, tapi janganlah sampai tahap MELANYAK begitu..macam barang mainan ba itu budak dikerjakan oleh pembantu rumah dalam video itu..Kesian kanak2 itu.
Pembantu rumah menjalani hukuman selama 24 bulan sahaja,tetapi bagaimana dengan TRAUMA c kanak2 ini?

Umar al-Longobi said...

sy amat menyokong tulisan sdr. tompinai. diharap semua ambil maklum dan tindakan.. bagus sdr. teruskan!