SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, May 2, 2009

PERMATA SUARA KOTA MARUDU

Foto: Sebahagian daripada finalis WorldStars Road To Hollywood Kota Marudu tidak pernah ketinggalan melahirkan bakat2 besar dalam bidang seni suara sejak dahulu lagi. Sekadar menyebut beberapa nama; Yenny Edward (pernah memenangi pertandingan Sugandoi peringkat negeri), Amy Joba (pemenang ke-3 Sugandoi peringkat negeri 2007), Mimi Azad (finalis Bintang Kecil RTM 2008), Jalius Jaibin (pemenang ke-2 pertandingan nyanyian sempena Pesta Jagung Kota Marudu 2008), dan Ridah Malanjang (artis rakaman) merupakan antara anak watan Kota Marudu yang menempa nama dalam bidang seni suara. Bahkan Illie, salah seorang wartawan SAM yang telah ‘mengembara’ ke Jepun juga merupakan seorang penyanyi yang tidak asing lagi di kalangan belia sezamannya di Tandek, Kota Marudu. Setelah menyaksikan penyingkiran Rubisa dalam konsert AF yang ke-4 musim ke-7, kini tumpuan kita terarah kepada seorang lagi bintang muda yang baru berusia 16 tahun, memperjuangkan nasib dalam program pencarian bintang WorldStars Road To Hollywood yang berlangsung di Istana Budaya dan disiarkan secara langsung melalui TV2 pada hari Ahad (esok), 3 Mei 2009, jam 8.30pm. Bakat muda yang dimaksudkan ialah Hara Hanara Harun, 16 tahun, berasal dari Kg. Longob, Tandek, Kota marudu. Hara yang masih bersekolah (tingkatan 4) di SMK Tandek merupakan anak ke-2 daripada pasangan Harun Yakub dan Rapiah Supu, yang juga merupakan orang seni yang cukup terkenal khususnya di kawasan Tandek, Kota Marudu. Pertandingan tersebut merupakan pencarian bakat yang diselaraskan oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) untuk mewakili Malaysia ke World Championship Of Performing Arts 2009 yang akan di adakan di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 – 19 Julai 2009 ini nanti. Apa yang menarik, antara pesaing Hara ialah artis2 yang sudah menempa nama besar dalam persada seni suara tanahair seperti Siti Sarah dan BOB. Bersama-sama dengan 9 finalis yang lain, mereka akan mempersembahkan lagu perlbagai genre hanya selama 1 minit yang akan diadili oleh Deja Moss dan Syafinaz Selamat. Melihat kepada pesaingan yang cukup sengit ini, mara ke final sudah menjadi satu kejayaan besar buat gadis kecil ini. Samada beliau menang atau tidak dalam pertandingan akhir ini, Suara Anak Marudu (SAM) mendoakan kejayaan Hara Hanara Harun untuk terus mengharumkan nama Kota Marudu dalam dunia seni suara. Selamat maju jaya.

9 comments:

azirulgcarl said...

sy minat berita2 seni ni.. hehehee...

ramai juga anak2 kota marudu yg berbakat. malah ramai bakat terpendam lagi. kalau dicungkil... pasti menyinar..hehe..

Hara Hanara tu mmg berbakat besar. Harap2 dia terpilih pegi Hollywood.

Umar al-Longobi said...

syabas! didoakan semoga berjaya. berjaya dlm dunia seni dan berjaya juga sebagai hamba Tuhan. gunakanlah gelanggang seni itu sebagai medan perjuangan mendaulatkan bangsa dan negara. dunia seni memang byk pancaroba. tapi dgn ketulinan permata itu, insyaallah semuanya bisa dilalui..

ILLIE said...

harap2 kali ini wakil dari KM/Sabah..menyangkut dan mara ke final..sia juga dari kecil sangat meminati nyanyian..sabap itu pernah 1 masa ketika dalam kelas di sikulah rendah..sia rela menyanyi daripada kana bediri atas meja..

Little Mike (LM) said...

KM boleh!! Saya menerima SMS mengenai Hara yg akan bertanding di final Road To Hollywood.. Mulanya saya termanggu kemudiannya PASTI ada anak JATI KM yg berkecipung dalam seni mulai melangkah jauh... semoga berjaya dan bawa la nama KM dan Bendera Sabah dan Malaysia.... Semoga maju jaya...

JMimie said...

ALL THE BEST TO HARA HANARA HARUN! Uniknya nama...pasti nama yg menarik ini juga seindah orangnya dan sehebat persembahannya. Majulah Kota Marudu untuk Sabah dan Malaysia. Good luck.

SANGURU said...

meskipun tewas, hara telah menang dalam banyak perkara. Keluar dari kepumpung kampung, keluar dari budaya penakut mencuba, keluar dari takut gagal. Well done hara.

azirulgcarl said...

nda apa Hara.. u has been performed di Istana Budaya tu pun da melatop dah..

lagi pun masih muda lagi.. banyak peluang lagi...hahaha

AragangTandik said...

wow - ini pula yang kawan2ku cerita tadi di padang merdeka tu (sambutan untuk PM). Aku ni betul2 ketinggalan kapal. KM memang punya banyak bakat seni. Tahniah kerana sampai peringkt akhir.

RIDWAN.ct said...

Aragang, itulah bah...rajin2 bah jengok kami di KM. hehehe...
TERUSKAN HARA. CIPTA KEJAYAAN.