SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, May 30, 2009

PROGRAM KELUARGA ANGKAT SEMPENA PESTA KAAMATAN 2009

Pengarah Perpaduan Negeri Sabah dengan lagu 'SEMUT MERAH'
Keluarga angkat bagi Rukun Tetangga Kg.Salimandut bergambar bersama Pengarah Perpaduan Sabah.
Kesemua keluarga angkat dari seluruh Malaysia menyanyikan lagu 'GELANG SI PAKU GELANG'
Bersempena dengan bulan Kaamatan 2009 ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah menganjurkan Program Keluarga Angkat, Lawatan Integrasi seluruh Malaysia berpusat di Negeri Sabah dan memilih Daerah Kota Marudu sebagai Pusat Penyerahan Keluarga Angkat pada kali ini.Seramai 82 orang peserta dari seluruh negara (seluruh negeri di Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak) dipilih untuk menyertai program ini.
Keluarga Angkat ini terdiri dari semua kaum di negara kita iaitu Melayu, Cina, India, Iban, Sheikh.Program ini antara lain untuk merapatkan lagi silaturrahim dan hubungan antara kaum di negara ini di samping mengaplikasikan slogan 1 Malaysia.
Rukun Tetangga Kg.Salimandut antara RT yang mengambil keluarga angkat iaitu seramai 6 orang.Lawatan selama 3 hari ini sudah memadai untuk menyemai kasih dan permuafakatan semua kaum jika benar2 menghayati erti 1 Malaysia.
Pada hari kedua mereka di sini, satu program sukaneka telah diadakan di Padang SMA Goshen yang dihadiri oleh semua kanak2 Tabika Perpaduan dari seluruh P.168 Kota Marudu termasuk sebahagiannya dari Pitas.Yang istimewanya ialah, tarian Pinakang dan Momiluk telah dipersembahkan pada masa itu dan semua keluarga angkat berpeluang untuk menari tarian itu bersama2.
Hari ketiga bagi RT Kg.Salimandut, kami telah membawa semua keluarga angkat ini melawat Simpang Mangayau Kudat, Pusat membuat Gong Sumangkap, Pusat Manik dan pekan Kudat. Waahh...memajak ikan masin, udang, sotong dan bilis itu keluarga angkat kami. Mereka kata, harga ikan masin,udang,sotong di Semenanjung sangat mahal.
Begitu juga dengan Gong.Makcik yang bertudung merah dalam gambar di atas tu telah membeli sebiji gong dengan harga RM40.Memang murah dan berpatutan.Bukan senang buat gong.
Semalam adalah Malam Penutupan dan Perpisahan keluarga angkat dan hari ini mereka telah bertolak ke KK untuk menyaksikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri esok di KDCA.
Mereka maklumkan bahawa mereka tinggal di Ruby Hotel kerana semua hotel2 besar sudah penuh.
Kota Marudu sangat bertuah kerana menjadi tuan rumah bagi Program Lawatan Integrasi Keluarga Angkat kali ini dan saya secara peribadi merakamkan TAHNIAH kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional atas idea seperti ini.Harapan saya semoga program seumpama ini akan diteruskan sampai bila2.
Suka saya membicarakan di sini, alangkah bahagianya kita jika perpaduan kaum di negara ini menjadi senjata utama untuk memerangi segala macam kemelut dalam politik negara ketika ini. Jika kita rakyat biasa dari pelbagai kaum mampu hidup serumah, kenapa pula ada antara kita yang satu bangsa saling bercakaran demi pangkat dan kepentingan sendiri?
Sama2 kita fikirkan bukan untuk diri kita,bangsa kita tetapi demi keamanan negara kita dan anak cucu kita..
SALAM HORMAT & SALAM PERPADUAN
1 MALAYSIA.

22 comments:

Nazri Aldusuni said...

ko juga nong .. puteri cawangan salimandut

Nazri Aldusuni said...

ko juga nong .. puteri cawangan salimandut

Pencinta_KM said...

Bravo Pn. Justina...Tahniah SAM.Program itu wajar diteruskan kerana kesannya baik bagi perpaduan malaysia.1Malaysia. 1Marudu.Rancakkan lagi yop

Umar al-Longobi said...

Tahniah! tahniah Nong... ada kemajuan. teruskan bermasyarakat. PKM, 1Marudu satu gagasan yang amat baik. boleh buat 1 entry tu...

akibaragon said...

sia bangga butul ada cucu macam kau ini nong.teruskan perjuangan.

kyro said...

Tahniah Nong,beginilah permata bangsa.saya rasa kau boleh sudah jadi co-ordinator untuk buat homestay di Kota Marudu.ada juga angan2 saya mau buat homestay tapi saya macam tidak mampu jadi co-ordinator sebab besar gia kawasan KM ini.lagipun otuo oku no bo.saya dapat tau dari Sabah Homestay Association belum ada lagi co-ordinator untuk kawasan KM.Kalau kau jadi co-ordinator saya jadi peserta la,boleh bah kan?

NONG said...

Salam,

Nazri alDusuni..ya,sayalah ini Ketua Puteri UMNO Cawangan Kg.Salimandut..hehehee. Semoga usaha murni seperti ini akan mampu mengajak semua masyarakat kita supaya lebih menghargai erti perpaduan berbilang kaum..

PencintaKM..
Jika diberi ruang dan peluang, saya sentiasa memberikan kerjasama sebaik mungkin selagi ada kudrat. Saya beroleh kepuasan diri bila dapat melaksanakan sesuatu yang mampu mengekspos Kota Marudu di mata dunia..Ya..1Malaysia,1Marudu.

Umar al-Longobi..
THANKS...Siapa pun diantara kita yang punya ruang dan peluang untuk ekspos ke arah kemasyarakatan dan sosial, kita sebagai warga Kota Marudu harus sedia menyokong. Siapa lagi kalau bukan kita.hehee

Akibaragon..
THANKS Aki, semua ini adalah bakat yang diwarisi dari nenek moyang kita bo..hehee.

Kyro..
Kita semua adalah Permata Bangsa. Kita bertanggungjawab terhadap kampung, daerah, negeri dan negara kita..hehehe.
Ba, kalau ko boleh atur buat Homestay,saya sedia membantu. Ahli2 SAM ni juga sentiasa bersatu hati untuk membantu..mangai ka wo daton. sera po.

WargaPrihatinKM said...

Salam ziarah SAM..
Masuk blog pula program ni ya..Tak sangka.Kalau boleh, minta SAM dapat siarkan apa saja bentuk program yang diadakan dalam daerah Kota Marudu ini.
TAHNIAH! buat Sdri.Justina Tuyundo.
Saya pasti kamu tidak kenal saya tapi saya kenal kamu. Permata Bangsa seperti kamu adalah salah satu contoh yang wajar diketengahkan dalam masyarakat walaupun kamu dari parti UMNO yang saya rasa kurang mendapat tumpuan di daerah ini kerana dominasi PBS.Tapi kan..kalau sayalah pemimpin parti PBS, saya tidak akan membiarkan seorang permata bangsa seperti Sdri.Justina ini tersorok.Saya orang PBS dari dulu sampai sekarang tapi apa yang saya lihat sejak kebalakangan ini,orang2 PBS kebanyakannya hanya mahu nama. Buat kerja hanya bila depan Datuk Max atau YB Anita.Suka mengampu.Maaf andai tarian jemari saya ini agak menyinggung.Tapi ini luahan kekecewaan dari seorang ahli yang setia dari dulu.

Kalau Datuk Max berani ah..saya mahu tengok Sdri Justina ini jadi Pemimpin Kemajuan Rakyat N.5 Tandek akan datang iaitu dari Parti UMNO kalau rezeki kita masih berYBkan PBS (mudah-mudahan)..TUHAN memberkati..
Kesimpulannya, YB dari PBS, PKR dari UMNO dan lain2 dari parti komponen lain..baru adil dan telus.
Kalau semua dari PBS pun apa kerja yang dorang buat? Tempah nama sendiri saja.Bila hasil kerja tidak memuaskan dan ditegur,mulalah marah.
Ingatlah bahawa nama yang kita adalah nama daerah kita.. cari mereka2 yang boleh buat kerja. Saya rasa ada banyak lagi prang di daerah ini yang boleh buat kerja seperti Sdri Justina..

Semoga terus success SAM!
BRAVO Sdri Justina..

akibaragon said...

Sia sukung cadangan WargaPrihatinKm.Mimang sia punya cucu itu bijak dan pandai.buat karaja bukan mau nama atau pangkat atau gaji.itu duit bila2 si tompinai boleh kasi dia.tapi ini anak si Tuyundo ini mimang ikhlas karaja untuk bangsa dan daerah KM.

Osonong babanar iti ginawo ku tu apandai babanar ih Tuyundo mangaja tongo tanak yo.Sukur no bo jumaji kikiawi aso panasalan.

AnakMantanYB said...

Salam SAM!!..
Saya pun kenal juga ini Pn.Justina Tuyundo orang Kg.Salimandut. Dia ini pernah jadi Master of Ceremony Sugandoi Daerah Kora Marudu 2 tahun berturut2, MC Unduk Ngadau Daerah KM juga 2 tahun berturut2,MC Malam Kemerdekaan juga dan MC beberapa acara UMNO Bahagian tapi saya tabik spring pada Pn.Justina ni semasa Majlis Perpisahan Mantan Ketua Bahagian UMNO iaitu Yang Dipertua Dewan Rakyat sekarang Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia. Saya sendiri pun menolak bila diberi amanah untuk mengMC acara itu yang hanya dimaklumkan supaya jadi MC dalam masa setengah jam lagi acara bermula. Akhirnya Dato Bidin meminta Pn.Justina jadi MC dan apa yang membanggakan saya ialah segala susunan kata2, segala pantun dan segala puisi mampu dilontarkan spontan oleh Pn.Justina ketika itu.Orang Salimandut memang HEBAT2.
Bertuah Arwah Tuyundo kerana mempunyai anak2 yang hebat.
Saya pun sukung dengan pendapat WargaPrihatinKM dan Akibaragon itu.

TAHNIAH SAM..terutama Cikgu Androd Sadian (Ketua Editor SAM) kerana pandai memilih ahli SAM..

AimanKM said...

Satu saja kekurangan Pn.Justina ni dia tiada karaja..
Tarai-tarailah ko cari karaja Pn.Justina.Sayang ba ko ni.

Umar al-Longobi said...

obo nong... simbar poh kah. kada kumambang ki, hehe. ya, yg baik apa salahnya kita tonjolkan. kedepankan. dan, bagi sokongan. :-)

ison said...

Iti bala ti aransak siti. Haha... nunu komoyoon di aimankm aso karaja. taim rumiat turu ot iimon di nong dilo.

NONG said...

Ai..ogumu no balaai iti ulasan siti diti bo.
Kepada WargaPrihatinKM, Akibaragon dan AnakMantanYB,Terima kasih diatas kata2 perangsang yang telah diberikan.Siapalah saya ni jika tiada yang beri peluang untuk involve dalam semua ruang dan peluang.
Kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada En.Jaiping Minsu(pegawai Penguatkuasa MDKM dulu tapi sudah naik pangkat dan bekerja di Kudat sekarang) kerana beliaulah yang telah merintis jalan saya untuk lebih ekspos di daerah Kota Marudu ini.

Mangantuk ko nogi tobo Akibaragon. Kumambang oku no daraai nga morosi oku mungkobong ong adarakan no banar..hehehe

Umar,
Sumimbar amu oku no daraai bo diti tu osagan oku nga saya tidak menolak dengan semua kenyataan AnakMantanYB tu..memang betul apa yang dia cakap.Saya macam kenal2 identiti dia ni tapi takut silap orang pula.Anyway THANKS AnakMantanYB.

Ison..
kakalung itot aso karaja ku tatantu too dati komoyoon di AnakManatanYB dilo.Araat no tirak ku dilo wo ison.

AnakMantanYB,
THANKS atas keprihatinan anda. Sebenarnya saya sudah berusaha juga ini cari kerja tapi belum ada rezeki lagi.Pun begitu saya bersyukur kerana walaupun tiada gaji, saya masih berpeluang menyumbang tenaga dan pemikiran untuk kita semua..:)

Umar al-Longobi said...

nong...

kerja yg terbaik utk seorang wanita adl sbagai Menteri Pendidikan di dalam rumahtangganya sendiri. bab2 duit, bagi sama Perdana Menterinya (ayah/suami). dan, profesion keibuan itu juga telah byk menyumbang kpd ketamadunan bangsa. (nantilah sy tulis 1 entri utk ni. ong tiakan kow boh). Dr. Nellson bah yg ngam kupas ni, hehe..

Anonymous said...

adesss..aso noh dogon boroson..mongomen oku daraai nga mad ko landang iti line ku beno..bah nong mad ko awasi beno ot rinapa nisurung tongo kinoruangan..ginuring molulu..osianan oku tobo dat tongo kinoruangan wokon..ongo popodos nopo rinapa

mantad:

TK

NONG said...

Umar..
mangai i palajako ong awasi po kakakanan tobo.Aso i masalah dino. Sama2 belajar bukan untuk diri saya saja tetapi untuk semua pengunjung2 SAM dari kalangan house wife.

TK,
NUNGA!..ika balaai iti. anaru tumur nu TK. Pamaal po dot lagu nah! ka YB kato ka TK..hehehe.Suwang pogi ad blog d Ison,id ruang chat okoi di ison bo..

ILLIE said...

AimanKM..ko punya komen ni bah..butul2 inda masuk akal..ko pikir si Justina indada karaja meh?

Melayan suami,mendidik anak di rumah bukan kerja kaitu??..

Tidak semestinya "Kerja" adalah tiket untuk menjadi seorang pemimpin.Kalau si Justina indada kerja,kenapa ada masalah kah?

Jadi samada dia ada karja kah indada itu tidak perlu kita persoalkan..seharusnya kita sama2 menyokong dia supaya lebih menyerlah masa depan sebagai seorang pemimpin agung KM.

Jangan cuba2 manabur lada kokou..

Kumpulan Suri Rumah KM said...

BRAVO Pn.Justina Tuyundo.
Semoga kelibat dan penglibatan ko dengan semua ini akan membuka mata para wanita di Daerah Kota Marudu ini supaya jangan rendah diri walaupun tiada karaja (Suri rumah) saja..

Satu cadangan saya, Pn.Justina boleh kongsikan amalan awet muda dan cara jaga tubuh?
kalau tidak kanal sama ko ni Pn.Justina, osoluan ko moti yo ka.. ingatkan masih bujang lagi..:)

BOLUKANG said...

SUKUNG ILLIE..
BA,PN.JUSTINA,KO RAPAT SAMA DO KAN. CUBA-CUBALAH BA MINTA PROJEK. BUKAN MENGAMPU TAPI SAYA TENGOK DO TU BAIK ORANGNYA.MANA TAU ADA PINTU KASIHAN DIA SAMA KO.

AimanKM said...

Saudara Illie,
saya minta maaf jika kenyataan saya itu telah menyinggung perasaan kalian termasuk Pn.Justina.Saya tidak bermaksud demikian.
Cuma saja maksud saya, kalau Pn.Justina ini bekerja tetap(kerja kerajaan), sekurang-kurangnya dia ada peluru untuk menembak.

Saya berdoa supaya Pn.Justina akan mendapat pekerjaan dalam masa terdekat..Amin.

JMimie said...

Adess nong...ogumu ot bansa diti komen do tongo koruang...ogumu ot omis nga amu i mogidu waro mopeet sabat. Apapun, teruskan perjuangan. Saya yakin dan percaya kebolehan dan anugerah yg ko miliki adalah aset 'kerjaya' yg akan membawa kepada banyak lagi pencapaian2 luarbiasa pd hari2 mendatang demi kemajuan bangsa dan negara.