SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, May 22, 2009

SAM: S-ayangi A-nak M-erdeka

(SEMPENA KEMPEN ANTI-DERA SAM) Kepada kanak-kanak Berikan mereka cinta Kerana jiwa kita terlebih dahulu disayangi Rahsia kedewasaan Kepada Kanak-kanak Berikan mereka jalan Kerana ejak kita terlebih dahulu Direncah pengalaman Suluh iktibar Kepada kanak-kanak Berikan cahaya Kerana akal kita terlebih dahulu Mendakap sirna Hikmah kemanusiaan Kepada kanak-kanak Berikan mereka doa Kerana kita terlebih dahulu dipanjatkan Ke gerbang syurgawi Sujud seorang bapa Dan tunduk seorang ibu Mengapa gagal jua Memberi cinta Merentang jalan Menyuluh cahaya Berlembut di dalam doa Sekalipun mengasihani Dia bernama manusia Merenggut nyawa Sendu hatiku Sendu Kelu lidahku kelu Tunduk tersiat malu Terjaga terbangun pilu Kanak-kanak kecil ini Sudah pun pergi jauh Bila manusia sesat akal Mengikis kemanusiaan Hilang perikemanusiaan

2 comments:

SANGURU said...

Komen "juri":
tajuk yang kreatif - S.A.M...
Puisi yang sarat dengan masej
tak terlalu sukar untuk difahami

"well done..."

Umar al-Longobi said...

tajuk & inti yg amat kreatif. tahniah LM! lenggok puuisi yg walaupun lembut tapi, impaknya lebih besar drp tsunami jika berjaya menusuk kalbu gol sasar. teruskan!