SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, May 30, 2009

Sama sama berjuang sama sama kaya

Malatop malatop..... Kain Singapore... Siapa cepat dia dapat.... Atuuukkoii.....omura kopio!!! Ini merupakan laungan iklan yang saya dengar setiap kali ke Tamu Kota Marudu.Lebih 30 tahun saya tidak ke Tamu Kota Marudu.Kali terakhir saya ke Tamu Kota Marudu adalah sekitar tahun 1976,itupun di Pekan Lama. Tahun 1977 saya dipindahkan ke Kota Kinabalu untuk meneruskan persekolahan.Setiap kali cuti sekolah almarhum bapa akan charter kereta si Ah Mong di Tandek untuk mengambil kami dari rumah di Kota Kinabalu dan membawa kami pulang terus ke rumah di Tandek tanpa singgah dimana-mana.Begitu juga bila sekolah dibuka,kami (saya dan abang saya Anang) akan dihantar terus ke Kota Kinabalu. Secara tidak langsung saya seolah-olah terpisah dengan Kota Marudu. Rutin diatas telah sebati dengan saya hingga sekarang.Setiap kali pulang kampung saya akan terus ke Tandek. Saya hanya limpas saja kalau singgah pun hanya untuk mengisi minyak. Satu hari sedang saya melayari laman web Sabah Tourism Board,saya terbaca tentang Tamu Kota Marudu yang dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancong.Terdetik dihati saya untuk singgah dan melihat sendiri apa yang menarik disana. Bermula April 2008 saya membuka ladang di Tandek dan kini menjadi rutin mingguan saya pulang kampung pigi tabasan.Sebelum ke ladang saya singgah di tamu....adedeeehhh...bagus pula ini tamu,macam-macam ada.Saya seronok melihat kemeriahan Tamu Kota Marudu yang menghidangkan pelbagai produk tempatan.Namun dalam keseronokan itu saya terharu dan merasa sedikit terguris bila melihat rakan sebangsa saya berniaga ditepi-tepi jalan.Kenapa mereka tidak diberi tempat yang sesuai....tanya hati saya. Saya melihat di ruang letak kereta bersebelahan pasar yang dijadikan tapak tamu tersergam kemah-kemah pasar tani.Didalam kemah-kemah ini terdapat pelbagai jenis jualan daripada sayur-sayuran hinggalah ikan masin dan macam-macam lagi.Bila saya bertanya kepada tuan punya jualan,mereka menjawab dalam bahasa melayu yang agak asing pelatnya.Dan tahulah saya siapa mereka. Sambil meninjau sekitar tamu saya berfikir....apa sudah jadi...? warga tempatan berniaga di tepi jalan warga asing dalam kemah pasar tani di tempat yang cukup strategik.Macamana warga asing ini boleh berniaga di sini,apa kelebihan mereka?.....warga tempatan kenapa pula ampai-ampai jualan ditepi jalan...apa pula kelemahan mereka? Memandangkan saya bukan dari golongan Permata Bangsa,saya tidak memiliki ijazah berjela-jela dan sama sekali tidak kaya, maka saya berkata pada diri saya sendiri sebagai anak watan Kota Marudu saya kena tolong bangsa saya sendiri.Memandangkan di Kota Kinabalu saya adalah konon buka kedai kopi kecil-kecil maka ada bagusnya saya membeli barang-barang keperluan saya di Tamu Kota Marudu ini. Maka saban minggu saya datang ke Tamu Kota Marudu seawal jam 6 pagi memecut Boeing 737 (pick-up buruk saja bah hehehe) dan memajak barangan jualan warga tempatan di sana.Lucu melihat wajah-wajah yang terpinga-pinga bila saya kata Bah undoun ku sememon sek ... pada peniaga bajau atau Bah..onuon ku kiawi... pada peniaga dusun tapi saya merasa gembira lebih-lebih lagi bila saya terjumpa rakan lama saya yang sama-sama menuntut di SK Tandek tahun 60an.Rakan saya Jerining berniaga sayur-sayuran di tepi jalan. Kebetulan sayur yang beliau jual adalah sayur kegemaran saya yang saya panggil bawang dusun (saya tidak tahu nama sebenar sayur ini) dan saya pajak kesemuanya.Begitu banyak ka kau makan sayur? kata kawan saya. Pernah sekali ketika saya membeli ikan bilis dari seorang ibu muda berbangsa bajau.Ikan bilis yang beliau jual jauh lebih murah daripada yang dijual oleh warga asing didalam kemah.Ibu muda ini hanya menumpang teduh di tepi kemah peniaga lain dan meletakkan barang jualannya diatas hamparan plastik dijalan raya.Dengan di temani dua orang anak yang masih kecil dan salah seorang daripadanya mengalami demam panas beliau gigih berniaga.Ketika saya memajak ikan bilis darinya anaknya berkata pada saya "Pajaklah ikan bilis mama aku supaya kami boleh pulang".Sedih dan mengharukan. Pisang Sabah,keladi,ubi rambat (Keledek),ikan bilis,ikan masin,ikan sembilang,kupang dan lokan antara barangan yang saya pajak saban minggu disamping kopi Red Guara dan Bidadari Putih yang saya pajak dari gerai abang saya si Otok.Kata kakak saya si Liau "ngam juga lah sambil-sambil kau pulang tengok kebun sambil-sambil kau shopping secara tidak langsung kau bantu kasi maju ekonomi orang kampung". Sebagai insan kerdil ini sajalah yang saya mampu buat " Tolong sama tolong,sama-sama berjuang,sama-sama kaya". Aramaii...tiiii.

8 comments:

FL Feinier said...

Haha.. ko ni, jan gitu bah Bos.. nda semestinya yg ada degree tu Permata.. kadang2, ada jg yg ada degree, tapi bulum buli lagi.. Bg sya, sya tetap pandang tinggi org2 yg tiada degree tapi berhati baik..

Pasal di tamu ni.. klu kain2, sya jrg pigi tingu la.. tapi, kalu sayur dan makanan, mang pebret sya tu.. sya pun suka p tamu KM dan pasar Goshen... tentang tempat tu, sya kurg pasti.. tp, org kg yg dtg berjual biasanya dtg masa tamu saja...ble suka2 dtg, ble suka2 balik.. Apapun, sya rasa, MDKM tetap perlu bg penjelasan...Why?

Umar al-Longobi said...

ayahanda kyro,

bagus tulisan yg amat baik. spt yg dipaparkan dlm entri sebelum ini tidak semestinya setiap yg berijazah itu permata. kalau menurut Dr. Nelson, setiap kita adalah permata. cuma, seperti mana batu permata yg bermacam2 jenis (spt intan, zamrud, jed dll) begitu juga permata bangsa. senarai graduan yg dipaparkan itu salah satu drpnya. samada intan, zamrud, jed dll itu kita belum pasti. ayahanda kyro pasti salah seorg drpnya.

selamat!

kyro said...

FL Feinier,Umar al-Longobi,terima kasih banyak.Bukan apa orang tua-tua macam saya ni kalau mau cerita perjuangan macam payah sikit,maklumlah otak lama masih pentium 2 sedangkan orang lain sudah upgrade.Hehehe.Tapi apa pun saya sangat bangga melihat anak watan KM terutama mereka2 yang berkelulusan seperti saudara FL Feinier,Umar al-Longobi dan rakan-rakan blogger SAM yang lain serta ramai lagi kerana begitu prihatin dan mengambil berat akan pembangunan daerah dan bangsa sendiri.Anda semua adalah Permata Bangsa dan pemimpin yang kita cari-cari.Teruskan perjuangan.

FL Feinier said...

Pertama sekali, saya minta maaf sebab guna ganti nama "Ko" utk komen sya di atas.. sya tersilap org rupanya.. Rupanya, uncle Kyro ni, berpangkat Ayahanda pula.. so, sya minta maaf utk yg itu...sya pikir mula2,uncle Kyro ni mcm abang2 yg berhati remaja lagi.. hehe...

Yg kedua, anak2 muda ni, nda juga boleh berdiri ni kalu tanpa sokongan dari golongan2 yg berpengalaman mcm Uncle Kyro... cuma saja, orang ni, rambut sama hitam, hati lain2... tidak semua org hati dia sejuk dan harum...

Ada org ni, kdg2, diri sndiri susah mau berjya, jadi tidak senang hati nampak orang berjaya.. jadi, ini yg nda bagus... tapi, apa yg uncle kyro buat tu, memang satu perkara yg baik... uncle kyro boleh bisnes, org lain pun jadi senang (sebab kana beli jualan)..

Pada sya, yg berjual2 itu.. satu perkara yg baik.. teda degree pun, anak2 di rumah dapat makan jg.. jadi, sya tetap dan sgt hormat orang2 yg macam ni...tidak segan2 berusaha cari makan... Terima Kasih Uncle Kyro...

Notes: org bejual2 ni, biasanya, diam2 saja slalu..tp, duit di bank... huh... slalunya lebih byk dr yg ada gaji bulan...

Mr. Aki Abad 21 said...

bagus juga tajuk karangan c kyro 'sama2 barjuang sama2 kaya' @#$%^&*()_+

How Are You? said...

cantik nama oh..

kyro said...

Tiada hal baitu FL Feinier,sya ni bukan siapa2 dpt pangkat sebab umur sudah lanjut hahaha.

Mr Aki Abad 21,awal juga kau pakai nama aki macam budak lagi kau itu sya tengok.

How are you? kau lagi cantik oo sya tua2 ini pun bagagar juga oo nasib sya masih lagi sedar hehehe siou ki.

Kamu semua adalah anak-anak yang baik.

SANGURU said...

permata mcm kryo ni yang jarang2 ada....