SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, May 19, 2009

SECAWAN KOPI...

Oleh: Tekong SAM
Malam tadi kopi yang saya minum di kedai kopi terasa sedikit "kelat", kurang nikmatnya kerana saya sedikit teruja dengan komentar seorang rakan pengunjung dalam blog peribadi saya "SOS" (http://yomogun.blogspot), artikel bertajuk "Mana Dia". Pembaca yang ingin tahu, bolehlah rujuk ke sana.
Oleh sebab saya ada berjanji untuk menulis dalam ruangan "Secawan Kopi" maka inilah saya menulis, kebetulan sudah agak lama tidak menulis "Secawan Kopi" padahal tiap hari "melantak" di kedai kopi. Janji tetap janji tetapi saya juga pegang "perjanjian" Staf SAM untuk tidak menjadikan SAM "milik peribadi" jadi saya tidaklah ingin memfokus kepada hal-hal peribadi.
Okay, saya tarik perhatian sdr/i pembaca tentang kartun di atas. Perjuangan umpama pertapaan juga. Saya tak pernah bertapa, tapi sang petapa selalu berkata seperti kartun di atas kata. Justeru, perjuangan tidak akan luntur oleh "percobaan". Percobaan itu mendewasakan dan mematangkan. Kami di SAM akan terus berjuang dengan cara kami untuk kebaikan. Kadang-kadang ada juga cubit-cubitan, kadang-kadang "sengol-sengolan"....tapi itu tanda sayang, untuk membaiki. Kami tentunya bukan "malaikat" , tapi yang pasti seperti yang selalu Dr. Nelson cakap: "Kami bukan ahlong, kami cuma mau tolong". Maaflah kalau ada yang tersinggung...inilah susah kalau tidak pandai main politikkk (bermuka-muka)...inilah risiko berusaha berkata jujur...namun seperti kata orang dulu-dulu: BERJUANGLAH, SAMA ADA ANDA TERBILANG ATAU TERBUANG...

7 comments:

JMimie said...
This comment has been removed by the author.
JMimie said...

Setelah penat mengembara dari blog ke blog, izinkan saya berehat di sini seketika utk buat 'senaman' ringan supaya lebih segar utk meneruskan pengembaraan ke negara lain...

Kata pepatah "Rambut sama hitam tapi hati lain2"... apa yg ada dalam hati dan motif setiap tindakan seorang manusia hanya Tuhan yg Maha Tahu.. pun begitu kita dapat melihat seseorang itu 'baik' atau 'sebaliknya' dari perbuatannya kerana more or less, perbuatan itu adalah demonstrasi dan manifestasi apa yg terkandung dlm hati.

Jika saya diminta memberi undi memilih seorang pemimpin, undian saya akan menjadi milik kepada mereka yg banyak melakukan kebaikan yg nyata melalui perbuatan samada melalui tindakan, percakapan, nasihat, dll kepada masyarakat. Saya tidak perlu 'menilai' seorang pemimpin melalui cakap2 atau gosip2 yg disebarkan kerana ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS.

Kritikan yg baik ialah kritikan yg bukan semata-mata untuk membenarkan diri sendiri tetapi sepatutnya boleh mengajar diri sendiri dan orang lain.

Sama-samalah kita semua terus belajar kerana BUILDING GOOD CHARACTER IS A LIFETIME JOB..

Teruskan perjuangan Sanguru & SAM.

SANGURU said...

Ya. Teruskan perjuangan setiap pejuang. Baik pejuang kecil atau pejuang besar. Baik kecil-kecilan atau besar-besaran. Baik individu atau perkumpulan...

SANGURU said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Masih ingatkah coretan ini masa kita form-six?
"KERENDAHAN HATILAH YANG PALING SUKAR UNTUK DIDAKI...".
Redza, pakai sanguru sudah sekarang ya.

=anonymous yang pasti masih kau ingat...

SANGURU said...

ooooyaaaa...masih sangat ingat! Hubungi saya nanti.

Hee, ya pakai sudah. Tukar nama pena sudah sejak jadi "cifu"/guru. Saya pun hingga saat ini masih ingat dan mengunapakai "KERENDAHAN HATI...". TQ atas kunjungan tidak disangka-sangka ini! Teruslah menyokong SAM.

Little Mike (LM) said...

banyak CARA tapi sama BERTAHAN MENDERITA demi survival orang kita. Jalan ada 2-3 tapi arah biar sama. Teruskan dan jangan patah semangat.