SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, May 6, 2009

SETITIK DARAH SEJUTA HARAPAN...

"SUMBANGAN KITA DIPERLUKAN..."
Oleh: sanguru, Pengerusi Komunti Perdarah, Kota Marudu Gambar: Pengerusi PERDARAH bersama Dr. Nelson (Naib I).
Kota Marudu, Rabu : Persatuan Penderma Darah Malaysia (PERDARAH) Cawangan Kota Marudu dengan kerjasama Bank Darah Hospital Kota Marudu akan mengadakan Program Kempen Derma Darah dan promosi keahlian pada 10.05.2009 bertempat di Dewan Masyarakat, Kota Marudu. Pogram tersebut dijangka bermula jam 08:00 am sehingga 16:00 pm. Dijangka YDP Komuniti PERDARAH Malaysia (AMT) dan Setiausaha Agung akan hadir bersama memberi sokongan. Tuan Pegawai Daerah Kota Marudu, Puan Lovita Koisun, selaku Penaung PERDARAH Kota Marudu juga akan bersama untuk menjayakan program ini.
Program ini bertujuan untuk menambah bekalan darah di Bank Darah Hospital Daerah Kota Marudu bagi kegunaan orang ramai/ pesakit yang memerlukan. Selain itu ia juga bertujuan untuk menarik seramai mungkin ahli KOMUNITI PERDARAH Kota Marudu khususnya di kalangan penderma darah. Orang ramai dijemput hadir dalam majlis tersebut disamping berhibur dengan keluarga kerana pada masa yang sama berbagai aktiviti dijalankan di Padang Pekan Kota Marudu sempena Pesta Menuai Peringkat Daerah Kota Marudu.
PERDARAH Cawangan Kota Marudu baru juga ditubuhkan pada 08 Mac 2009 dan menghadapi kekangan dari segi kewangan untuk melaksanakan berbagai aktiviti yang telah dirancang. Buat masa ini pihak persatuan sedang mengadakan kutipan derma daripada orang perseorangan dan syarikat sekitar Kota Marudu. Semoga para dermawan terbuka hati untuk menyumbang dalam bentuk wang ringit walaupun tidak berkesempatan untuk bersama dalam persatuan. Sebenarnya setiap kita punya kemampuan atau kapasiti untuk menyumbang dalam berbagai bentuk, yang penting kita punya kemahuan untuk berbakti sesama manusia.

9 comments:

kyro said...

satu usaha yg murni.syabas dan teruskan perjuangan.

cuma satu yg saya kesalkan tentang perkhidmatan Hospital Kota Marudu.apa yg berlaku adalah pegawai perubatan bertugas tidak membuat pemeriksaan dgn teliti.Berikut komplen yg saya terima:-

1. A seorang guru ke HKM dan didapati menghidap tiroid dan dibekalkan ubat-ubatan.Pegawai bertugas B memberitahu sekiranya A merasa gatal2 kulit selepas memakan ubat tersebut maka segera dtg ke HKM untuk menukar jenis ubat kerana itu bermakna A allergik kepada ubat yg dibekalkan.Kebetulan A merasa gatal2 kulit selepas memakan ubat yg dibekalkan dan segera ke HKM untuk menukar ubat.Beliau dirujuk kpd peg perubatan lain C.Malangnya C tidak mahu menukar ubat tersebut walaupun A berulangkali menerangkan bahawa menurut Pegawai Perubatan B jika A terus memakan ubat tersebut A akan kehilangan sel2 darah putih dan akibatnya fatal.Kerana keengganan peg perubatan C menukar ubat dan saranan C supaya A teruskan saja makan ubat tersebut maka A menurut perintah.Akibatnya A telah kehilangan banyak darah,tidak boleh bangun (bed ridden) selama beberapa minggu sehinggalah adik beliau datang kerumahnya dan membawanya semula ke HKM dan kemudian dikejarkan ke QEH/SMC dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan masih ditahan hingga kini walaupun sudah beransur pulih.

2. D seorang pelajar mengadu sakit perut yang teramat sangat.Bapanya membawa D ke HKM dan dikatakan mengalami Gastrik serta dibekalkan ubat penahan sakit dan ubat gastrik.Setelah memakan ubat sakit beransur hilang.Selang seminggu D merasa sakit perutnya menyerang lagi,kali ini lebih teruk dari minggu lalu.D meraung kesakitan dan pihak HKM melakukan Xray dan scanning sebanyak 3 kali tetapi pegawai bertugas tidak dapat mempastikan apa sakit D sebenarnya.Memandangkan D dalam keadaan kritikal maka dia dikejarkan ke Unit Kecemasan QEH di Kota Kinabalu.Dengan hanya menyentuh bahagian perut D tanpa scanning mahupun Xray doktor bertugas dapat mengesan sakit D yang sebenar iaitu Appendiks,dan kerana ketidakcekapan pegawai perubatan di HKM akibatnya appendik D pecah dan beliau dikejarkan ke SMC untuk membuat pembedahan segera.

3. F seorang kanak2 selalu mengalami sesak nafas.Ibunya membawa F ke HKM dan pegawai bertugas kata F ada Asthma (Ampus) dan dibekalkan ubat Asthma.Selama beberapa tahun F dan keluarganya percaya bahawa F memang menhidap Asthma sehinggalah pada suatu hari bila F dan keluarganya bersiar-siar di Kota Belud.F telah disengat penyengat.Bapa F bercadang membawa F ke hospital di KK tetapi melihat keadaan F yang agak kritikal maka mereka membawa F kesebuah klinik swasta di Tuaran.Doktor wanita yang bertugas bertanya kepada ibu F 'sudah lama ka anak kau ada sakit jantung?'.Ibu F terkejut dan berkata bahawa F tiada masalah jantung dia hanya mengalami Asthma.Doktor tersebut kemudian menerangkan dengan panjang lebar kepada kedua ibubapa F bahawa sesak nafas yg dialami F itu sebenarnya bukan Asthma tetapi masalah jantung berlubang.Sekali lagi tanpa scanning atau Xray,dgn hanya meletakkan tangan kedada F, doktor tersebut dapat mengesan sakit F.Malah menurut ibu F doktor itu telah mengarahkannya meletakkan tangan diatas dada F dan beliau sendiri dapat merasa getaran seperti tiupan angin yg kuat didalam dada F dan kata doktor tersebut itu tandanya F mengalami jantung berlubang.Doktor tersebut telah mengeluarkan satu memo dan meminta ibubapa F merujuk semula kepada doktor yang merawat F dulu.Dan setelah menjalani pemeriksaan terperinci sah bahawa F memang mengalami masalah Jantung Berlubang dan akan dihantar ke IJN tidak lama lagi.

Diatas hanya secebis kes-kes yang tidak sepatutnya terjadi.Masih banyak lagi kes yang tidak dilaporkan.Apa yang membimbangkan adalah jika perkhidmatan sebegini diteruskan apa akan jadi pada orang-orang kampung sekitar KM.Kalau orang kaya boleh terus jumpa doktor di Kota Kinabalu tapi bagi orang susah yang untuk turun ke KM seminggu sekali pun payah,macamana?

HKM...tolong tingkatkan kualiti kerja sesuai slogan PM ....Rakyat didahulukan.

SANGURU said...

Hmnm, saya cuma kawan Dr. Zyrod. Dr. Zyrod antara AJK Tertinggi Komuniti PERDARAH KM. so, dlm hal ini, yang saya (bagi pihak SAM) boleh bantu ialah: SAYA AKAN KASI TAHU DR. ZYROD (PENGARAH HKM) AGAR BACA BLOG INI/ KOMEN INI.

SANGURU said...

ok, saya dah sms Dr. Zyrod minta beliau masuk SAM dan baca ruangan komen ini. so, tugas SAM habis sehingga ini. Fail tutup. hehe

Little Mike (LM) said...

Tahniah Doc dan Pengerusi atas usaha murni menyedarkan orang ramai akan keperluan membantu pesakit yg memerlukan tambahan darah... teruskan usaha m urni ini.

Kryo...
pihak HKM perlukan pakar/specialist untuk mengesan penyakit lebih efisien. HKM harus bertindak segera. Agak memalukan title dr tapi prosedur perubatan yg dijalankan tidak accurate. Hospital kerajaan selalu bermasalah dari segi etika kerja dan cara perkhidmatan. Memang kena tingkatkan kualiti. Lain sakit lain ubat kena bagi. Mentaliti panadol perlu dikikiskan. Bukan main terjah bagi ubat saja.

Lagi satu masalah yg kerap timbul ialah waktu masa rehat tidak ada staff ganti. Pesakit tunggu lebih lama. Berbanding dengan hospital/klinik swasta... pesakit tidak perlu menunggu lama. Mereka menekankan perkhidmatan profesional dengan piagam lebih jelas mengutamakan keselesaan pesakit...

Hospital kerajaan perlu mencontohi etika seperti ini.

ison said...

Saya tersentuh dengan komen yang sdra kyro nyatakan di sini. Jika saya dipihak yang menjadi 'mangsa', saya juga akan merasakan kekecewaan sedemikian.

Saya tidak mahu membela para dr d hkm walaupun saya sendiri jg dr dan pengarah hkm pada ketika ini pun kawan baik saya.

Apapun, masalah yang timbul harus menerima respon yang sewajarnya dpd pihak hosp.

sedikit fakta ttg hkm. hkm antara hosp daerah tanpa pakar yang paling sibuk d sabah/malaysia.

hakikat bhwa hkm kekurangan tenaga kerja khususnya dr memang amat kritikal.

dalam kekurangan dn kesibukan trsebut, saya tdk menolak kmungkinan brlaku kesilapan spt yg sdra kyro sebutkan.

walau bgaimanapn faktor lain jg turut trlibat spt. sikap dan kecekapan dr yang merawat jg penting, dan dlm soal inilah pihak hosp prlu perbaiki.

di sebalik kesulitan yang timbul itu, saya bagi pihak Perdarah dan hkm tetap menyeru agar orang ramai tetap bersemangat untuk membantu menderma darah.

sesungguhnya setitik darah membawa sejuta harapan...

SANGURU said...

yaaa...HKM perlu perhatian. Dr. Nelson sudah beri fakta. Harap rakyat/pesakit KM memahami peg2 perubatan di HKM. Namun...janganlah gunakan fakta tersebut untuk tidak beri perkhidmatan yang sepatutnya walaupun tidak yang terbaik. BEYOND EXCELLENT - mesti ada penambahabaikan dari masa ke semasa. Semua agensi kerajaan perlu amal konsep "BE" ini...

JMimie said...

Bikin takut pula baca komen sdr Kyro ini..harap2 kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi.

Apapun, kepada yg sihat dan layak menderma darah, tiada kompromi untuk tidak menyahut seruan PERDARAH ini. Kongsikanlah darah anda kepada yg memerlukan. Kalau dilihat jumlah Pesakit Thallasaemia saja pun, KM masih ranking no1 di Malaysia..oleh itu, darah amat dan teramat diperlukan oleh org2 KM.

Wish I could be a donor too :(

SANGURU said...

MUTAKHIR.

10/5/2009 (Ahad): Dr. zyrod tidak dapat menyertai program Derma Darah kerana menyiasat aduan-aduan pengguna terhadap HKM. Pihak atasan turun ke HKM, dia bilang. Tak pasti lagi ada kaitan dengan aduan2 oleh pembaca SAM atau sebelum ini. Apapun, ini satu lagi peranan kecil SAM dalam masyarakat...

MO_HKM said...

Seperti biasa. Hanya keburukan dipaparkan dan tiada pun kebaikan atau jasa hospital dihargai.

Kes-kes yang disebut itu tidak semudah yang dibaca, setahu kami, kes pertama dan kes kedua memang dihandled dengan cara profesional dan tiada salah laku hospital. Mungkin pihak yang tertentu tidak faham mengenai keseluruhan dan memutarbelitkan ceritanya.


Bilangan pegawai perubatan di HKM sentiasa sekitar 4-5 orang. Mau minta orang pegawai perubatan biasa datang KM memang sudah susah. Apa lagi minta specialist datang. Jangan Harap !!! Memang benar , banyak kes kes perlu rawatan specialist. Tapi apa boleh buat. Tiada langsung orang sabah yang boleh datang sini. Yang ada pun sudah buka clinic, velus,agape,acacia. Jadi kamu harap saja orang semenanjung datang sini bekerja dengan susah susah di tempat ini dan banyak lagi berkomplain. Ini semua hanya boleh disalahkan kerana tiada keazaman politik (political will). Dengan kemudahan yang begitu buruk, jlan raya yang teruk, Bekalan air and bekalan eletric yang sentiasa tergendala, kamu mengharapkan kawan-kawan yang sanggup meninggalkan keluarga dan datang berkhidmat di sini ? Sudah 15 tahun Maximus jadi wakil rakyat, apa sumbangan dari segi ini ? Tiada apa apa yang diharapkan daripada Anita la.

Perkara ini bukan saja berlaku di km, di ranau - 3-4 pegawai perubatan pada masa ini. di kudat 4-5 orang. Di papar 3-4. Sedangkan di semenanjung. contoh tanjung karang atau banting ada 12-13 pegawai perubatan di hospital mereka. Jarak hospital di selangor pula dekat dengan hospital besar seperti Klang atau HKL. Jalan raya yang menghubunginya pun bagus. Jadi siapala specialist mau datang.


Dengan tidak cukup staf, memang rawatan yang diberikan akan berbeza berbanding sesuatu hospital yang mempunyai tiga kali ganda staffnya.

Tetapi kami juga amat bangga dengan sokongan sokongan yang diberikan oleh staff staff and bantuan penolong pegawai perubatan

Jadi kamu nak salahkan siapa sekarang ? orang yang memilih Maximus atau Maximus ?

Sabah suatu negeri yang begitu cantik, begitu kaya dengan natural resources. Tapi tidak dapat dinafikan ia adalah paling mundur sekarang. Di hospital la kami jumpa semua ini. Pesakit pesakit dari begitu jauh. Gana, Marak Parak , Sonsogon , Pitas, Beluran. Kes kes TB , malaria begitu banyak sekali.

Sekian . Post ini bukan betujuan untuk menjawab komplain yang tersebut tetapi luahan hati pegawai-pegawai perubatan yang sanggup bekerja di KM tetapi tidak dihargai.


MO_HKM