SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, May 12, 2009

UNTUK KITA RENUNGKAN

"BERFIKIR...." Oleh: Tekong SAM (Kemelut dalam masyarakat, mendorong saya menulis artikel ini...) Seorang wali tersohor yang amat saya kagumi, Ibrahim Adham ada berkata: "Berfikir itu otak akal". Saya dapat ini sebentar tadi semasa membaca buku Ihya Ulumiddin (Jiwa Agama) Jilid 8.
Berfikir memang satu tuntutan agama dan menjadi teras dalam dunia keilmuan. Saya terus membaca dan ketemu beberapa lagi intipati yang boleh dipaparkan di sini. Dalam buku yang sama saya terkesan dengan Firman Allah; " Orang-orang yang mengingati Allah, ketika berdiri dan duduk, ketika berbring, dan mereka MEMIKIRKAN (bertafakur) tentang kejadian langit dan bumi, sambil berkata; wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia" (Surah Ali 'Imrn: 191). Saya tidak akan mentafsir, saya fikir pembaca boleh memikirkan. Kemudian, saya terkesan lagi dengan kata-kata Al-Hassan Al-Bashri (nama besar dalam agama Islam). Kata beliau; " Bahawa orang-orang yang berakal itu sentiasa membiasakan diri dengan zikir (mengingati Allah) atas FIKIR dan dengan FIKIR atas Zikir. Sehingga mereka itu bertutur kata dengan hatinya, lalu hati itu bertutur kata dengan hikmah". Ini pun saya tidak akan ulas, kerana jika kita BERFIKIR, maksud tersurat dan tersiratnya sudah agak jelas. Kemudian, Imam As-Syafi'i dipetik pernah berkata: " Ada empat (4) keutamaan. Pertama: Hikmah. Dan kekuatannya itu FIKIR. Kedua: memelihara diri (al-'iffah). Dan kekuatannya; menahan hawa nafsu. Ketiga: Kekuatan. Kekuatannya pada menahan marah. Keempat: Adil. Dan kekuatannya itu pada kelurusan kekuatan diri". Banyak lagi catatan mengenai keutamaan berfikir yang tidak mampu saya kemukakan semuanya. Memadailah ini untuk kita FIKIR bersama. "Mengajak orang berfikir bersama adalah antara prinsip utama dalam SAM". Banyak kejadian semasa dalam dan luar negara. Semua ini memerlukan kita MEMIKIRKANNYA. Apa? Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Siapa? dan sebagainya. SAM berkeyakinan bahawa jika rakyat sudah mampu berfikir sendiri dengan cara yang betul, segalanya jadi baik. Orang tidak akan sewenang-wenang berkata: "INI PUTIH!' sedangkan hakikatnya ia "HITAM". Mari kita terus BERFIKIR!...

8 comments:

Anonymous said...

posting yang berjaya membangkitkan orang2 yang malas berfikir. orang yang malas berfikir layak disumbat ke dalam kandang kambing. sababnya, ada akal tapi inda dipakai-in. sabab lagi, binatang mana ada akal. nafsu sija.. orang yang rajin berfikir lambat lali/nyanyuk. pikir2 kan...

RIDWAN.ct said...

saya suka baca blog sebab mau berfikir. teruskan.

Anonymous said...

setuju. saya pun yakin kalau rakyat sudah tau berfikir, tentu rakyat tahu membuat keputusan dan pilihan. Rakyat Sabah sudah tahu berfikirkah belum????....

Little Mike (LM) said...

BERFIKIR la.. ia permulaan pengetahuan. Arah pengetahuan kita tentukan berhikmah atau tidak. Teruskan berfikir tapi jangan fikir saja, bertindak selepas berfikir sesuai dengan cara dan etikanya.

Mr. Aki said...

kalau inda pakai utak itu bukan urang..butul kata sanguru

SANGURU said...

betul semua komen tuan/puan. Berfikir dengan cara betul, itulah berfikir namanya. Semuanya bermula dari kepala (otak, akal, fikir)...kemudian turun ke hati (niat)...barulah jadi pelakuan/tindakan/perbuatan...

ison said...

Fikirlah apa yang boleh membangun diri dan orang lain. Jangan macam sesetengah orang yang hanya memikirkan macam mana mau kasi jatuh orang lain saja. Last2 sendiri yang katabpo ka di saasambatan. Hehe...

SANGURU said...

"Jika tidak mampu membangunkan, janganlah bantu meruntuhkan". Simple.