SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, June 30, 2009

BILA AGAKNYA KOTA MARUDU AKAN MEMILIKI KOMPLEKS SUKAN SENDIRI???....

(Gambar di atas adalah Kompleks Sukan Ranau yang dalam pembinaan sekarang) Sumber: Pemuda UMNO Ranau
Sehingga sekarang sekarang saya masih tertanya-tanya bila agaknya Daerah Kota Marudu ini akan mempunyai Kompleks Sukan sendiri. Saya melihat kepada keperluan masa kini, Kota Marudu wajar memiliki Kompleks Sukan sendiri kerana kita memiliki begitu ramai atlit bertaraf kebangsaan, untuk memudahkan para pelajar, pasukan sukan dan golongan belia untuk menaikkan mutu pencapaian dalam sukan, untuk membolehkan Kota Marudu menjadi penganjur kejohanan sukan pelbagai peringkat yang secara langsung mempromosikan nama Kota Marudu dipersada negara dan banyak lagi sebab lain yang semua pihak boleh fikirkan kenapa logiknya kita perlu memiliki Kompleks Sukan sendiri. Saya ingin mengimbau dan berkongsi cerita ketika saya di zaman persekolahan dulu. Saya memang atlit ketika di zaman persekolahan.Ketika itu Padang Pekan Kota Marudu bukan dengan rupa seperti mana sekarang ini. Apa yang mengkagumkan saya ialah, walaupun tiada kemudahan berupa astaka pun di Padang ketika itu, Kota Marudu selalu menjadi tuan rumah bagi kejohanan sukan Bahagian Pantai Barat Utara (PBU) dimana daerah-daerah yang bertanding adalah Ranau, Kota Belud, Kudat, Pitas dan Kota Marudu sendiri.Ketika itu ukuran padang masih lagi trek 400meter tetapi setelah diubah rupa kepada yang sekarang ini, Kota Marudu langsung tidak mempunyai peluang untuk menjadi penganjur bagi apa pun kejohanan balapan walau peringkat gabungan pun sebelum ini sehingga sekarang ini. Semuanya tertumpu di Kudat kerana memiliki Kompleks Sukan sendiri atas alasan Kota Marudu tiada trek sendiri. Bayangkan betapa kecewanya para atlit kita bila setiap kali beraksi dan merangkul kejayaan, hanya orang lain yang melihat aksi dan bagaimana kejayaan itu diperolehi. Ada juga ibu bapa yang mengeluh kenapa Kota Marudu tidak pernah jadi tuan rumah sukan lagi.Ini untuk memudahkan mereka menyaksikan bagaimana anak mereka bertarung di arena balapan walupun untuk sekali sekala. Kalau disenaraikan bilangan atlit kebangsaan Kota Marudu, memang tidak boleh dihitung dengan jari dan kejayaan mereka dalam membawa nama Kota Marudu wajar diberi pengiktirafan dan penghargaan yang abadi. Justeru, pihak berwajib perlu mengambil inisiatif supaya Kota Marudu akan memiliki Kompleks Sukan sendiri.Kita merayu kepada Ahli Parlimen kita, Ketua UMNO Bahagian dan semua yang berkenaan supaya meneliti perkara ini. Adalah satu kerugian besar kepada Kota Marudu jika tidak memiliki Kompleks Sukan sendiri. Pembangunan Sukan WAJAR dipandang serius oleh semua pihak!. NOTA: Senarai atlit Kota Marudu bertaraf Kebangsaan akan menyusul selepas ini.

Monday, June 29, 2009

SLIDE STAFF SAM

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SMK KOTA MARUDU

KOTA MARUDU: Bagi melahirkan pelajar yang seimbang dan mampu menghadapi cabaran, program seumpama ini amat sesuai, kerana para peserta terlibat dalam banyak aktiviti yang memaksa mereka untuk belajar mengatasinya. Selain itu, sesuai dengan konsep 1Malaysia, dimana ia melibatkan pelbagai etnik kaum dan kepercayaan, yang tidak menjadi halangan untuk mereka berkerjasama. Kata Yb. Anita Baranting ketika berucap di Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Unit beruniform SMK Kota Marudu mewakili Yb. Datuk Dr. Maximus.

CUKAI OH CUKAI....part II

Apakah orang2 kampung diharuskan membayar cukai kepada MDKM sedangkan pihak MDKM tidak menjalankan kerja2 mereka?Atas alasan apa penduduk2 kampung berhampiran pekan Tandek diharuskan membayar cukai sedang pekan Tandek tidak terurus dan tidak berfungsi?

CUKAI OH CUKAI...

(Gambar: Sebahagian daripada penduduk kampung yang berbaris panjang untuk membayar wang bantahan dan menyerahkan borang bantahan di Kaunter MDKM. Setiap satu bantahan, satu borang dan RM5. - Penulis) "BELUM KENA MASANYA...KAMPUNG MASIH DAIF, RAKYAT MASIH MISKIN..." - Oleh: Tekong SAM

Kota Marudu, Sabah: Para penduduk sekitar pekan kecil tandek khususnya kampung Tondig dan Kg. Tingkalanon serta penduduk kg. Bunsadan dan Kg. Lotong , merasa amat kecewa dan marah dengan tindakan pihak Majlis Berkuasa Tempatan (Majllis Daerah Kota Marudu) melalui syarikat yang dilantik yang berusaha ke arah pemungutan cukai tanah dan cukai pintu. Alasan yang diberikan kepada penduduk kampung, kawasan mereka termasuk dalam zon perbandaran!

Majoriti penduduk kampung yang ditemui menyatakan rasa kesal kerana bagi mereka, tindakan pihak berkenaan TERLALU AWAL kerana walaupun kampung-kampung berkenaan telah diwartakan sebagai "kawasan perbandaran" namun hakikatnya, kampung-kampung berkenaan masih mundur dan langsung tidak menerima sebarang perkhidmatan daripada pihak berkuasa tempatan. Beberapa orang pekedai di pekan Tandek juga memberikan komen sinis, "sedangkan kawasan kedai pun MDKM tidak dapat beri perkhidmatan, inikan pula di kampung-kampung. Bikin susah rakyat saja! Mau duit rakyat saja!" Saya telah mengemukakan isu ini kepada Pn. Luvita Koisun, Pegawai Daerah Kota Marudu dan Datuk Dr. Maximus J. Ongkili, Ahli Parlimen P168 Kota Marudu. Menurut pegawai daerah, ia hanya perancangan awal dan pihak MDKM masih memerlukan kajian dan makllumbalas daripada penduduk yang terlibat. Datuk Dr. Maximus pula menyatakan bahawasanya pihak yang terlibat tidak perlu gusar kerana keputusan menguatkuasakan cukai terletak di tangan ahli majlis. Beliau memberikan contoh Kg. Bunsadan, yang terletak berhampiran dengan pekan Kota Marudu, sehingga kini belum dicukai, kerana mendapat tentangan yang bersepadu. Apa yang mengecewakan ialah tindakan pihak yang berkenaan membuat taksiran sesuka hati, misalnya keluasan tanah tidak sama dengan keluasan sebenar atas geran, pondok belakang rumah pun dianggap sebagai bangunan, harga rumah lebih tinggi daripada nilai sebenar dan sebagainya. Walaupun pihak berkenaan memberi peluang membantah, namun setiap bantahan dikenakan caj RM5.00 (tidak dikembalikan). Maksudnya, jika penduduk kampung ada tiga bantahan, kena bayar RM15.00 dan sebagainya. Menurut salah seorang pembatah yang ditemui, tindakan seumpama ini dianggapnya sebagai "licik". Bayangkan berapa jumlah kutipan batahan yang diperolehi oleh pihak berkenaan. "Kalau saya tidak bantah, maka taksiran yang salah itu akan dikuatkuasakan, sedangkan ini salah mereka sendiri", demikian komen penduduk kampung yang diajukan pertanyaan. "Berapa banyak mereka dapat kutip wang bantahan rakyat? Ke mana wang itu nanti?" demikian pertanyaan penduduk kampung yang lain. Saya juga telah mengemukakan perkara ini kepada pihak yang berkenaan agar diambil perhatian serius. Saya juga dimaklumkan oleh para penduduk yang terlibat, bahawa mereka akan membuat satu memorendum bantahan beramai-ramai dan akan diajukan kepada semua pihak yang berkaitan. "Mungkin ini saja caranya kami dapat menghalang tindak tanduk pihak yang cuba menindas rakyat..." kata salah seorang kakitangan kerajaan yang turut merasa dirinya dan masyarakatnya teraniaya oleh tindakan tergesa-gesa dan kurang prihatin pihak berkenaan.

EVOLUSI, REVOLUSI, REFORMASI...

ALTERNATIF DEFINISI Mungkin boleh pakai, mungkin hanya perlu dipertimbangkan... Oleh: Tekong SAM Artikel ini sebenarnya saya "copy & paste" dari ruangan komen yang saya sendiri tulis. Ayatnya pun ringkas ala-ala ruangan komen, tapi rasanya boleh difahami pembaca. Bah, meskipun "Revolusi" secara amnya dikaitkan dengan "kekerasan"...di peringkat kita, terimalah makna baru "revolusi" sebagai "gerakan perubahan yang proaktif/bermomentum tinggi, tetapi bukan satu paksaan menggunakan kekerasan". Setakat perkongsian: 1. "Evolusi" (istilah ini dipelopori oleh orang sains/biologist) = satu proses (yang panjang) untuk berbuah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain secara biologi/psikologi akibat daripada keadaan sekeliling. Misalnya, burung di tanah besar, bila berhijrah ke pulau berbatuan, paruhnya jadi lebih pendek, tebal dan kuat. Tapi proses ini bukan berlaku sekelip mata ooo...caranya pun dari "dalaman diri", bukan dari luaran. Maksud saya, bukan manusia yang tolong burung itu ubahsuai paruhnya. 2. RE..volusi pula...jika berdasarkan kepada kata dasar "evolusi", bermakna "perubahan sekali lagi" (RE)...maksudnya, semacam ada yang tidak betul dengan apa yang sedia ada, mau cari yang lebih bagus, atau mau jadi lebih bagus. Misalnya: seorang pelajar menggunakan teknik belajar cara "X"...setelah sekian lama guna, didapati nda berapa OK, maka ia "berevolusi" (evolution) guna teknik "Y"...setelah guna masih kurang berkesan maka ia melakukan "evolusi" sekali lagi memakai teknik "Z", maka ini boleh dipanggil "REVOLUSI"... Sayang sekali, beberapa gerakan di dunia, suka-suka guna istilah "revolusi" yang merujuk kepada "penggulingan kuasa secara kekerasan". X semestinya begitu sepatutnya. Ya...SEPATUTNYA TIDAK BEGITU... 3. Reformasi? = membentuk/menstruktur/menyusun SEMULA menjadi satu "form" (bentuk) yang SEPATUTNYA lebih baik. Caranya dengan tindakan dari luar/ada yang mengatur. Matlamatnya hampir sama untuk KEBAIKAN. Namun konsep/pendekatan sedikit berbeza. Its ok, masalah besar yang timbul: ORANG-ORANG YANG LEPAS2 (BACA SEJARAH) SUKA-SUKA GUNA ISTILAH-ISTILAH ini untuk sebagai nama kepada gerakan/perjuangan mereka. Memang berkesan nama itu kerana "sedap dan bisa kasi semangat kepada rakyat" namun...tengoklah siapa mereka (akal dan perangai mereka kekadang lebih teruk. - sila baca sejarah tentang ini), dan apa yang mereka buat selepas revolusi/reformasi itu berjaya? Hmm...rakyat juga yang menderita/tertipu... Harap komen ini tidak disalah ertikan, saya cuma memberi sedikit alternatif "definisi". Memang boleh wujud berbagai definisi, namun mengapa tidak memilih "yang lebih baik" dari yang "baik". Yang TERBAIK? - itu sukar dibuat oleh manusia. Kerana manusia hakikatnya TIDAK MAHA BIJAKSANA, TIDAK MAHA TAHU...bahkan yang bernama manusia ini "masih perlu menelanjangi diri" (jika berkesempatan, rajin2lah dengar lagu - UNTUK KITA RENUNGKAN..." Salam sayang.

Sunday, June 28, 2009

PASAR TANI DI PEKAN KOTA MARUDU

H1N1 Semakin Menular?

Mula2 kita hanya mendengar virus H1N1 atau Swine flu dari kejauhan dan merasa agak selamat kerana wabak itu terjadi di negara2 yang jauh daripada kawasan kita. Tetapi hari ini, kita tidak dapat menarik nafas lega lagi kerana H1N1 semakin dekat dan sudah berada di sekeliling kita, menular dengan pantas tanpa mengira jarak. Pada minggu lalu kita dikejutkan dengan pengumuman 2 sekolah di Petaling Jaya yang ditutup akibat jangkitan dan penularan virus selesema babi di sekolah tersebut. Walaupun PJ masih agak jauh dari tempat kita tetapi dalam beberapa hari saja, kita sekali lagi disedarkan betapa jarak itu bukan pengukur yang selamat kerana virus H1N1 disahkan sudah menular di kawasan luar bandar dan bahkan di negeri kita sendiri. Berikut merupakan petikan kenyataan dari akhbar Berita Harian Online, 28 Jun 2009. KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim 2, Kudat, Sabah, menjadi sekolah luar bandar pertama ditutup sehingga 1 Julai, berikutan jangkitan selesema babi (H1N1) menyebabkan 42 guru dikuarantin di rumah. Ketiadaan tenaga pengajar yang dikuarantin sehingga 29 Jun depan menyebabkan pentadbiran sekolah menutup sekolah berkenaan walaupun Kementerian Kesihatan hanya mengarahkan dua kelas ditutup untuk kuarantin, Khamis lalu.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata pihaknya memandang serius perkembangan yang berlaku di sekolah berkenaan dan akan meningkatkan pemantauan dari semasa ke semasa bagi menangani penularan virus H1N1 itu.

"Ini adalah sekolah luar bandar pertama disahkan positif H1N1. Kita mengambil langkah menutup sekolah walaupun kes membabitkan hanya seorang guru kerana guru lain dan kakitangan sekolah turut dikuarantin. "Jawatankuasa Induk 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan) memandang serius perkara ini penyakit ini sudah menular ke kawasan pedalaman atau luar bandar," katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, di sini, semalam.

Turut dikuarantin di rumah, 76 murid dari dua kelas dan 10 kakitangan kerana menjadi kontak dekat kepada kes H1N1 ke-97. Lima belas kontak terdekat dengan mangsa membabitkan ahli keluarga dan rakan juga dikuarantin di rumah. Sementara itu, sesi persekolahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson di sini, bermula semalam seperti biasa. Hampir semua murid, termasuk kes pertama murid disahkan positif virus H1N1 di sekolah berkenaan memulakan persekolahan seperti biasa. Wee berkata, semua murid yang hadir diambil suhu badan oleh guru kelas masing-masing, dibantu pegawai Kementerian Kesihatan selain diarahkan membersihkan tangan sebelum berhimpun di dewan untuk sesi penerangan dan kesedaran mengenai H1N1. "Pelajar (yang disahkan H1N1 sebelum ini) itu hadir hari ini (semalam). Beliau keluar dari hospital, Rabu lalu dan bebas daripada wabak berkenaan," katanya.

SJKC Jalan Davidson yang mempunyai 2,000 murid dan 100 kakitangan, ditutup seminggu bermula 19 Jun hingga 26 Jun berikutan tiga pelajarnya disahkan dijangkiti wabak H1N1. Selain itu, Wee menegaskan semua penyertaan membabitkan guru dan murid ke luar negara perlu ditangguh atau dibatalkan sehingga wabak ini reda bagi mengelak penularan H1N1 yang lebih serius. Katanya, guru atau murid yang baru pulang dari luar negara sama ada negara yang dijangkiti H1N1 atau tidak juga perlu memaklumkan kepada maka mereka perlu memastikan perintah kuarantin tujuh hari dipatuhi. Nota: Hanya sekadar satu peringatan supaya kita sentiasa mengambil langkah berjaga2.... seorang anak saudara saya yang berasal dari Kg Talantang 1 masih dirawat di ICU hospital Queen Elizabeth sampai sekarang sejak beberapa minggu yang lalu kerana disahkan telah dijangkiti virus JE(Japanese B Encephalitis), sejenins virus yang juga berasal dari babi. Sama2 kita doakan agar anak ini akan pulih secepat mungkin.

Saturday, June 27, 2009

KEBAKARAN DI PEKAN KOTA MARUDU

KOTA MARUDU: Salah satu kedai yang menjadi tumpuan di Pekan Kota Marudu telah terbakar sekitar jam 3 pagi subuh khamis yang lalu. Punca kebakaran tidak diketahui dan menurut salah seorang pekerja kedai, pihak bomba masih menyiasat. Punca kerugian juga dianggarkan agak besar berdasarkan keadaan barang-barang yang terbakar. SAM

Ves dan Kot SAM

Dalam perbincangan bersama, pengarang SAM disaran memakai baju pengenalan setiap kali mencari bahan,membuat liputan sesuatu peristiwa dan pelbagai aktiviti lain. Saranan ini dibuat agar memudahkan pihak UMUM mengenali warga SAM sekali gus mengelakkan keraguan dan salah faham pihak-pihak berkaitan semasa kedatangan SAM di satu-satu lokasi.

Limbodui Minurubui

Kinoruangan it kaarati boros Kimaragang, elaan po kah dikoo ilo reetan dot limbodui? Isai dikoo it ogorot modsu sid bawang antawa moongimpori dit muula, elaan boh dikoo ilo reetan dot limbodui. Nga it sukod wagu amu no elaan boh dati ilo reetan dot limbodui. Iti no popeelo oku dikoo dot limbodui nopo dino nga wulanut dit miyon sid bawang. Ong it muula tu okudik po ot koosomu kotobung sid bawang, waaro nopo ot limbodui asambat mari. It kogoyoo ong olombon no banar mirad no dot tuntuduk tunturu. It konoruwo yo waro dati gisom 45cm. Opurak ponong sid tiyan, mengkararagang sid tobik om etom ponong sid solot. Iti limbodui ogorot mangakan dot gitik, sada om nunu nopo it orulun sid weeg dit kenginan yo mangakan. Ong it muula, sera monobuk okoi dot sada sid sosogoon, apo leleed om oyuud nopo mari ot limbodui ponong sid sawa manapul dit tinee dot sada. Ong it insaan oku nogi kokito irad diri, rumosi oku i owoh, nunu tinganan gimaawat, tanganak poh banar. Ong iso noh ot limbodui mimbulai amu i boh korosiyan, nga kadung ko murubui mimbulai, booh kotitigagang no saabat ong it insan nogi kasambat ugu keeri. Koligogon toboh mari inot wulanut dino. Nga sera dit nagayo oku no om nobas-ubas no diri, amu i siratan om posimoyoon ku i dino murubui po mah it limbodui. Tu gisom no koligogon om amui moninduk gima. Iri noh kinoruangan Ponulis SAM kikiawi, ong kokira'ai tumalob kow, opurimananku dot kaarati kow i dino mogintong nunu song sada ot maan boliyo. Sera dot mangaraja kow dino, ogumu mari tumampu nga kada kow no kumiros, tu ugu no dot limbodui ilo. Maaka no boh ot koomamanon dang pomogunan diti, ogumu ot tumampu, waro i tompuwan opurak om waro nogi tompuwan etom. Nga ong tompuwan opurak ot pi ompuya tokow, opurak no boh ot ginawo tokow. Iri pogi ong dumansaran tokow baabanar mongompuya dot tompuwan etom, ai isai suul dot osiliw tokow ugu ko "urang minyak". Tupono: Impurasan no it tompuwan opurak om sisilikon nopo it tompuwan etom. Nota: Limbodui ialah sejenis ular yang hidup di sungai. Kelihatan menakutkan tetapi tidak membawa mudarat. Mereka hanya sejenis makhluk Tuhan yang turut hadir menumpang pada kehidupan maya ini. Rakan Penulis SAM, teruskan menulis perkara yang dapat membawa kebaikan, kesedaran dan membangkitkan jiwa yang sihat. Para pengulas budiman, teruskan ulasan anda sebagai rempah-ratus kepada setiap artikel yang dihidangkan SAM. Para pembaca yang dihormati, gunakan tapisan kebijaksanaan untuk mencerap sebelum mencerna setiap artikel yang tersaji dalam SAM. Salam maju jaya kepada semua.

Rawatan Gangguan Makhluk Halus ...

Gambar: Sesi ceramah dan rawatan dalam siri pertama lawatan di Masjid Kg. Salimandut & Surau SMK. Mat Salleh Ranau
SIRI LAWATAN, CERAMAH & RAWATAN
PROF. DR. ABDUL RAHIM SALAM
Ke-Sabah, Anjuran Bersama Yayasan Ithmam Malaysia dengan Suara Mualaf Sabah ( SMS ) & Suara Anak Marudu ( SAM ) DAERAH KOTA MARUDU & RANAU
DR. ABDUL RAHIM SALAM
Mendapat pendidikan ijazah pertama dalam pengkhususan Fizik (BSc) dari Universiti Malaya dan ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Fizik Gunaan dari University of Ducham, England. Bermula kerjaya sebagai tutor, pensyarah sehingga ke jawatan Profesor Fizik di Universiti Malaya. Di situ beliau telah mengasaskan makmal penyelidikan dalam bidang Fizik Semikonduktor yang terlibat dengan penyelidikan bahan elektronik maju. Turut terlibat secara langsung dengan kegiatan saintifik dalam penyelidikan, penerbitan dan pembentangan kertas di peringkat antarabangsa, serta melatih mahasiswa sehingga ke peringkat PhD. Pernah menjadi Pemeriksa Luar ijazah diploma, sarjana muda, sarjana dan kedoktoran kepada beberapa buah universiti dan institusi, dan juga Ketua Pemeriksa Fizik kepada Cambridge Examination Board dan Majlis Peperikasaan Malaysia. Beliau adalah Fellow Malaysian Institute of Physics, Member Institute of Physics (UK) dan Member of Institute of Electrical & Electronic Engineers (USA). Di antara pengalaman pentadbiran beliau adalah sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya dan Ketua Saintis Kementerian Pertahanan Malaysia. Pernah menjadi Ahli Lembaga, Panel Penasihat dan Pakar Runding kepada SIRIM, MIMOS, Dewan Bahasa & Pustaka, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Kewangan Malaysia, Institute Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan Bank Dunia. Dalam industri, beliau terlibat dalam Teknologi Komunikasi & Maklumat, Sistem Ketenteraan dan Pesawat Penerbangan. Minat terkini beliau adalah untuk memahami kewujudan entiti-entiti Alam Fizik dan Alam Metafizik, iaitu Fizik Dwi-Alam (Dual-Universe Physics), sifat-sifat jirim, gelombang dan bentuk-bentuk tenaga dalam kedua-dua alam ini. Juga bagaimana entiti-entiti tersebut berupaya melintasi sempadan Fizik Dwi-Alam sehingga berlakunya interaksi di antara entiti-entiti tersebut. Akhir sekali, bagaimana ilmu ini boleh digunakan untuk membantu memahami unsur-unsur penyakit dalam alam zahir dan ghaib supaya boleh dimanfaatkan manusia. CERAMAH Perubatan Fizik & Metafizik: Kewujudan Konflik Kefahaman Tentang Unsur-Unsur Penyakit ,Pesakit & Rawatan TAMRINUL THABIT (SENAMAN STATIK) Senaman jasad dan pernafasan yang melibatkan posisi tertentu. Tujuan senaman ini adalah untuk membina kesihatan jasad zahir, kelancaran prestasi nafas dan kelancaran pergerakan otot-otot dan perjalanan darah. Manafaat utama adalah untuk meringankan serangan tekanan dikepala, sakit kepala dan migraine. Boleh dilakukan oleh semua peringkat umur, tetapi amat digalakkan bagi warga tua dan wanita. THAQATUL SHU’A (TERAPI PERUBATAN) Diagnosis yang menggunakan kaedah imbasan pancaran tenaga (aura) untuk mengesan jenis-jenis kecederaan, sama ada pada jasad zahir atau tersembunyi atau sakit yang wujud dalam bentuk zahir atau dalaman. Rawatan ke atas pesakit adalah secara kaedah saintifik dan kaedah rohaniah. Tarikh & Tempat: 1. 2hb - 3hb Julai 2009( Masjid Kg. Lingkudau, Ranau) 2. 6hb - 7hb Julai 2009 ( Kota Marudu. Tempat akan diberitahu 2 hari sebelum program ) Tentatif Program: - 9.30 Pagi- 10. 30 pagi: Pendaftaran. - 10. 30 Pagi- Zohor: Ceramah Perubatan Fizik & Metafizik; Kewujudan Konflik Kefahaman Tentang Unsur-Unsur Penyakit. - 2.00 petang-Isyak: Sesi Rawatan. - Solat Maghrib berjemaah & ceramah agama (selepas Maghrib) disampaikan oleh Hj. Abdul Halim Abas Pendakwah BEBAS dan Penulis Buku Bagaimana Menjadi Wali Perhubungan: 1. Ranau-Suara Mualaf Sabah (SMS); Nazri Abdullah/ Aldusuni 019-8827449 2. Kota Marudu-Suara Anak Marudu (SAM); Androd/ Sanguru 019-5339378 Nota: Sesi rawatan terbuka kepada semua pesakit gangguan jin, makhluk halus, saka dan pelbagai penyakit yang tidak dapat dikesan perubatan moden ( berkaitan batin ). Para pesakit diminta membawa air ( satu botol) dan limau kapas ( 3 biji).

Friday, June 26, 2009

SUARA ANAK MARUDU

Suara Anak Marudu,
Kita aturkan setiap inci kamar rumah ini dengan tidak berjarak
Kita bersihkan halaman ini tanpa sampah curiga
Kita dirikan tiang perpaduan
Kita lupakan agenda kesukuan
Kita kejapkan wasila warga agar tak terlerai dari tambatan nusa
Jangan biarkan generasi hari depan mendepani sengketa.
Suara Anak Marudu,
Kita lahir kerana tunjang kita adalah akal jati perpaduan
Yang begitu tegar menyatukan warga di saujana padang persefahaman
Ayuh kita cantas pucuk dendam duri perdu sengketa
Runtuhkan banir muslihat kehancuran.
Suara Anak Marudu,
Di sini kita perjelaskan mimpi menjadi nyata
Matlamat yang terpeta disaat pertama kita berikrar
Bahawa kita adalah SUARA bagi rakyat kita.
Suara Anak Marudu,
Di beranda halaman rumah ini
Kita cipta taman percaya
Bahawa hanya perpaduan
Menubuhkan benih integrasi
Dan menjelaskan wajah warga
Pada sebuah rumah bangsa
SUARA ANAK MARUDU.

The Marudu Times

What`s up bro! Siapa bilang SAM tidak menawan. Tidak menarik hati. Tiada memikat... Ketika artikel ini sedang ditaip SAM sudah berusia 165 Hari 11 Jam 55 Minit 15 Saat. Hampir mencecah 200 hari. Dalam tempoh ini banyak yang telah ditempuhi. Baik ada buruk pun ada. Apa yang pasti, SAM telah berjaya bertakhta di hati rakyat Kota Marudu, pemimpinnya dan segelintir pihak luar. Mengimbau kembali bagaimana SAM dilahirkan, memang amat mengharukan. Saya tidak pasti bagi orang lain, tapi bagi saya titik mulanya adalah dari Blog Sanguru.Com, yang kemudiannya dihijrahkan kepada Harian Minda Merdeka (HMM) dan sekarang mengalami anjakan menjadi Sahabat Rakyat (SR). Blog ini adalah kepunyaan Ketua Pengarang SAM yang cukup disayangi oleh ahli-ahlinya. Blog inilah yang menjadi balairaya pencetus kewujudan SAM. Lalu datanglah sokongan kuat sahabat-sahabat dari Jepun, Cheras, Tuaran, Ranau, Kelantan dan dari Kota Marudu sendiri. Inilah SAM yang kita lihat sekarang. Kalau ada sesiapa yang ingin mengiklankan perniagaan pun, saya percaya akan laris. Lantaran itu, kita harus ke mana sekarang? Kita harus berusaha ke arah menubuhkan syarikat akhbar The Marudu Times. Kenape, tak percaye? Hehe... Boleh bah. Kan dulu kita dengan gagah perkasa mengatakan kita mesti `Think Big`. Ahli pun sudah ada. Kamera pun canggih. Minah leter Kimaragang sebagai reporter pun ada. Pejabat boleh sewa di mana-mana yang murah dahulu. Saudara, kalau impian ini tercapai bukan sahaja rakyat Marudu akan lebih terbela tapi kita boleh menyediakan peluang pekerjaan untuk diri sendiri dan anak-anak bangsa yang lain. Mendaftarkan syarikat akhbar The Marudu Times itu rasanya tidak sukar. Yang kita perlukan sekarang adalah tauliah dan dana. Dana permulaan nak dapat dari mana? Buat bisnes SAM, tabung, sponsor dan lain-lain mungkin boleh diusulkan. Bila impian ini akan termakbul? Semuanya berada di tangan kita dan keizinan dari langit. Apa yang pasti Suara Anak Marudu adalah suara Marudu. SAM bukan sahaja bersuara di dalam Marudu tapi berani menyatakan pendirian tentang halatuju pembangunan negeri, negara dan dunia. Bersuara bagi pihak Marudu. Mari kita mulakan...
Nota: Saya masih ternanti-nanti, bila agaknya RTM akan jemput SAM dalam rancangan Blog, hehehe.

Thursday, June 25, 2009

Lakar dan Warna...

Kelahiran para pemblog khususnya di Kota Marudu merupakan satu pendewasaan yang tidak harus dilihat sebelah mata oleh mana-mana pihak lalu dengan mudah melabelkannya sebagai makhluk perosak.

Selain paparan-paparan lain, Blog SAM turut melemparkan pelbagai kenyataan bukan rekaan atau omong kosong. Kenyataan ini datangnya dari akar umbi yang selama ini hanya menyimpan suara hati masing-masing kerana sukar menembusi meja politik. Apa tidaknya, orang-orang atasan berkaitan selalu saja membentengi diri mereka dengan birokrasi, manakala masyarakat pengguna masih di takuk bercakap sesama mereka tanpa noktah akhir. Disebabkan hambatan-hambatan seperti inilah SAM bangkit menyuarakan isi hati mereka khasnya untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkaitan, sesuai dengan nama Suara Anak Marudu atau SAM.

Apapun keadaannya, Kota Marudu memerlukan rangkaian pemikir di kalangan anak jatinya sendiri. SAM hampir memiliki kriteria ini bilamana terhimpun pemblog pelbagai latar belakang sekali gus menyajikan masyarakat pelbagai lapisan dengan pelbagai menu fikiran.

SAM dimantapkan lagi dengan hubungan dan gabungan idea pelbagai personaliti di kalangan pemblog dan pembaca. Justeru, setiap individu wajar menerima sebarang kritikan dan teguran. Jadikanlah ia sebagai baja sebatian yang menyumbang ke arah kesuburan minda. Harus kita ingat bahawa membangunkan bangunan tinggi itu amat mudah tapi membangunkan modal insan itu sukar kerana di dalamnya terdapat jutaan minda, jantung dan nafas yang sentiasa bergerak aktif 24 jam yang sifatnya menuntut dan meminta.

Ingatlah bahawa setiap kita punya sumbangan. Cantik atau tidak lukisan Kota Marudu terletak di kanvas maya yang kita lahirkan di hujung jari setiap kita. Akurlah kita bahawa apa saja yang kita lontarkan hari ini, bakal dituntut generasi akan datang. SAM antara pelakar dan pewarna kanvas Kota Marudu.

Saat Tanah Tersenyum

Di celah awan biru Nabalu,

ada cahaya putih lembut,

bersinar menikam dedaun belantara.

Lalu manik-manik embun gugur ke bumi satu persatu.

Saat itu, tanah kering pun tersenyum...

Aldusuni

Ranau

Pindaan Akta Dalam Negeri

Sebanyak 33 akta di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk amalan buang daerah akan dinilai dan dikaji semula bagi melihat kesesuaiannya dengan perkembangan semasa, sebelum dipinda. Antara akta yang akan dikaji semula ialah Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Bahan Letupan 1957, Akta Benda-benda Kakisan dan Letupan dan Senjata Untuk Menyerang 1958, Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959, Akta Perniagaan Secondhand 1946, Akta Keadilan Jenayah 1953 dan Akta Pendaftaran Jenayah dan Orang-orang yang Tidak Diingini 1960. Oleh itu, rasanya adalah baik jika kajian semula akta ini dalam keadaan kini yang merumuskan keadaan negara aman, damai dan harmoni serta telah berubah berbanding masa dahulu yang terlalu banyak permasalahan.

Utamakan BANK daripada ALONG

Mulai hari ini, sebuah bank utama tempatan bersetuju untuk menawarkan pinjaman peribadi kepada petugas sektor awam walaupun mereka disenaraihitamkan sebagai peminjam ingkar oleh syarikat pengesahan kredit Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Bagaimanapun, syarat yang dikenakan ialah bayaran ansuran pinjaman atau pembiayaan peribadi perlu dibuat menerusi potongan gaji. Difahamkan langkah bank tersebut hasil inisiatif daripada hasrat meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh penjawat awam serta membebaskan mereka dari cengkaman ceti haram atau “Along”. Adalah baik bagi pihak bank mengurangkan kerenah birokrasi termasuk mendapatkan pengesahan rekod peminjam menerusi CTOS dan CCRIS bagi pemberian kemudahan pinjaman. Nampaknya, ini menunjukkan Kerajaan serius dalam membanteras gejala Along dan pihak bank perlu mencadangkan syarat supaya had pinjaman peribadi tidak melebihi RM50,000 untuk mereka yang disenaraihitamkan dan menjadikan mandatori untuk menggunakan pinjaman tersebut untuk melunaskan pinjaman tertangguh. SYABAS...

Sedikit cerita pendek..

Hari ini saya tengah berborak dengan rakan-rakan lama dan baru yang rasanya agak sukar juga berjumpa dengan dorang ni.. kalau bukan kerana ada urusan sambil jalan-jalan d Bandaraya KL... iyelah, sebelum balik kg, kena cuci-cuci mata dulu dengan suasana pagi. Dipendekkan cerita, ada seorang kawan yang saya gelar si Gaman asyik tengok sumandak, bila saya tanya dia, dia cakap 'Adiiss... wasi diti', lepas tu saya cuba pandang apa yang dia cakap. Bila saya lihat, Aik... macam tak percaya pula, rupanya kalau masyarakat dah bersatu padu atau dalam ertikata lain 'Perpaduan', memang bermacam ragam gaya dorang, ada yang berpeluk berlainan bangsa, ada yang berpeggangan tangan, ada yang berjalan pun macam endah cukup kain.... haaiii.... dunia...dunia... susahlah mau cakap... apapun, utamakan perpaduan.. kio. Lagi satu, masa berborak dengan dorang ni... saya memang tidak terkejut dengan pertanyaan dorang, apabila bertanya tentang SAM... mulanya saya cakap selamba saja, tiba-tiba saya terkejut pula bila dorang cakap hebat berita SAM, saya cuba tanya berita yang mana satu? mereka kata pasal Jambatan Gantung Runtuh... mmm... apa lagi saya cerita penjang lebar lah pasal tu... tak sangka pula perkara kecil macam tu dorang dah ambil perhatian... lega rasanya bersama SAM. Untuk makluman semua, mulanya saya bantu promosi SAM melalui lisan, ingatkan orang-orang di semananjung tidak berminat... rupa-rupanya minat mendalam sangat... dorang cakap macam TV3. Hehehehe........ bangganya dinakan. Sebelum saya pergi, dorang cakap 'SYABAS DAN TAHNIAH SAM'.

Rencana

Konsep kerajaan perpaduan tidak akan berkubur

Oleh Abdul Rahman Sulaiman ( sumber: Berita Harian ) rahmansulaiman@yahoo.com

RAKYAT pelbagai kaum akan terus berpadu menjayakan konsep 1Malaysia yang selaras dengan gagasan kerajaan perpaduan.

Gagasan 1Malaysia terus perteguh dasar kerjasama pelbagai kaum untuk kebaikan negara pada masa depan

SEPERTI dijangka, pakatan parti pembangkang yang menamakan diri mereka Pakatan Rakyat akhirnya menolak mentah-mentah idea penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetuskan sendiri oleh salah seorang pemimpin mereka, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang. Sekali gus, keputusan yang dicapai pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Isnin lalu menimbulkan kekecewaan yang amat mendalam di kalangan pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang sebelum ini melihat konsep itu sebagai permulaan kepada usaha memupuk perpaduan Bumiputera sebagai prasyarat utama ke arah pencapaian perpaduan nasional yang lebih bermakna dan mapan. Penolakan ini jelas memperlihatkan respons politik partisan kepada satu idea yang bukan partisan tetapi mengutamakan kepentingan masa depan negara dan rakyat apabila ia disulami dengan tuduhan bahawa idea kerajaan perpaduan itu adalah fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan pakatan pembangkang.

Ini adalah satu kejanggalan ketara kerana semua orang tahu bahawa idea penubuhan kerajaan perpaduan atau perbincangan mengenai perpaduan itu bukan datangnya daripada Umno. Percubaan untuk menyembunyikan kejanggalan itu dengan mempelawa Barisan Nasional (BN) membincangkan isu membabitkan kepentingan negara dan rakyat seperti isu pemulihan ekonomi dan sebagainya tidak dapat menyembunyikan perkara ini. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pernah menolak rayuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar mereka bekerjasama dengan kerajaan dalam menangani krisis ekonomi yang dihadapi sekarang ketika beliau membentangkan Bajet Mini di Dewan Rakyat April lalu. Ini semua berlaku kerana Pakatan Rakyat terlalu yakin bahawa mereka pasti akan menguasai Kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang dengan Anwar sendiri sudah pun menamakan dirinya sebagai 'Perdana Menteri yang sedang menunggu'.

Memang betul dalam keadaan sekarang, parti yang beliau ketuai, Parti Keadilan Rakyat (PKR), mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat berbanding DAP dan Pas, dan dengan itu berhak untuk bercita-cita menjadi Perdana Menteri sekiranya mereka menang. Tiada siapa dapat menjamin bahawa kedudukan yang sama dapat dipertahankan selepas pilihan raya umum akan datang andai pun secara kumpulan mereka dapat menguasai Parlimen. Sukar untuk diramalkan apakah perasaan pemimpin dan anggota Pas kalau mereka memperoleh kerusi terbanyak. Lebih rumit lagi untuk dicongak apakah perasaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pengikut beliau andainya parti mereka yang memenangi kerusi terbanyak. Semua ini adalah resipi segar yang mampu menjanjikan ketidakstabilan masa depan negara serta menggugat formula perkongsian kuasa berdasarkan komposisi kaum yang sejak lebih 50 tahun lalu berjaya mengekalkan keamanan dan membawa negara ke tahap kemakmuran yang dinikmati sekarang. Sebaliknya, BN yang struktur organisasi dan kepemimpinannya sudah ditetapkan dan diterima dengan Umno sebagai parti tulang belakang, percaya formula perkongsian kuasa diamalkan sekarang masih relevan dan perlu dipertahankan.

Parti itu juga akur bahawa selepas berkuasa lebih separuh abad, terdapat keperluan untuk pengubahsuaian sama ada dari segi pendekatan politik atau dasar pemerintahan untuk memenuhi kehendak dan hasrat rakyat. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri adalah satu-satunya agenda besar untuk mencapai perpaduan nasional melalui 'penyatuan dalam kepelbagaian.' Seperti yang cuba dijelaskan dalam ruangan ini melalui dua siri rencana atas tema yang sama sejak dua minggu lalu, negara tidak mempunyai opsyen lain melainkan meneruskan pendekatan dan keputusan politik yang diwarisi daripada pemimpin terdahulu. Hakikat bahawa penduduk negara ini terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan budaya, agama dan cara hidup berbeza bukan kesilapan pemimpin sekarang. Ia adalah realiti daripada peninggalan sejarah. Bahawa apabila negara mencapai kemerdekaan, pemimpin kaum ketika itu memilih konsep penyatuan sebagai prasyarat pembinaan negara bangsa dan bukan asimilasi seperti diamalkan negara jiran Indonesia, Thailand dan Filipina dan lain-lain juga bukan kesalahan pemimpin sekarang. Ini perlu difahami semua lapisan masyarakat, terutama generasi pasca merdeka daripada pelbagai kaum. Mereka tidak perlu mempersoalkan sistem yang sudah diwarisi, apa lagi untuk cuba merombaknya. Apa yang perlu dilaksanakan sekarang ialah untuk menambahbaik lagi sistem terbabit dari semasa ke semasa. Tentu inilah rasionalnya kenapa Najib dan pemimpin Umno lain mengalu-alukan dengan hati terbuka cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang diajukan Hadi itu. Pastinya cadangan berkenaan, kalau terlaksana, mampu memperkukuhkan sistem pemerintahan sedia ada untuk faedah rakyat dan negara. Bagaimanapun, apabila pembangkang menolak konsep ini, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada Umno dan BN. Cadangan itu tidak datang daripada Umno atau BN. Dengan kedudukannya sekarang pun, BN masih kuat untuk melaksanakan pelbagai rancangan dan dasar yang sudah sedia diatur di bawah program transformasi nasional yang diumumkan. Bergerak ke hadapan, walaupun pembangkang meminta polemik mengenai kerajaan perpaduan itu dihentikan berikutan keputusan penolakan mereka, ini tidak bermakna konsep itu sudah berkubur. Ia tetap subur dalam benak pemikir politik yang mahukan sesuatu terbaik untuk negara demi kesejahteraan generasi akan datang. Seperti kata Najib, apa yang akan berlaku pada masa akan datang tiada siapa yang tahu. Yang pasti ialah Umno dan BN akan tetap mengamalkan sikap terbuka dan sedia menimbang sesuatu idea yang dapat memberi kebaikan kepada rakyat dan negara. Jelas Perdana Menteri: "Kita mempunyai sikap terbuka kalau sesuatu dibuat dengan tujuan mencari kebaikan dan kita masih tetap dengan pendirian sesuatu yang baik untuk negara perlu diusahakan bersama walaupun cadangan itu datang daripada pembangkang." Beliau berharap pembangkang tidak keterlaluan dalam apa juga tindakan selepas ini. Katanya dalam menguruskan perbezaan pendapat, setiap pihak perlu ada 'perasaan terhadap negara.' Datuk Rahman Sulaiman ialah bekas Ketua Pengarang Bernama

Wednesday, June 24, 2009

SAM dan RM

Rasanya saya tak perlu membuat komen terhadap Blog yang mula membangun di daerah Kota Marudu. Namun begitu, sedar atau tidak setiap Blog biasanya mempunyai peranan dan intipati berbeza dengan blog yang lain. Untuk pengetahuan peminat Blog, sama ada SAM atau RM. Masa kini adalah untuk menyumbangkan idea-idea bernas, fakta tepat dan melakukan 'TRANSFORMASI' dan bukannya 'REVOLUSI' yang boleh menjelmakan sesuatu keadaan yang tidak sesuai berlaku di Kota Marudu. Kita seharusnya berkongsi pendapat dengan satu matlamat seperti slogan '1 Malaysia'. Jadi, tak perlulah ada Malaysia Timur dan Malaysia Barat. Demikianlah juga SAM dan RM, tapi apakata kalau RM dijadikan berita elektronik tentang pembangunan Sabah. Rasanya wajar... Bagaimanapun, rasanya semua pembaca SAM, ahli SAM dan peminat SAM ada pendapat tersendiri. ( Banar oii? ) ( Contoh difikir-fikirlah konon ) Cuba fikirkan sejenak, andaikan saya sedang minum kopi di Rahaya Cafe dengan tiga orang Sumandak tanak wagu sambil bepangku-pangku, tangan menjalar mencari cawan dan tiba-tiba Sanguru, tompinai, Nong, Aldusuni, mickey, ellie, mus dan lain-lain datang ke Rahaya Cafe, mereka ternampak saya. sebelumnya, saya yang menjemput mereka datang ke cafe tersebut untuk bersembang-sembang dan Minum-minum Kopi Susu, Tongkat Ali, Kacip Fatimah kecualilah yang agak Keras-keras itu.... Agak-agaknya adakah mereka datang ke meja saya atau duduk di meja lain atau buat-buat tidak tau jadi, bagaimana agaknya perasaan mereka. ( fikir-fikirkanlah kio)

AWARD UNTUK BLOG S.A.M

Dari seorang sahabat maya yang menggelar dirinya TANAK GOUTON telah menghantar award ini melalui email saya.
Katanya, Blog SAM ibarat Karam Singh Walia, Kebenaran dijulang, Kemungkaran ditentang.
Sekarang ini katanya, para kontraktor semakin berhati-hati buat kerja kerana takut SAM bongkar kes seperti kes astaka dan jambatan gantung runtuh. TERIMA KASIH Sahabat2 SAM yang sentiasa menyokong perjuangan SAM..

REVOLUSI MARUDU???...

"MENGAPA?, BAGAIMANA?, KE MANA?... Oleh: SANGURU
Nama dan bunyi yang bikin takut! RE..VO..LU..SI...mengingatkan kita kepada Revolusi di Eropah, Di Iran dan sebagainya. Memang bikin takut kerana melibatkan pertumpahan darah, kerosakan harta benda, penderitaan dan dendam yang berpanjangan dan kesan amat dalam... Mengapa? - kerana ketidakpuasan hati, ingin rebut kuasa, tak mengiktiraf kuasa orang lain, mau perubahan, mau bebaskan rakyat/bangsa dari penjajahan/cengkaman, mau kemajuan dan beberapa asbab lain. Pendek kata, ada bagus, ada cacatnya. Bagaimana? - kebanyakan revolusi menumpahkan darah, maksud saya - perang dan gaduh2. Revolusi tidak murah harga dan nilainya. Namun ada juga revolusi yang hanya memerlukan gerakan bersepadu "menggunakan minda untuk mengubah minda". Kalau tak silap saya, gerakan seperti ini pernah diperjuangkan di awal kemerdekaan dulu oleh cendikiawan/negarawan negara. Saya pernah baca buku tentang itu, kalau tak silap saya judulnya "Revolusi Minda". Pendek kata, revolusi boleh dilakukan dengan dua cara - keras dan lembut... Ke mana? - maksud saya, ke mana arah revolusi itu kelak, atau untuk siapa sebenarnya? Setakat yang tercatat dalam sejarah, ada revolusi yang hanya menguntungkan pihak revolusioner itu, misalnya revolusi menggulingkan Tsar di Rusia. Selepas dinasti Tsar tumbang, bermaharajalela sang peneraju dan penyokong revolusi itu. Lebih zalim dari sebelumnya. Namun ada juga revolusi yang berjaya membawa impak sangat positif misalnya revolusi di Perancis yang kemudiannya merebak di England, Amerika dan sebagainya. Pendek kata - revolusi boleh membawa impak baik dan impak buruk. Nah! jangan mudah menyokong atau menolak revolusi. Tiga soalan dan sedikit jawapan yang saya ketengahkan di atas, barangkali boleh "merevolusi atau mereformasi minda" kita. Kalau saya ditanya sokong atau tidak, jawapan saya mudah: NO WAR! Kalau setakat "revolusi minda", kenapa tidak sokong! Kerajaan dan para pemimpin kita pun dari dulu sampai sekarang MENYERU MEMBUAT ANJAKAN MINDA/ REVOLUSI MINDA.... "OK...LULUSSSSS..."

Tandek

http:/nazri-suaramualaf.blogspot.com alfateh_one@yahoo.com ' Lensa SAM '
Pengerusi JKKK Kg. Gorontung.
Kg. Gorontung
Di rumah sdr. Mus (Akhirnya sang pencipta LOGO SAM menerima stiker SAM sebagai salah satu hadiah kemenangan beliau - @SANGURU)

BICARA TANPA SUARA

SUDUT BICARA TOMPINAI
JANGAN JADI MACAM SESUMPAH
JADI MACAM SANG BANGAU SENTIASA INGAT AKAN DIRI, KELUARGA, SAUDARA , KAMPUNG DAN ORANG DISEKELILING KITA. SENTIASA BERPIJAK DIBUMI YANG NYATA INGAT ASAL USUL KITA INGAT SIAPA KITA DI DEPAN MEREKA INGAT SIAPA KITA DI MATA SANG PENCIPTA DAN TANYALAH DIRI APAKAH SUMBANGAN SAYA TERHADAP KELUARGA, KAMPUNG, DAERAH KOTA MARUDU, SABAH DAN MALAYSIA

Tuesday, June 23, 2009

MATA MEMANDANG RUPANYA

Baru-baru ini, saya menulis 'disebalik diari dari Kampung'. Pada mulanya saya hanya mengungkapkan beberapa perkataan biasa dan fakta biasa. Namun begitu, saya tidak menyangka yang saya menerima 117 email, 36 panggilan telefon, 14 surat dan hanya 2 ulasan komen dalam blog. Saya agak terkejut dengan situasi tersebut, apa tidaknya saya langsung tidak pernah terfikir menerima berbagai cadangan, kritikan dan teguran berhubung penulisan 'disebalik diari dari kampung' yang hanya tiada makna apa-apa bagi pembaca biasa. Namun, banyak golongan profesional yang mengambil point berhubung perkataan-perkataan dan menyimpulkan makna disebaliknya. Walau bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih atas semua maklum balas tersebut, ini kerana saya memang menduga sejak awal lagi banyak ungkapan dalam penulisan saya menjadi bahan utama kepada mereka yang benar-benar kenal dengan penulisan. Ingin saya jelaskan sekali lagi.... 'tumpahnya secawan kopi' di atas lantai menyebabkan lantai akan kotor. Justeru itu, tindakan rakan-rakan saya membersihkan kotoran kopi tersebut secara perlahan-lahan menggunakan kain berjenama 'INDEKS KPI' dan 'MATA' menyebabkan ramai yang terkejut daripada hayalan, mimpi dan angan-angan. Pernahkah anda terfikir, jika anda dan semua rakan anda termasuk bos anda pergi bekerja awal pagi dan tiba di depan pintu tempat kerja anda, anda dan semua yang ada terkejut melihat surat 'CINTA' untuk setiap orang daripada anda dan notis 'CINTA' menyatakan anda diberhentikan kerja dan mungkin alasan kualiti kerja anda kurang memuaskan, anda selalu keluar masa bekerja, anda bersalah kerana rasuah dan bermacam-macam alasan lagi yang diberikan kepada setiap orang. Justeru itu, jika anda tidak ingin jadi begitu belajarlah berubah. Ingatlah anda bekerja untuk menyara keluarga, pekerjaan anda pula untuk masyarakat dan tujuan kerja yang diberikan kepada anda adalah untuk membantu daerah, negeri dan negara. Ketahuilah kepada semua yang terasa 'ANDA SEDANG DIPERHATIKAN' Oleh itu, kalau anda orang politik berpolitiklah cara baik, kalau anda seorang pekerja jangan sibuk berpolitik atau membuat projek, kalau anda seorang penerima rasuah, seorang penipu atau seorang tamak....... INGATLAH... BERUBAHLAH..... Jangan sampai sambungan diari akan datang menceritakan kisah anda dan kerabat anda.' Tunaikanlah kewajipan anda sebagai 'PEKERJA, PETANI, NELAYAN dan PENIAGA. anda dan kerja anda telah diketahui oleh sebiji mata yang sedang memandang anda rupanya.

Undang-Undang Untuk Penulis.

Salam SAM! Pada kali ini saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian berkenaan dengan undang-undang untuk penulis. Seorang yang berjuang melalui medan penulisan haruslah hadam dengan perkara-perkara seperti ini. Kita mahu Permata Bangsa yang bukan sahaja berani di medan juang tapi berilmu dan tahu kenapa dia bertindak begitu dan bukan begini. Ringkasnya, terdapat lebih kurang 50 undang-undang yang berkaitan dengan penulisan. Namun, 8 yang paling utama adalah seperti berikut:

1. Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) dan Akta 174.

  • Akta ini adalah untuk pelajar. Dalam akta ini pelajar tidak boleh terlibat dalam apa-apa bentuk penerbitan (Blogging rasanya boleh sebab tiada penerbit diperlukan). Jika bersalah tindakan seperti denda tidak melebihi RM 500.00, penggantungan atau penyingkiran akan dikenakan, sekiranya seseorang pelajar melanggar akta ini. Jika pelajar ingin juga menulis bolehlah meminta kebenaran terlebih dahulu.

2. Tatertib Penjawat Awam.

  • Rasanya semua penjawat awam tahu.

3. Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984.

  • Terpakai bagi mereka yang ingin menerbitkan buku atau majalah. Penerbit mestilah berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna.

4. Akta Fitnah 1957.

  • Fitnah jenayah boleh dikenakan tindakan di bawah Kanun Jenayah Seksyen 499-502 yang mana jika seseorang itu disabit bersalah, dia boleh dipenjara sehingga 2 rahun dan/atau denda.

5. Akta Hasutan 1948.

  • Sebuah penulisan itu dianggap menghasut apabila tulisan itu menyebabkan kebencian atau kekacauan terhadap pemerintah atau kerajaan serta menimbulkan perasaan benci antara kaum di Malaysia. Jika disabit kesalahan, seseorang itu boleh didenda tidak melebihi RM 5000.00 dan/atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama.

6. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

  • Sesiapa saja yang menghasilkan tulisan yang boleh menjejaskan keselamatan negara akan dikenakan tindakan di bawah akta ini. Terus dipenjarakan tanpa didakwa dan dibicarakan di mahkamah.

7. Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

  • Sebagai penulis, dilarang sama sekali menulis sesuatu yang berkaitan dengan dokumen terperingkat (biasanya melibatkan kakitangan kerajaan) kerana ia melibatkan keselamatan negara.

8. Undang-Undang Hak Cipta.

  • Tidak dibenarkan menciplak, mencuplik dan seumpama dengannya tanpa kebenaran daripada pemilik sebenarnya. Namun ramai juga pemilik asal yang membenarkan karyanya diciplak dan seumpama dengannya asalkan sumbernya disebutkan.

Sekian, bye!

Rujukan: Buku, "Menjadi Penulis Jutawan" oleh Nimoiz TY. Mereka yang berminat boleh dapatkan di pasaran.

Kota Marudu

Http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/
' Lensa SAM ' ' Berbuat Baik Kepada Orang Lain Akan Melapangkan Dada '

SAM: Besar Kepala Atau Besar Minda?

SAM wadah sederhana tapi selalu diragui keikhlasannya. Bukan sekadar disesak dengan kemelut minda satu dua individu yang tampil tanpa identiti malah mempersoalkan objektif SAM. Tanpa menidakkan kredebiliti identiti tanpa nama, saya perlu menganjak tafsiran 'besar kepala' berpaksikan keterampilan wacana melalui jendela minda SAM.
SAM dilihat sebagai hambatan yang menyusahkan. Kekritisan dan keberanian SAM dibayangi pandangan negatif menyingkirkan sama sekali perspektif bistari dari hati orang tertentu intipati yang mengisi wadah SAM. Besar kepala, konotasinya ditolak dalam pembudayaan karekter. Ibarat kemudi yang tidak bertuankan kejernihan di laut akal. Sauhnya berjubah taufan, mudik ke muara kacau-bilau. Sudah tentu SAM menolak jauh-jauh kedangkalan begini daripada mendasari kerangka yang mengisi hasrat penulisan. Bila berlakunya kepincangan yang mengundurkan kelangsungan dan survival bangsa, jangan padamkan roh kemerdekaan bersuara dan berfikir. Kebekuan berfikir tidak mendewasakan bangsa. Mengabaikan hak-hak kemasyarakatan menyebabkan kita mudah diprovokasi oleh elemen berpecahbelah. Pergerakan pemikiran yang mendukung gagasan SAM berorientasikan suara rakyat. Jika ada yang memandang mudah sikap SAM 'yang lantang' menyelongkar budaya cincai, ia satu kegagalan untuk mengerti SAM sebenarnya menyelongkar khazanah minda supaya pihak berkenaan terarah kepada etika kerja bersepadu dan berkualiti. Bersuara selalu disalahertikan sebagai mengambil langkah menentang. Apakah budaya cincai itu satu ekspresi etika yang tepat ketika label kemunduran kekal menyelimuti desa? Usah pandang serong ketika minda SAM bernada sinikal. Anda, saya dan masyarakat adalah agen sosial yang harus percaya mampu menangkis konflik sosiologi yang menghambat pemupukan kemajuan serta mendangkalkan aspirasi politik telus. Peranan SAM komited menentang ketidakseimbangan ekonomi, penyimpangan moral politik, kemunduran etika melalui cara uruskerja dan apa saja bentuk kepincangan membabitkan kepentingan rakyat. Sama ada anda orang politik dan kami rakyat biasa, kita harus menjadi masyarakat yang kolektif, bertimbalbalik fungsi dan peranan yang menguntungkan keperkasaan jati bangsa kita. Ingatlah, SAM dan PERGERAKAN PEMIKIR di luar sana, samada ahli politik, aktivis, golongan profesional, pejuang mistikal, perwira atau gembala tanah ladang dan arena samudera, anda dan kita adalah milik bangsa. JATUH SAMA DIPAPAH, MERANGKAK SAMA TERLUKA, BANGUN SAMA BERJUANG, BERTINDAK SAMA SERUMPUN. (Kepada organisasi politik yang dihormati, anggaplah SAM sebagai nota rakyat. SAM membantu bukan MEMBANTUT MISI dan VISI. Mohon maaf, mohon ampun jika terkasar bahasa. Anak cucu tumpang belajar.)

Monday, June 22, 2009

MASA UNTUK SEDAR!

Tahniah Mus. Semoga pertunangan itu diberkati! Saudara dan saudari yang dihormati sekalian. Saya dengan penuh rasa rendah diri ingin memaklumkan di sini bahawa Blog Revolusi Marudu baru saja dilancarkan oleh saya sendiri dengan dibantu oleh `W.S Rendra`. Ringkasnya, blog ini disempurnakan adalah untuk mencetus dan memperjuangkan gelombang KESEDARAN khususnya di kalangan anak-anak muda Marudu agar menyedari tugas dan peranan mereka dalam membawa perubahan kepada bumi Marudu. Bukan revolusi berdarah sebaliknya revolusi mental dan sikap ke arah membina satu generasi masa depan yang pro-pembangunan dan bersikap dinamik dan proaktif. Harapannya agar kita dapat bersama-sama bangun membantu pihak kerajaan dan agensi berkaitan untuk menangani masalah KEMISKINAN dan KESUSAHAN yang puluhan tahun mencengkam bangsa pribumi di Kota Marudu. Jika berkesempatan, jemputlah ke blog ini ( http://revolusimarudu.blogspot.com/. Sekian, terima kasih. Salam, Umar al-Longobi Nota: Blog Revolusi Marudu tidak ada kaitan dengan SAM. Bagaimanapun pihak saya mempelawa mana-mana penulis SAM menjadi penulis tamu "RM".

Yen abar..?

Terus jo ta point perbincangan.. Hehehe... Dilau elau ahad 21 Jun 2009 sempena hari jadi pentauliahan pegawai mudaku yang pertama ngam-ngam aku betunang. Gambar-gambar betunang secret.. Hehe... Kak Nong sabar dulu belum lagi saya kasi post itu gambar.. Belum ada kad reader lagi.... Terima kasi ta Dinakan Oyo', Sigu Androd, Tompinai, Kak Nong, Lim Ko' Endo ni kerana sudi pan ngogo ta ruma ku.. Minggo no gambar2 ti ri?? Adeh songom no tu.. Bau aku mole laman kerejoan.. Songom tu amun nyiaun halangan aku muat design gambar dokom PM ta dembila kuanan tu..Hehehe..Bah Selamat........... Setemu loso lain kali....

Disebalik Diari dari Kampung....

Baru-baru ini, saya pulang ke Kampung. Apa yang saya dapati, setiap kali pulang ke kampung ramai rakan saya akan bercerita pelbagai topik menarik, namun kali ini kepulangan saya bersama keluarga di iringi oleh 7 orang kenalan saya yang datang dari jauh untuk menghabiskan cuti hujung minggu, almaklumlah dorang ni 'first time' datang ke Daerah Kota Marudu semata-mata untuk 'tenangkan fikiran lah katakan'... Disebalik kedatangan mereka, pelbagai cerita rakan-rakan sekampung mereka dengar. Mulanya saya agak KEKOK untuk menerangkan namun, biasanya golongan orang terpelajar akan cepat tahu melalui penyampaian, point cerita dan gaya bahasa dituturkan.. Antara topik tersebut ialah, Jambatan Gantung Runtuh di Kampung Goruntung yang belum pun siap sepenuhnya, Bekalan air bersih sampai sekarang belum disalurkan oleh pihak berkenaan di Kampung Marasinsim, walaupun telah 4 kali berjanji, Pembuangan sisa buangan Kilang Sawit di Kampung Bengkongan, Pembinaan Jalan Kota Marudu-Poring, Pembinaan Kilang Kupang di Tanjung Batu, Masalah Jalan di Pitas-Kota Marudu kurang kualiti dan pembinaan Pusat Latihan Dakwah di Kota Marudu. ..dipendekkan cerita... rasanya malang sekali mereka mengetahui topik ini, kerana mereka terdiri daripada 'KETUKAN PINTU', 'PENJAGA KUNCI' dan 'BURUNG GAGAK'..namun apa boleh buat... tak sengaja. Sama-samalah kita tengok lepas ni apa akan berlaku lagi..... HaRaP-HaRaP gArIsAn PuTiH yAnG bAnYaK dIaTaS jAlAn RaYa kEkAl dAn TiDaK PaDaM oLeH aIr HujAn.

SANTAI DI KEDAI KOPI...