SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, June 13, 2009

"ANDANG-ANDANG SEMULAJADI..."

"Andang-andang" atau "memang-memang" semulajadi, rasanya inilah "rahsia" keunikan SAM yang telah dinukilkan sebelum ini oleh Dr. Nelson. Maksud saya, penubuhan SAM didorong oleh sifat "kesemulajadian" untuk bersatu dan berpadu untuk mengukuhkan apa yang longar dan memperelok apa yang cacat, sambil mendidik mana yang sedia untuk belajar, dan merubah apa yang patut diubah. SAM tidak ditaja mana-mana pihak, tidak dipaksa untuk ikut dan tidak dihalang untuk bersuara. Teraju kepimpinan juga tiadalah dipertandingkan sehingga terpaksa "berkempen" atau "main anu" (hehehe...). Berapa bagus kalau pemuda-pemudi dan orang lama kita di kampung-kampung dapat "tiru" mana yang bagus daripada SAM. Kita sebenarnya memang memerlukan seberapa banyak badan bebas yang boleh membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan negara, namun kita sangat takut kepada pertumbuhan badan-badan bebas yang "lintang pukang" visi dan misinya dan berantakan organisasinya, kerana ini hanya akan menambah "kekeliruan" rakyat dan boleh juga memecahbelahkan perpaduan. Sifat dan sikap serta ciri "SEMULAJADI" lah yang perlu kita cari. Kepimpinan secara semulajadi, keikhlasan secara semulajadi, kerja yang nampak "semulajadi"....kalau ini dapat kita wujudkan dalam masyarakat...jadilah kita MASYARAKAT MADANI. Tapi bukan senang kerana...yang banyak/ramai sekarang - "TIDAK ORI...", mislnya CD cetak rompak, rokok seludup, pemimpin celup, dan sebagainya. Saya harus berhenti di sini kerana ada temujanji dengan seorang "PERMATA MARUDU" yang teruja untuk menyumbang khidmat bakti melalui SAM. Berdasarkan beberapa siri sms...saya rasa beliau "PERMATA SEMULAJADI. ORI PUNYA..."

7 comments:

Little Mike (LM) said...

Buy original
See ORIGINAL

Carl S. Adun said...

Ko di KL ka Mike,lama suda inda pgi Petaling Street shopping imitation punya barang-barang..he..he...

Little Mike (LM) said...

carl..
ya, sya di KL sekarang. Saya pun agak bertahun2 tidak jejak kaki di Petaling Street walaupn sangat dekat dengan tempat kerja. hehe Ada masa, kita boleh jalan2..

Mr. Aki Abad 21 said...

kalau mau yg ORI cari siniii kawasan kamik heheh ( urang bukit ) masi ada arapan untuk dapat yang ORI

tulun sonsogon said...

tampat sya lagi ori lah aki..mau lawan kah? bah datang lah pigi sonsogon

Mr. Aki Abad 21 said...

heheh aman sonsogon ... mizau kopo bala oooo heheh lumangad oku dikau aman ...

Little Mike (LM) said...

produk original
minda original
kerja pun original