SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, June 21, 2009

ANTARA YANG BAIK..

Sanguru, Tompinai, Nong, Nazri, Ming, Elly, Dinakan
20 JUN 2009 (Ahad): Sebilangan ahli SAM yang berada di sekitar Kota Marudu telah melakukan jelajah ke lokasi projek jambatan gantung Kg.Gorontung bagi mengiringi seorang insan biasa tapi luar biasa yang mahu melihat sendiri projek tersebut. Namun apabila sampai ke lokasi, kami dapati hampir 90% rangka jambatan gantung itu sudah dibuka atas arahan kontraktor. Setelah berbual-bual dengan Pengerusi JKKK Kg.Gorontung dan beberapa orang pekerja, kami pun bertolak untuk melihat jambatan gantung di Kg.Timbang Batu pula dan lihatlah dalam gambar betapa kukuh binaannya...Inilah yang kita mahu!!..(Tahniah kepada kontraktor)
YANG BAIK KITA SYUKURI, YANG KURANG BAIK PERLU DIPERBAIKI.

10 comments:

Little Mike (LM) said...

Jambatan selamat, urusan selamat, misi pun SELAMAT.

Anonymous said...

kalau ini macam punya jambatan gantung barulah....indada di kasi bising ....

Tanak Gouton said...

kalaulah mereka bina jambatan gantung gorontung macam ini kan bagus..
Selamat, selesa dan puas hati! jangan asyik masuk poket saja.

SYABAS kepada kontraktor!

SANGURU said...

Inilah beza antara orang "CINCAI" dengan orang "TIDAK CINCAI"...orang yang mau "UNTUNG LAMPAU BESAR" dengan orang yang "BERSYUKUR DAPAT UNTUNG..."...

Umar al-Longobi said...

tahniah semua! projek2 lain, bersiap-siagalah. jgn sampai SAM serang. bagus sanguru, mr. T & wife, mr. ming & wife dan sdr mail. x dilupa jurugambar n JKKK. teruskan!

Mr. Aki Abad 21 said...

ini macam punya jambatan ok...jangan macam d gorontung KO

Anonymous said...

meluat betul saya tengok orang2 SAM ni..besar kepala!

Tompinai said...

ba...terima kasih kio sebab ko meluat dengan SAM. SAM ini cuma membantu saja. Kalau org dengar, dengarlah. Kalau orang mau tengok, tengoklah. Itu saja. Syukurlah kerana ada juga org yang kutuk SAM dan pertahan SAM. Ini bermakna SAM berjaya dalam tugasnya.

Salam SAM.

Orang Kampung said...

Tahniah kepada SAM dan juga kepada insan-insan prihatin yang mendedahkan beberapa kelemahan pelaksanaan projek pembangunan.

Jika kelemahan pelaksanaan ini tidak ditangani segera...ia akan merugikan rakyat. Takut nanti rakyat akan menyalurkan protes pada PRU ke-13 nanti.

YB tak salah...yang salah adalah pelaksana yang melaksanakan projek tersebut. Mungkin perlu ada badan bebas yang memantau setiap pelaksanaan projek ini agar pelaksanaannya mematuhi piawaian yang sepatutnya.

realscout said...

maaf kalau mencelah...
indah kabar dari rupa..hanya penduduk kg. tbg batu saja yg mengatahuinyeee...