SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, June 13, 2009

APA UNIKNYA SAM?

Sempena meraikan follower SAM yang sudah menjangkau lebih 100 orang, juga kepada anda di luar sana yang tidak mendaftar sebagai follower, tetapi tetap mengikuti rapat perkembangan SAM, saya terdorong untuk memaparkan catatan berikut sebagai tanda penghargaan dan renungan kita bersama.
1. Uniknya SAM kerana ia ditubuhkan hasil daripada cetusan idea yang pelbagai dalam pertemuan maya. Tidak ada yang memaksa atau dipaksa untuk menubuhkan dan menyertai 'pakatan' SAM. Tanpa prejudis, SAM ditubuhkan walaupun ada di antara penulisnya yang tidak pernah bersua muka sehingga kini. 2. Uniknya SAM kerana ianya gagasan pemikiran 3 kelompok generasi (umur 40an, 30an, dan 20an). Bukan bermakna yang lebih tua lebih baik atau yang lebih muda kurang cerdik, tetapi 3 kelompok umur ini mencerminkan perwakilan suara kelompok umur berbeza yang apabila bertembung menghasilkan momentum yang besar. 3. Uniknya SAM kerana penulis2 SAM datang dari pelbagai latar belakang sukukaum dan agama. Ada Dusun (Kimaragang, Tindal), Bajau, Cina, dan anak peranakan. Pencarian wakil dari sukukaum yang lain masih diteruskan. Penulis2nya merupakan penganut agama2 yang berbeza, khususnya Islam dan Kristian. Pun demikian kesatuan hati dan hala tuju perjuangan tidak pernah menjadi persoalan dalam SAM. 4. Uniknya SAM kerana penulis2nya memiliki pengetahuan yang diversity. SAM boleh berbicara tentang pendidikan, perubatan, kejuruteraan, pertanian, geologi, ekonomi, penyelidikan, keusahawanan, linguistik, budaya dll. Sementara politik pula, siapa pun boleh bercerita mengenainya. 5. Uniknya SAM kerana sentiasa peka untuk memaparkan informasi secara kreatif dan berani demi nusa bangsa yang tercinta. SAM bukan musuh kerajaan dan parti yang memerintah, bukan juga kawan karib parti pembangkang. SAM bebas dalam ketelusannya untuk memperjuangkan nasib rakyat dan kawasan khususnya Kota Marudu. 6. Uniknya SAM kerana biarpun kedudukan penulis SAM terserak di banyak tempat (Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Ranau, Kota Kinabalu, Tawau, Keningau, Labuan, Kuala Lumpur, Kelantan, Kyoto Jepun dll), tetapi jiwa mereka terarah sama ke daerah yang tercinta, Kota Marudu. Kepelbagaian ini hanya membantu menyebarkan 'Suara Anak Marudu' ke serata tempat. 7. Uniknya SAM kerana dalam umur belum sampai setengah tahun jagung sudah menunjukkan impak yang besar kepada kepimpinan dan pentadbiran daerah Kota Marudu. Ada yang suka dan ada juga yang tidak. Apa yang pasti SAM bukan di sini untuk menabur gula semata2. Kadang2 garam dan cuka juga ditaruh. Bukan sekadar penyedap rasa, tetapi untuk memastikan makanan anak2 mencukupi dan bersih di rumah sendiri. Nota: Andai ada pujian untuk SAM, pujian itu sebenarnya untuk diri si pemuji sendiri kerana itu tandanya dia juga sedang berjuang untuk nusa bangsa. Andai cercaan dan perlekeh yang dilemparkan, puji syukur tetap dipanjatkan juga kerana itu tandanya peribadi itu sedang berjuang membantu SAM mengatur langkah perjuangan dengan lebih baik. Inilah uniknya SAM.

11 comments:

NONG said...

TAHNIAH atas posting yang baik!
SAM memang UNIK dalam segala aspek.
MACAM2 ADA..

SUAMI kepada seorang iateri said...

SAM gerbang informasi kami!

TAHNIAH Suara Anak Marudu.

Anonymous said...

Sangat bagussss 5 bintang

SANGURU said...

SAM bertekad Cemerlang (motto UMS), Untuk Manusia dan Tuhan (Motto UTM), kerana tiada gunanya ilmu jika tidak berbakti (Berilmu, Berbakti - UPM)...

Little Mike (LM) said...

tahniah doc..
posting menarik, paparan yg menunjukkan SAM jelas objektifnya.

Parai Vagas said...

bagus komen ni. bila sy baca sy dlm lingkungan umur 20an tu. moga terus maju jaya SAM

JMimie said...

satu paparan yang unik yang berjaya menambahkan lagi keunikan SAM...good job doc...keep up the excellent work SAM!

Anonymous said...

bagus! sokong 100%...

20-an generations.

ILLIE said...

pasal itu sia tidak mau posting apa2 pasal uniknya SAM sabap entri si ison ini suda cukup menerangkan segala-galanya betapa uniknya SAM..tahniah doc!! sia rasa ini baru bunga2 bah kan..bulum kuluar tu power2 punya..hehehe.

terus terang sia cakap dalam ramai2 ahli panel SAM yang pernah sia jumpa hanya beberapa orang saja itu pun lebih 20 tahun yang lalu macam Androd,LM,Carl,mogoron dan Nazri.yang lain2 ison,nong,tompinai,ajirul,umar,LTM.Musli,ming,mimie... sia inda pernah jumpa.harap2 bulan 10 nanti bulih bersua muka dengan mereka.Begitulah hebatnya SAM.

Mr. Aki Abad 21 said...

ARAMAI TIII bulan 10 mr. aki mau tumpang2 sama SAM aaaaaaa
tau2 saja kalau urang bukit bah..jarang2 ada karamaian heheheh nanti mr. aki bawa linupit dot dungkarow om bayag campur tampasuk.. satu urang satu urang2 sam

ming2elly said...

Semoga SAM akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang !!!