SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, June 20, 2009

BUDAYA CINCAI...

"SUSAH MAU MAJU KALAU CINCAI..." Oleh: Tekong SAM
Cincai atau tidak sungguh-sungguh atau tidak buat yang sepatutnya, adalah budaya bangsa yang belum/sedang maju. Benda ni wujud di mana-mana, bukan di Kota Marudu atau Sabah atau Malaysia sahaja. Orang yang berjaya, misalnya Dr. Nelson, Dr. Jualang, Dr. Anita, Dr. Jodol dll (semuanya orang Tandek, Kota Marudu)...pastinya bukan "orang kerja cincai". Pasti juga bukan "cincai-cincai" semasa menjadi pelajar/mahasiswa...bukan jawab soalan peperiksaan secara "cincai". Sebab kalau mereka main cincai...alamat tidak LULUSSS... Nah, kebanyakan kes tumbang sana, roboh sini dan sebagainya, menurut perkiraan saya adalah akibat BUDAYA CINCAI. Bukan sebab tidak ada plan, bukan sebab tidak tahu apa yang sepatutnya...tapi itulah bah - C...I...N..C...A...I.. yang penting siap (sebab bukan sendiri guna, atau kerana bukan tempat sendiri atau "save cost" atau....?...). Bah, saya menyeru diri saya sendiri untuk memperbaiki cara dan hasil kerja. Saya memang anti-CINCAI. Tapi saya tidaklah kasi markah "zero" kepada hasil kerja murid-murid saya walaupun cincai TAPI jangan mengharap saya kasi LULUS kerja yang CINCAI!...

10 comments:

Little Mike (LM) said...

Kontraktor, buat kerja jangan cincai. Namanya pun untuk memajukan desa-desa. Jangan lihat rakyat seperti satu institusi yang TIDAK PERLU TAHU APA-APA, duduk diam-diam dan buat kerja sendiri.

Aldusuni said...

warga TANDEK.. mari kita berkerja dan berfikir dari saat ini ....kita TUMBANGKAN ' mereka ' ambil Tandek kembali ...

NONG said...

setuju Sanguru,
Budaya cincai ni kalau dibiarkan tiada faedah langsung.
Kalau saya (Walaupun inda tinggi sekolah hehe) saya paling tidak suka buat kerja cincai.Saya paling bising kalau saya nampak sesuatu didepan mata saya cincai(Jadilah saya minah leter kimaragang,bilang Sanguru.hehe)

Justeru,
Budaya cincai ini seharusnya jangan jadikan sebagai satu budaya dalam kehidupan apa lagi bila melakukan kerja yang melibatkan nyawa orang ramai.Bukan orang lain yang rugi, orang kita juga yang rugi.
Biar sesuatu hasil kerja itu berkualiti.

ison said...

cincai dan luncai...

ison said...

maksudnya tidak buat kerja dengan betul dan pandai berputar belit. nunga!

NONG said...

Tarlampau ada akal baitu Ison..
pandai membuntang.

Anonymous said...

liwanut om kondiw ..
buayo om naga

Anonymous said...

jaga2 tokow boo milomtu waro karaa mangakan dot tagilai siti tumo ...sodia ko mantad dot sinapang ponimbak..nga kada alang2 boo ontokon no tulu diaara

tulun lingkabungan 1

Umar al-Longobi said...

C= culas
I= iri
N= nakal
C= cuai
A= angkuh
I= iblis

JMimie said...

saya pun paling anti kerja cincai!