SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, June 21, 2009

BUDAYA CINCAI...(SIRI II)

Tazkirah Hujung Minggu "TANGANI CINCAI DENGAN CINTA..." Oleh: Tekong SAM (Penulis pernah memenangi Anugerah Sains Angkasa (1993), Peraduan Menulis Maal Hijrah, 1990, Peraduan Menulis Esei P.Ramlee, 1992, Peraduan Esei Inter-Varsity ASEAN, 1990, Peraduan Menulis Cerpen Berunsur Islam, 1993, Peraduan Menulis Cerpen Kanak-Kanak, MOBIL, 2003, Peraduan Menulis Sajak/Cerpen, DBP 2004, 2005...pemenang Anugerah Inovsi Sains, Yayasan Sains Toray, Jepun, Guru Inovasi Negeri Sabah 2006, 2009..dll. Turut memiliki berbagai kelulusan rasmi& tidak rasmi di peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. - Maaf, sesekali perlu juga nak kasi tau pembaca SAM. Penulis SAM ada juga sekolah tinggi dan boleh mencapai tahap kebangsaan dan antarabangsa)
Bukan senang nak ubah budaya/sifat CINCAI-CINCAI. Mau suruh murid menjawab dengan baik, ikut format, ikut skala dan sebagainya bukan senang. Masuk telinga kiri, keluar telinga asap. Namun orang cincai mesti terus ditegur dengan baik dan dimotivsikan ubah tabiat cincai. Berubah juga itu lama-lama. Saya fikir, CINTA boleh ubati CINCAI. Jika kita cinta anak-bini misalnya, kita tidak akan cincai-cincai bikin "tukad' (Dusun - Tangga). Sebab kita tau, kalau tangga itu cincai, anak-bini boleh jatuh, luka. Kalau bini sakit?..."aiso arapan gaman..." (tiada peluang geng...). Hehe... Nah, demikian juga hal-hal projek persekutuan dan sebagainya. Kalau kontraktor ada rasa cinta, kalau YB/MP ada rasa cinta...tentu tidak mahu kerja cincai-cincai. Samalah macam kes di atas, kalau rakyat "terluka"? ..."aiso arapan oii YB/MP..." hehe...
"MAAF KALAU AKU MELUKAIMU, AKU INGIN MENGHIDUPKANMU..."
Bah, bersama kita mengubah budaya Cincai. Mula dari orang atas-ataslah bah NGAM!

4 comments:

Little Mike (LM) said...

Kalau kerja tidak CINCAI, siapa pn akan SENANG HATI..

Anonymous said...

kalau itu YB/MP CINTA orang2 Tandek selama ini, rupa itu pekan tandek sekarang bukan sedemikian rupa.

YB/MP hanya cinta pada duit saja. Masa kempen itu ini manefesto, bila sudah menang TAHILAH kalau masuk kampung lagi.Mau jemput merasmikan kaamatan pun punya payah. ada saja alasan.

saya masih ingat ketika Mendiang Datuk Saibul Supu sewaktu hayatnya, sebolehnya beliau akan cuba juga hadir dan tidak menghampakan rakyat walaupun setelah bergelar MANTAN YB.Semangat dan sikap kepimpinan Mendiang ini sepatutnya dicontohi oleh YB dan bakal2 YB akan datang.

Umar al-Longobi said...

bukan calang2 pula tikung SAM ni! tahniah semua... teruskan usaha yg baik utk rakyat!

SANGURU said...

nda jg hebat...sedang2 aja...hehe