SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, June 25, 2009

Lakar dan Warna...

Kelahiran para pemblog khususnya di Kota Marudu merupakan satu pendewasaan yang tidak harus dilihat sebelah mata oleh mana-mana pihak lalu dengan mudah melabelkannya sebagai makhluk perosak.

Selain paparan-paparan lain, Blog SAM turut melemparkan pelbagai kenyataan bukan rekaan atau omong kosong. Kenyataan ini datangnya dari akar umbi yang selama ini hanya menyimpan suara hati masing-masing kerana sukar menembusi meja politik. Apa tidaknya, orang-orang atasan berkaitan selalu saja membentengi diri mereka dengan birokrasi, manakala masyarakat pengguna masih di takuk bercakap sesama mereka tanpa noktah akhir. Disebabkan hambatan-hambatan seperti inilah SAM bangkit menyuarakan isi hati mereka khasnya untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkaitan, sesuai dengan nama Suara Anak Marudu atau SAM.

Apapun keadaannya, Kota Marudu memerlukan rangkaian pemikir di kalangan anak jatinya sendiri. SAM hampir memiliki kriteria ini bilamana terhimpun pemblog pelbagai latar belakang sekali gus menyajikan masyarakat pelbagai lapisan dengan pelbagai menu fikiran.

SAM dimantapkan lagi dengan hubungan dan gabungan idea pelbagai personaliti di kalangan pemblog dan pembaca. Justeru, setiap individu wajar menerima sebarang kritikan dan teguran. Jadikanlah ia sebagai baja sebatian yang menyumbang ke arah kesuburan minda. Harus kita ingat bahawa membangunkan bangunan tinggi itu amat mudah tapi membangunkan modal insan itu sukar kerana di dalamnya terdapat jutaan minda, jantung dan nafas yang sentiasa bergerak aktif 24 jam yang sifatnya menuntut dan meminta.

Ingatlah bahawa setiap kita punya sumbangan. Cantik atau tidak lukisan Kota Marudu terletak di kanvas maya yang kita lahirkan di hujung jari setiap kita. Akurlah kita bahawa apa saja yang kita lontarkan hari ini, bakal dituntut generasi akan datang. SAM antara pelakar dan pewarna kanvas Kota Marudu.

Saat Tanah Tersenyum

Di celah awan biru Nabalu,

ada cahaya putih lembut,

bersinar menikam dedaun belantara.

Lalu manik-manik embun gugur ke bumi satu persatu.

Saat itu, tanah kering pun tersenyum...

Aldusuni

Ranau

3 comments:

Anonymous said...

Blog yang sedang diperkatakan masyarakat. Harap SAM terus berkhidmat.

ming2elly said...

aldusuni...

ko edit lu gambar mrs. sya tu... kasi masuk di dalam staff... sudah lulusssss.... dari tekong...

jawatan :- boros tobilung & suara dari kampung...

thanks k...

Aldusuni said...

k ming lulussss nanti sya hantar di emik ko