SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, June 29, 2009

CUKAI OH CUKAI...

(Gambar: Sebahagian daripada penduduk kampung yang berbaris panjang untuk membayar wang bantahan dan menyerahkan borang bantahan di Kaunter MDKM. Setiap satu bantahan, satu borang dan RM5. - Penulis) "BELUM KENA MASANYA...KAMPUNG MASIH DAIF, RAKYAT MASIH MISKIN..." - Oleh: Tekong SAM

Kota Marudu, Sabah: Para penduduk sekitar pekan kecil tandek khususnya kampung Tondig dan Kg. Tingkalanon serta penduduk kg. Bunsadan dan Kg. Lotong , merasa amat kecewa dan marah dengan tindakan pihak Majlis Berkuasa Tempatan (Majllis Daerah Kota Marudu) melalui syarikat yang dilantik yang berusaha ke arah pemungutan cukai tanah dan cukai pintu. Alasan yang diberikan kepada penduduk kampung, kawasan mereka termasuk dalam zon perbandaran!

Majoriti penduduk kampung yang ditemui menyatakan rasa kesal kerana bagi mereka, tindakan pihak berkenaan TERLALU AWAL kerana walaupun kampung-kampung berkenaan telah diwartakan sebagai "kawasan perbandaran" namun hakikatnya, kampung-kampung berkenaan masih mundur dan langsung tidak menerima sebarang perkhidmatan daripada pihak berkuasa tempatan. Beberapa orang pekedai di pekan Tandek juga memberikan komen sinis, "sedangkan kawasan kedai pun MDKM tidak dapat beri perkhidmatan, inikan pula di kampung-kampung. Bikin susah rakyat saja! Mau duit rakyat saja!" Saya telah mengemukakan isu ini kepada Pn. Luvita Koisun, Pegawai Daerah Kota Marudu dan Datuk Dr. Maximus J. Ongkili, Ahli Parlimen P168 Kota Marudu. Menurut pegawai daerah, ia hanya perancangan awal dan pihak MDKM masih memerlukan kajian dan makllumbalas daripada penduduk yang terlibat. Datuk Dr. Maximus pula menyatakan bahawasanya pihak yang terlibat tidak perlu gusar kerana keputusan menguatkuasakan cukai terletak di tangan ahli majlis. Beliau memberikan contoh Kg. Bunsadan, yang terletak berhampiran dengan pekan Kota Marudu, sehingga kini belum dicukai, kerana mendapat tentangan yang bersepadu. Apa yang mengecewakan ialah tindakan pihak yang berkenaan membuat taksiran sesuka hati, misalnya keluasan tanah tidak sama dengan keluasan sebenar atas geran, pondok belakang rumah pun dianggap sebagai bangunan, harga rumah lebih tinggi daripada nilai sebenar dan sebagainya. Walaupun pihak berkenaan memberi peluang membantah, namun setiap bantahan dikenakan caj RM5.00 (tidak dikembalikan). Maksudnya, jika penduduk kampung ada tiga bantahan, kena bayar RM15.00 dan sebagainya. Menurut salah seorang pembatah yang ditemui, tindakan seumpama ini dianggapnya sebagai "licik". Bayangkan berapa jumlah kutipan batahan yang diperolehi oleh pihak berkenaan. "Kalau saya tidak bantah, maka taksiran yang salah itu akan dikuatkuasakan, sedangkan ini salah mereka sendiri", demikian komen penduduk kampung yang diajukan pertanyaan. "Berapa banyak mereka dapat kutip wang bantahan rakyat? Ke mana wang itu nanti?" demikian pertanyaan penduduk kampung yang lain. Saya juga telah mengemukakan perkara ini kepada pihak yang berkenaan agar diambil perhatian serius. Saya juga dimaklumkan oleh para penduduk yang terlibat, bahawa mereka akan membuat satu memorendum bantahan beramai-ramai dan akan diajukan kepada semua pihak yang berkaitan. "Mungkin ini saja caranya kami dapat menghalang tindak tanduk pihak yang cuba menindas rakyat..." kata salah seorang kakitangan kerajaan yang turut merasa dirinya dan masyarakatnya teraniaya oleh tindakan tergesa-gesa dan kurang prihatin pihak berkenaan.

34 comments:

Mr. Aki Abad 21 said...

butul2 ini MDKM pandai cari duittttt tanpa pikir panjang2 TAHI MINYAK BUTUL...dengan bantahan saja mdkm suda dapat duit mr5 satu kapala...kanapa bantahan harus urang kampung bayar ....? apa lojik dia ..? atau andang2 itulah undang2 dia ?

kampung2 yg tarlibat indada kamudahan apa2 macam d pakan pun d kasi kana cukaiiiiii apa kah jadahnya...tv7

tahi karabau, tahi anjing, tahi kambing dan sagala tahi kalau diurang pungut buli tahan lagi urang2 kampung bayar cukai....ini sagala tahi minta maap kalau sangup mdkm pungut oooooo

ini ada undang d sabalik batu punya carita iniiiiiii
cuba SAM bungkar macam jambatan gantung kononnnn

Anonymous said...

MDKM ini mcm2 dia punya kepandaian. tida dapat 'cukai', rm5 pun jadi.tapi cukai belum tentu mansuh. kita faham,kalau kawasan terlibat sudah jadi bandar macam KK tidak apa,kita akur dan bayar sebab itu aturannya. Dr.MAXIMUS sendiri mengakui KOTA MARUDU kawasan mundur. LIM KIT SIANG pun dalam bukunya The Cries Of Sabahan,nama KOTA MARUDU yang disebut2 sebagai kawasan paling mundur dan dijadikan contoh kepada 'tangisan orang SABAH'. tiba2 muncul 'berita' pungutan 'cukai tanah' sama 'cukai pintu'. patutkah ini? - W

Anonymous said...

MDKM pun masih taraf 'Majlis Daerah' mau kasi kuat kuasa sudah cukai yang sehaluan dengan perbandaran. kalau sudah jadi 'Majlis Perbandaran' atau 'Dewan Bandaraya' barulah ba kasi keluar itu surat pungutan, tapi pungutan pun kasi ngam2 la sama tarikh jadi Perbandaran. jangala,zaman2 kemunduran pun dikira juga.dar dari tahun 60 an dikira itu cukai mati orang kampung. - W

Anonymous said...

Kepada SAM,rungkaikanlah masalah cukai ini, orang kampung tidak faham itu,kami dari jauh pun tidak tau asal usul pungutan cukai ini. ditanya sama orang tua dorang pun kelu lidah tidak terkata. Yuran sekolah orang kampung mati2 mau bantah,ini pula cukai beribu2 jumlahnya.memang kaya Yang Dipertua MDKM. -W

SANGURU said...

ok, SAM akan bantu setakat termampu. Pembaca yang ada kapasiti juga perlulah bantu rakyat. Rakyat bilang: "bukan malawan, tapi adakah patuttt?..."

ILLIE said...

cukai apa yang MDKM mau pungut ni?? cukai pendapatan?cukai pintu?cukai kepala?

Anonymous said...

Baguslah kalau mcm itu,baru hati orang kampung senang. ada 'orang harapan' bilang. Klu mcm ini gayanya, satu masa nanti Ketua SAM ada harapan jadi YB. bukan skrg tapi masa akan datang. bukan tidak suka YB skrg,tapi sebagai seorang pengundi/orang kg,kita mesti tingu itu sumbangan. bukan wang ringgit tapi cara penyelesaian masalah orang kg,bagaimana mendekati orang kg. Klu 3-4 tahun dari skrg, orang kg tau siapa yang boleh kerja sama tida.sy tingu,SAM ikhlas dan bersungguh2. semua alat bantu penugasan pakai duit sendiri tapi tida pernah cakap pasal itu. ini barulah lkhlas. Samada SAM suka atau tidak komen ini,terpulang.ini pandangan peribadi. yang penting teruskan usaha membantu orang kg.-W

Aldusuni said...

suda dapat duit dari org kampung baru kata perancangan... tdk patut, buat dosa dulu baru minta ampun ... yg baik jangan buat dosa. Fikirkan

Mr. Aki Abad 21 said...

ibarat mayat yg suda MATI ampai2 d kasi bada.. baru dapat jawabap; dia mati karana sakit jantung, kejutan ... oleh bunyi timbakan.

SONSOGON said...

taih palat lah kalau sya bayar cukai

Anonymous said...

SIA JANGKA2 ADA PERMAINAN INI BARANG TAU, KENAPA PEMIMPIN DIAM2 KALAU BETUL SAYANG SAMA RAKAYAT? CILAKAK PUNYA PEMIMPIN LAA DIAM2. BUDUHLAH RAKYAT KALAU MASIH PAKAI PEMIMPIN INI MACAM.

Anonymous said...

Bilang DO hanya perancangan awal dan MDKM mau kaji serta maklumbalas dari 'mangsa'.Maklumbalas pun mau RM5 lagi.Klu mau maklumbalas,kanapa kasi keluar surat perintah bayaran cukai, apa salah hantar orang MDKM serta pihak berwajib jumpa sama 'mangsa2' berkenaan. ini tida,'surat' yg datang jumpa.-W

Anonymous said...

Bilang Dr. MAXIMUS,org di BUNSADAN pun belum kana cukai.mimangla,sy pun kalau tinggal sana, tidamau bayar juga. sampai ada bangunan paling randah 10 tingkat,highway,bank2,hospital besar, bangunan2 kerajaan baru saya mau bayar cukai.-W

Anonymous said...

Mana bulih oh MDKM suka2 hati saja mau pungut cukai diKM.Sepatutnya MDKM fikir dulu bah kesusahan org kg. Byk lagi benda lain mau bayar yuran sekolah anak, beli baras, dan macam2.Patut kasi bantuan. tapi ini kasih susah pula...mana bulih oh..Bantah, jgn tak bantah.

Anonymous said...

inilah majlis. hampir semua tempat begini. TAU MINTA, TAK TAU MEMBERI! laknat betullllllll. BANTAH!!!!! Mari ramai-ramai kita bantah cukai yang tidak patut2

Anonymous said...

mana kitorang punya MP dan YB? tak kan kasi biar ini perkara? walaupun itu MP jauh sana KL tapi mustahill tidak bullih call pihak MDKM. tegur bah kalau ada salah. apa guna kamurang minta mandat rakyat? Mandat taik kucing laitu, paling2 Mandat mau jadi urang berkuasa cari kekayaan adalah. atau kamurang tidak berapa kisah sebab...itu kampung bukan kampung kamurang...maklumlah kamurang bukan urang asal2 KM....

*LAIN PUNYA ANONY INI KIO!

NONG said...

aduuuuuuuuuii...
banyaknya Anonymous.hehehe.
Ba..buatlah apa yang patut pada landasan yang betul.

PEACE!!!

Anonymous said...

sekali lagi ini SAM mengada-ngada!

Anonymous said...

oii...anony di atas, rakyat suka apa yang SAM tulis, apa pasal kau asyik dengki kenapa? kau urang MDKM ka atau uranng atasan yang pok duit dari rayat?

ming2elly said...

Duit cukai ini sebenarnya untuk APA ???

Anonymous said...

cakap memanglah senang!

CLOWONG said...

BETULKAH SAM TIDAK RELEVAN?

SANGURU said...

MINTA MAAFLAH YA, SAM HANYA MEMAPARKAN. TIADA UNSUR FITNAH. SESIAPA YANG MAHU TAHU KELUHAN RAKYAT, SILA JUMPA RAKYAT TERLIBAT. KITA AKAN DENGAR LAGI KERAS KUTUKAN/KEMARAHAN...

Anonymous said...

sukung lagi la bah ini pemimpin2. ini la yg kamurang dpt. teda kemajuan, bikin susah rakyat sija.

Anonymous said...

sampai mati pun inda lagi sa mo sukung ni pemimpin2 BN. sampai sikarang pun bnyak kg2 yg teda kemudahan yang baik. tahun 2009 suda sikarang... mo tunggu 2013 baru mo kasi kemudahan asas ka????? cukup la bah... jan la suruh urang kg bayar cukai. wawasan 2020 kunun. tahun 2030 pun bulum tentu lg maju ni KM kalu ada pemimpin ni mcm.

SANGURU said...

kami d taman perumahan sekitar pekan KM rela bayar cukai kr dah agak maju. Wpn servis amat lemah tp kami blh kompromi, tapi klu d kg2 tuuu...hmm, rasanya memang x patut lagi la kena cukai.

SANGURU said...

kami d taman perumahan sekitar pekan KM rela bayar cukai kr dah agak maju. Wpn servis amat lemah tp kami blh kompromi, tapi klu d kg2 tuuu...hmm, rasanya memang x patut lagi la kena cukai.

Anonymous said...

yg inda suka SAM buat karaja kanapa aaaaaaaa ? kalau ko mati mayat ko inda tarabang masuk kubur bah...urang juga yg pikul dan kurik lubang kubur ko 'tanpa nama' kalau sia tau ko mati ....minta maaplah angkat mayat ko...biar anjing makan mayat ko...kurang ajar butul parangai...kacau saja karaja.................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Umar al-Longobi said...

mari bersama kita merevolusikan bumi Marudu! itu saja jalan yg kita ada. sekarang, kita tidak boleh menyanyi lagu jiwang2 lagi. sudah tiba masanya kita nyanyikan lagu2 rock kapak!

CLOWONG said...

Jangan cakap di kampung yang memang tidak sampai itu perkhidmatan MDKM, sekitar pekan pun kureng memuaskan. Dulu mula2 lampun sepanjang jalan sekitar pekan KM semua menyala. Sekarang, sekitar dewan saja.
simpang2 yang sepatutnya memerlukan nyalaan lampu pun tiada sudah..adakah patut! Contoh yang paling katara ialah sepanjang jalan sekitar pekan dari SMK.KM sampai ke simpang jalan ke pejabat daerah dan balai polis, sangat gelap. Kanapa itu lampu inda dipasang? nosorob ka itu bop atau inda kana bayar?
Dengar2 cerita MDKM tidak bayar. Kalau betul ini cerita, memang tidak patut!..
Kalau kamu tidak percaya, jalanlah di tempat yang saya cakap ini pada waktu malam.

Anonymous said...

Kepada rakyat yang tertindas sila buat laporan kepada SPRM...baru MDKM rasa siapa yang kena..... ini rancangan DO, sebab DO yang pengerusi Majlis Daerah.

NONG said...

DO ka Pengerusi Majlis Daerah?
Saya tidak pernah tahu la..
Kalau bil lampu kawasan pekan tidak kena bayar oleh MDKM, itu pun salah DO juga ka?

DO sudah melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin.
Rasanya MDKM dan Pejabar Daerah masing2 ada pentadbir. Takkan pula campur aduk..

SONSOGON said...

kamu masuk sini lah..MDKM punya website:

http://www.sabah.gov.my/md.kmu/2009/mdkmp/LamanUtama.asp

Anonymous said...

Sdri. Nong....Dalam sesuatu Mesyuarat Majlis Daerah.. DO lah pengerusinya (kalau saya inda silaplah)...tapi tanya DO ka...abis kau tu biasa dgn Do bah kan...tapi pentadbiran antara Majlis Daerah dan Pejabat Daerah agak berbeza sedikit.

Tentang DO telah melakukan tanggungjawabnya dgn baik....tanyakah orang kampung yang pernah berurusan dgn Puan DO...buat penyelidikan sedikit (survey) ....apa jawapan mereka.

Jangan marah ya..sabab Sdri.Nong ini penyokong kuat DO ba, jgn pula kasi tau sama DO nanti dia kasi lapas saya tukang sapu....Nanti inda ada karaja saya....kebeluran nanti..hahahaha


PEMIMPIN YANG TELUS LAHIR DARIPADA PRINSIP YANG KUKUH.

Jumpa lagi....