SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, June 17, 2009

DATUK MAX: BAPA INTERNET KOTA MARUDU DAN MALAYSIA

PROJEK DITERIMA BAIK OLEH KOMUNITI
KOTA KINABALU: Pusat Infosti@mosti yang diperkenalkan bagi tujuan memudahkan orang ramai mendapatkan akses kepada pelbagai maklumat menerusi kemudahan internet, mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan di kalangan komuniti sejak projek pertama pusat itu dilancarkan di Kota Marudu Februari lepas. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili semasa menyuarakan rasa puas hati dengan perkembangan itu berkata sejak dilancarkan kira-kira 800 orang sudah dilatih supaya celik komputer, dan 2000 dikenal pasti sebagai pengguna tetap kemudahan yang disediakan di pusat berkenaan di Kota Marudu. " Infosti@mosti membolehkan komuniti memilih akses dan memahami potensi pelbagai teknologi, produk serta perkhidmatan yang disediakan kerajaan, industri dan pasaran dunia" menurutnya dalam satu kenyataan kepada Bernama. " Selain menyediakan akses kepada perkhidmatan online kerajaan, infosti@mosti juga merupakan pusat nasihat online bagi pelbagai maklumat berkaitan teknologi baru dalam bidang-bidang seperti pertanian, industri, e-commerce dan e-services," katanya. Beliau berkata projek infosti@mosti yang disasar bagi meningkatkan kadar celik komputer di kalangan komuniti luar bandar itu juga akan membantu usaha menangani masalah digital divide dalam negara. Ongkili berkata tiga lagi pusat Infosti@Mosti akan dibangunkan di Pekan (Pahang), Pagoh (Johor) dan Terengganu, dan menurutnya sebuah lagi baru saja siap dibangunkan di Petrajaya, Sawarak. Beliau berkata sekiranya semua pusat ini menunjukkan kejayaan yang cukup memberangsangkan, pihaknya merancang untuk menubuhkan lebih banyak pusat itu di bawah rancangan Malaysia ke-10. Sementera itu, Ongkili berkata Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi serta syarikat pembekal infrastruktur internet Red Tone yang terbabit dalam projek infosti@mosti itu, merancang untuk berkerjasama dengan Telekom Malaysia dan MIMOS untuk membangunkan kemudahan internet tanpa wayar di Kota Marudu. - Bernama
Sumber: Daily Express 14 Jun 2009 ( Ahad )
Nota: Tahniah Datuk kerana kejayaan memperkenalkan penggunaan internet secara aktif. Adalah menjadi harapan perancangan untuk menjadikan Daerah Kota Marudu sebagai pusat internet tanpa wayar akan berjaya dilaksanakan. Kejayaan ini nanti akan memberi peluang kepada setiap warga kota marudu untuk menerokai dunia luar dan seterusnya dapat mencari peluang atau mempelajari cara memajukan diri dan memajukan ekonomi daerah amnya. Dengan capaian internet yang baik juga, warga Kota Marudu akan lebih mudah menyampaikan permasalahan mereka kepada pihak-pihak berkenan. Kecelikan dalam penggunaan ICT ini juga akan menjadikan Daerah Kota Marudu, daerah berteknologi. Salam SAM.

15 comments:

Mr. Aki Abad 21 said...

tampat lain ok tampat sendiri ko ..

TOMPINAI said...

Aki..aki..jgn dulu rumasang, perancangan dia baik juga tu..nnti kita minta dia tengok2 si aki ni..hehehe

Little Mike (LM) said...

Internet baik. Cuma aplikasi kemajuan tidak selari dengan aspirasi orang kampung. Kemudahan asas masih ditakuk lama. kemudahan wireless kalau kawasan bandar sahaja capaiannya, objektifnya masih tersasar. Alang2 biar boleh akses satu daerah. jika tidak, manafaatnya menghasilkan jurang. Kalau projek melibatkan peruntukan KEMENTERIAN, mudah sahaja dilaksanakan. Projek kemajuan yang melibatkan peruntukan khas kepada YB, susah sangat nampak di desa. kenapa?

SONSOGON said...

harap2 boleh akses internet 1 kawasan Kota Marudu termasuk tampat sya sana bukit.bikin panat bah salalu turun KM hanya untuk akses internet.apa2 pun ok juga lah projek si Datuk Max ni.diharap dengan adanya kemudahan ini bilangan pengguna internet di Kota Marudu akan bertambah.

cuma sya mau pesan sama Datuk Max,nasihat2 kan lah orang2 tertentu yang kerja dengan MOSTI.macam tidak berapa mesra dengan orang2 kampung seperti sya.

Mr. Aki Abad 21 said...

aik nah ko sonsogon, satu barisan kita ini x sama2 mau cakap sama c max ini .... pindik kata; kita mau bukti...jangan cakap saja, talinga kta bukan talinga pakak bah..bahasa macam ini suda kali2 kta dangarrrrrr

SANGURU said...

ya. SAM dah beri gelaran "BAPA", sebagai "BAPA", cakap kena dikota. Anak-anak saya percaya kepada saya sebab apa yang saya janji kepada mereka saya tunaikan. Kadang2 lebih awal, kadang-kadang ngam masa, kdg2 pula terlewat sikit (maklumlah budget kdg2 lari sikit). Klu saya lewat, itu bukan saya buat-buat (utk memancing/mnipulasi), mmg itullah tahap kemampuan saya. Orang politik macam mana???...

Umar al-Longobi said...

tahniah datuk max!

bagi sy, lebih baik ada drp tiada langsung. hehe.. apb lahirnya generasi celik IT di KM, sy percaya bhw rakyat KM akan lebih matang dan bijak memilih pemimpin mereka pd masa akan datang.

nota: harap2 jgn sampai senjata makan tuan. ;)

Inan Sokid said...

Aki..jgn rumasang sama si sonsogon...lama suda ba dia tungu yb pasang wireless wifi sna rumah di bukit tapi tidak sampai2 jga. jdi kalau ini jdi, senanglah dia tia payah turun sna pakan..tpi mcm mna mau kasi idup komputer songsogon? ada letrik jgaka? tak kan pakai batiri everede?...

SONSOGON said...

inan sokid,
jgn kau main2 sana.ada generator basar bah tampat kami,tokey balak seribu daya sama hap seng kasi tingal nah ada benjin buli kasi idup lah.

Inan Sokid said...

Bagus suda tu songogon klu ada generator tpi siapa kasi beli benjin? Ko kasi sponsorkah benjin? buli tahan ba ko ini. Tiada Kamuurang minta bantu sama ybkah beli benjin?

Mr. Aki Abad 21 said...

bukan mara sama sonsogon bah... mara sama itu YB kita urang.. baguslah bah itu kalau ada dia pasang manaraaaa wireless wifi sanaaaa burul bin bukit sanang juga urang2 bukit ... mangadu langsung pada PM

kamik urang bukit..ribu kali suda bah d kasi janji tarang bulan.. jadi salagi bulum ada itu barang...bagus diam2 inda paya tapuk tangan kesukaann...

SONSOGON said...

inan sokid,
miskin2 kami sini pun kalau satakat benjin buli lagi mambali.inda payah lah minta sama YB.

Mr. Aki Abad 21 said...

butul itu sonsogon...kita yg musikin2 inipun ada juga kamaluan bah, balik2 minta pada yb...

kalau banjin saja, masi buli pakat2 bali barang 1,2 lito 1 urang.

SONSOGON said...

harga minyak sudah murah,sanang sikit lah kami mambali benjin

PILIS said...

BA APA LAGI DATUK MAX...
KASI BUKTI KO PUNYA CAKAP. KALAU MAX WIFI YANG SIKARANG INI, LANGSUNG TAK DAPAT O.

KAMI URANG SALANG SOKID CABAR DATUK SUPAYA BUKTIKAN CAKAP DATUK INI DALAM TAHUN INI JUGA.JANGAN TUNGGU TAHUN DEPAN SEBAB LAMA2 HILANG TERUS ITU.