SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, June 16, 2009

DISEBALIK AKAL DAN FIKIRAN, HATI DAN PERASAAN

Setiap insan bergelar manusia adalah golongan yang terdiri daripada cerdik pandai, mulia, hina dan bermacam kategori boleh diberikan... sebagai pengenalan saya, ingin saya kongsikan konsep pemikiran saya bersama anda, boleh kah kita fikiran perbezaan perkataan berikut ; 'AKAL dan FIKIRAN' -------> 'HATI dan PERASAAN' Salam pengenalan disebalik tabir alam maya... '

6 comments:

Umar al-Longobi said...

salam pengenalan.

ini soalan menguji namanya ni, hehe. bagi sy akal & hati adalah wadah/wasilah. sementara fikiran & perasaan adl operasinya.

bagus, teruskan!

SANGURU said...

Macam persamaan Kimia. Lama sudah saya tidak mengajar kimia. Cuma prinsipnya tetap saya ingat: HARUS ADA KESEIMBANGAN. Maksudnya: akal, fikiran, hati dan perasaan mesti seimbang. Cth: ada akal, mesti difikir dulu, baik atau tidak, sesuai dan tepat masanya. Hati jg mau baik dan mementingkan perasaan sesama manusia. bla...bla...

Sebagai ahli baru SAM, tuan akan ikut memikul tugas yang nampak ringan tapi berat. Berat kerana pembaca menantikan entri yang ada makna, ada faedah, berfakta, sopan...sederhana tapi menarik. Kita dalam SAM tiada birokrasi yang ketat sangat. Yang mengawal sepenuhnya diri kita adalah diri kita, bukan tekong. Matilah tekong kalau asyik kawal semua perkara. hehehe....

MENULISLAH. UMPAMA INTIPATI KATA LITTLE MIKE: "BIAR TAK NAMPAK MUKA, NAMPAK TULISAN..."

Little Mike (LM) said...

akal, fikiran, hati, perasan memiliki cakupan tersendiri menurut persepsi linguistik atau disiplin semantik. Pendekatan psikologi lebih mencerakinkan atau 'melarutkan' makna jauh ke 'fizikal' kata.

secara sepintas lalu, saya mengambil gabungan kata iaitu akal fikiran vs hati dan perasaan.

akal fikiran = menjurus kepada wacana minda

fikiran dan hati = cakupan emosi dan reaksi

gabungan elemen ini penentu kepada apa sahaja gagasan dan survival. Baik tidak semestinya benar. Benar tidak semestinya berhasil. Jahat tidak semestinya buruk. buruk tidak semestinya kotor. tepat tidak semestinya sesuai. Sesuai tidak semestinya menjadi.. dan bla..bla..bla hehe

seperti kata sanguru KESEIMBANGAN itu penting.

Anonymous said...

setuju dengan LMike dan Sanguru..
Yang penting, akal & fikiran jangan sesekali dipandu oleh hati..:)

TOMPINAI said...

betul...betul...betul..kata ipin
keseimbangan untuk kedua-duanya, maka baru akan terhasilnya idea yg baik.

JMimie said...

Teruskan mencoret sdra...sya menanti sambungan huraian hasil percambahan minda yg menarik ini...bravo!