SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, June 22, 2009

Disebalik Diari dari Kampung....

Baru-baru ini, saya pulang ke Kampung. Apa yang saya dapati, setiap kali pulang ke kampung ramai rakan saya akan bercerita pelbagai topik menarik, namun kali ini kepulangan saya bersama keluarga di iringi oleh 7 orang kenalan saya yang datang dari jauh untuk menghabiskan cuti hujung minggu, almaklumlah dorang ni 'first time' datang ke Daerah Kota Marudu semata-mata untuk 'tenangkan fikiran lah katakan'... Disebalik kedatangan mereka, pelbagai cerita rakan-rakan sekampung mereka dengar. Mulanya saya agak KEKOK untuk menerangkan namun, biasanya golongan orang terpelajar akan cepat tahu melalui penyampaian, point cerita dan gaya bahasa dituturkan.. Antara topik tersebut ialah, Jambatan Gantung Runtuh di Kampung Goruntung yang belum pun siap sepenuhnya, Bekalan air bersih sampai sekarang belum disalurkan oleh pihak berkenaan di Kampung Marasinsim, walaupun telah 4 kali berjanji, Pembuangan sisa buangan Kilang Sawit di Kampung Bengkongan, Pembinaan Jalan Kota Marudu-Poring, Pembinaan Kilang Kupang di Tanjung Batu, Masalah Jalan di Pitas-Kota Marudu kurang kualiti dan pembinaan Pusat Latihan Dakwah di Kota Marudu. ..dipendekkan cerita... rasanya malang sekali mereka mengetahui topik ini, kerana mereka terdiri daripada 'KETUKAN PINTU', 'PENJAGA KUNCI' dan 'BURUNG GAGAK'..namun apa boleh buat... tak sengaja. Sama-samalah kita tengok lepas ni apa akan berlaku lagi..... HaRaP-HaRaP gArIsAn PuTiH yAnG bAnYaK dIaTaS jAlAn RaYa kEkAl dAn TiDaK PaDaM oLeH aIr HujAn.

2 comments:

SANGURU said...

Sebelah2 Utara Sabah ni mmg perlu lebih perhatian daripada pihak kerajaan negeri/persekutuan. Pada masa yg sama rakyat mesti "buka minda" dan "upgrade minda".

Rajin2 la baik Kg, tuan...

Umar al-Longobi said...

itulah realiti bumi di mana darah kita pernah ditumpahkan. kalau bukan kita yg ada sedikit kesedaran ini bersuara, siapa lagi? apapun, apa yg ada kita amat syukuri.. teruskan Dinakan!