SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, June 6, 2009

FASA KE-2 UNDIAN PROJEK INFRASTRUKTUR

Kota Kinabalu: Fasa kedua undian peringkat negeri bagi projek infrastruktur awam ( PIA ) dan projek infrastruktur asas selenggara ( PIAS ) bagi kontraktor Bumiputra akan bermula pertengahan bulan ini. Pegawai pembangunan Sabah, Haji Matusin Sunsang berkata, sesi itu akan bermula dengan bahagian Sandakan (Beluran, Kinabatangan, Tongod, Paitan dan Telupid ) di mana proses undian akan diadakan di Dewan Seri Lamag, Kinabatangan, pada 16 Jun. Katanya, bagi bahagian Tawau ( Lahad Datu, Kunak, Semporna, Tawau Municipal Council dan Tungku ) undian akan diadakan di Dewan Masyarakat Semporna pada 18 Jun, sementara bagi bahagian Kudat ( Banggi, Kudat, Pitas, Matunggong dan Kota Marudu ) undian akan dijalankan di Dewan Masyarakat Pitas pada 23 Jun. Bahagian Kota Kinabalu 1 akan diadakan pada 25 Jun di Pusat Kebudayaan Penampang dan Kota Kinabalu 2 pula pada 28 Jun di Dewan Masyarakat Ranau. Bahagian Beaufort di Dewan Serbaguna Sipitang pada 30 Jun sementara bahagian Keningau di Dewan Masyarakat Tambunan. Jadual waktu untuk pendaftaran dan pengundian di semua bahagian adalah sama, kata Matusin dalam satu sidang media di Pejabat Pembangunan Sabah ( SDO ) di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini pada Khamis. Pengundian akan dilakukan SDO bersama Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Pejabat Daerah di mana ia dijalankan. " Sabah menerima peruntukan daripada kerajaan persekutuan di bawah bajet mini yang diumumkan baru-baru ini sebanyak RM85 juta, penerima kedua tertinggi antara negeri-negeri, bagi pelaksanaan kedua-dua jenis projek tersebut," katanya. Daripada jumlah itu, RM25.5 juta adalah untuk pelaksanaan PIA dan RM59.5 juta untuk PIAS. Fokus kali ini ialah projek berasaskan rakyat, sejajar dengan aspirasi kepimpinan baru - RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. " Pelaksanaan projek-projek ini akan mengambil masa, antara empat hingga lapan minggu, maka saya berharap para kontraktor yang berjaya akan memberi komitmen penuh mereka untuk menyiapkan projek masing-masing mengikut jangka waktu yang diberi kepada mereka." katanya. ( Sumber: Daily Express )

2 comments:

tulunpitas said...

cabutan projek lagi ah..
lumayan kontraktor2 kita ni. tidak heranlah kalau ada yang dapat kontrak lebih dari 1 sebab durang2 juga.
kenapa tiada usaha mau bagi projek sama Badan JKKK?

Anonymous said...

Badan JKKK ka..bukan badan JKKK sama saja buhung dia tu, ada yang tau makan saja tapi tidak cuci piring...Apa jadi urg kampung kalo begitu kejadiannya??