SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, June 12, 2009

"JALAN-JALAN CARI KAWAN..."

"...PENJAJAHAN MASIH ADA, PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN..."

-Sanguru

(Catatan ini mengandungi beberapa "part" yang tergantung/disamarkan kerana tidak sesuai dipaparkan secara menyeluruh. Biarlah RAHSIA dulu...)

Okay, saya mulakan tulisan saya kali ini dengan kata pujian kepada seluruh staff SAM kerana begitu proaktif menulis sejak kebelakangan ini.

Bagaimana menyambung cinta opsss…cerita yang putus?...masih ingat cerita yang saya post dari Keningau? “ Bila Manusia Seumpama BA…”. Keesokan harinya saya ditemani oleh “driver setia” saya (bekas askar yang bertaraf “komando”) meneruskan perjalanan ke Ranau melalui Tambunan. Di Tambunan saya menemui Mohd. Jihad Abdulah, saudara sekampung yang telah lama tidak ditemui kerana mereka sekian lama “berpindah randah” selepas mendirikan rumah tangga (dan memeluk agama baru dari agama nenek moyang) . Kisah mereka ini sangat menarik namun saya tidak mahu membuka epoisod lama yang mungkin boleh membuat parut lama berdarah kembali. Syukurlah, berkat daya usaha dan tawakal, keluarga pasangan ini sudah boleh dianggap “sempurna”, dan dari kepetahan beliau bercerita pasal agama (Islam), ternyata ilmu di dada beliau jauh lebih mendalam berbanding ‘sang kembara” kerdil ini.

Di Tambunan saya sempat bersholat Jumaat, dan selepas itu dijemput makan tengahari oleh saudara Mohd. Jihad di rumah beliau. Banyaklah cerita yang keluar, antara yang menarik ialah tentang sifat liberal dan “gentleman” Datuk Seri Panglima Joseph Pairin B. Kitingan terhadap agama Islam. Menurut beliau, “huguan siou” itu “ringan tangan” untuk membantu aktiviti-aktiviti keagamaan (Islam). Jadi tidak hairanlah mengapa beliau dari dahulu hingga kini diterima oleh semua lapisan masyarakat. Tambahan pula, menurut Mohd. Jihad, salah seorang saudara kandung “Huguan” beragama Islam.

Selepas menemui Mohd. Jihad, saya dan “driver setia” saya meneruskan perjalanan ke Ranau kerana program khas bersama NGO telah diatur di sana. Dari dulu "bekas komando" inilah yang setia menemani saya "jalan-jalan cari kawan" seluruh Sabah.

Dalam perjalanan, kami “menyempat” untuk menziarahi MEMORIAL DATU PADUKA MAT SALLEH di Kg. Tibabar, Tambunan. Pada buku catatan pelawat saya tulis: “…penjajahan masih berlaku, maka perjuangan perlu diteruskan…”(Tidak percaya? Boleh periksa di sana…). Pembaca yang pernah melawat memorial itu tentu sudah maklum apa di dalamnya, antaranya gambar-gambar kemerdekaan, catatan perjuangan Paduka Mat Salleh, “baju kebal” (pastinya Cuma replica), senjata, batu asah, catatan pertempuran dan sebagainya. Sebelum melangkah pergi, saya beri tabik hormat. Saya kata kepada “driver” saya, apa salah kita beri tabik hormat? Kita dalam tentera dulu kena tabik hormat Kapal Diraja (KD)…mengapa tidak kepada Memorial pejuang ulung negeri kita? ‘Lulusss tuannn…” jawab “driver” saya.

Kami pun meneruskn perjalanan ke Ranau. Jalan masih teruk kerana masih dalam proses naik taraf. Sesekali kami bercerita tentang perjalanan beribu batu Paduka Mat Salleh berjuang keliling Sabah menentang penjajah. Cuba bayangkan betapa sengsaranya Paduka Mat Salleh berkelana mencari pengikut, berhijrah dari satu lokasi ke satu lokasi sambil dikejar oleh para penjahat yang bersekongkol dengan penduduk tempatan. Sekejap ke Pulau Gaya, sekejap ke Pulau Jambongan, Sekejap ke Inanam, Ke Ranau, Ke Tambunan dan entah di mana lagi. Menurut satu sumber, Paduka Mat Salleh juga pernah mencari penyokong hingga ke Kota Marudu…Dan kena ingat, tahun-tahun 1900-an tidak ada “hilux” untuk dinaiki oleh Paduka Mat Salleh menjelajah hutan belantara dan banjaran Sabah…

Di Pendekkan cerita, sampailah kami di Ranau. Menginap di sebuah motel murahan saja. Sebab pastinya, kami lebih banyak menghabiskan masa di luar berjumpa dengan pejuang-pejuang sebelah Ranau. Sebelum menemui NGO sebelah Ranau, saya menghubungi “orang kuat SAM’, siapa lagi kalau bukan “pemilik lensa minda”. Saya ajak beliau bermesyuarat bersama NGO Ranau pada malam itu.

Dipendekkan cerita, mesyuarat pun habissss….kami sambung sembang di kedai kopi. Kemudian bubar. Saya hantar SU Persatuan Hokkian Ranau ke rumahnya kemudian ke rumah pakcik ‘R” di kg. Lohan. Banyak cerita sampai jam 3 am. Tapi jangan risau, “KAMI BUKAN AHLONG, KAMI HANYA MAU TOLONG”….

Tiba di bilik penginapan sekitar 3.30 am tapi “driver” pula sambung cerita. Dan nak lelap pun jadi susah selepas itu kerana ada “bunyi-bunyi” sebelah menyebelah bilik yang “adessss….bikin kacau fikiran!”. “Kababak dot zikir oi tuan!...” bilang “driver” saya. Dekat-dekat hari mau siang baru terlelap.

Tiba-tiba pintu diketuk bertalu-talu. Saya terjaga. Saya tengok jam tangan. Pukul 8.45 am. Ngantuk bangat masih! Saya buka, dan ternyata “YB” Aziz (saya panggil beliau “YB” sebab beliau antara calon pilihan Datuk Pairin untuk NXX tapi atas sebab tertentu (yang saya pun tidak mahu ceritakan) orang lain yang kekal).

Menurut “YB” Aziz, Datuk Hj. Jirin (YB era Parti Berjaya) mau jumpa sebelum saya balik Marudu. Saya kata; “ok, tuan duluan, nanti kami menyusul”. Itu ini, begitu-begini, kami pun “check-out” lebih awal. Dan dipendekkan cerita, cerita pun berbunga-bungga di Restoran Muslim, Ranau. Antara cerita tentang kelemahan prosedur pengambilan tanah untuk tujuan pembinaan jalan baru KM-Ranau. Menurut Datuk Hj. Jirin, masalah ini boleh dielak jika ikut prosedur dan "masalah kecil diselesaikan lebih awal". Saya tersenyum saja kerana teringat kisah Jalan Tandek-Longob yang juga bermasalah. Banyak cerita lain yang lebih menarik tapi lain tahun saya cuba cerita.

Setelah habis perbincangan, kami pun bubar. “ InsyaAllah, 5 hb Julai kita jumpa di KK. 6 hb program kita di Putra Jaya. Semua sudah diatur!” kata Datuk. “Lulussss…” jawab saya.

Saya dan “driver” setia saya pun meneruskan perjalanan ke KB pula. Melintasi banjaran Kinabalu, “driver” saya menceritakan kisah grup mereka yang menyelamatkan “4 komando antarabangsa” yang sengaja (?) menyesatkan diri mereka di gunung Kinabalu. Pembaca masih ingat kisah ini? Menurut “driver” saya, beliau tidak percaya mereka sesat. Beliau percaya mereka ada “misi khas” yang hingga sekarang masih jadi tanda Tanya. “Inda kau sepak saja komando bikin susah itu!” kata saya. “ Ada juga saya sepak mereka dalam gelap,” katanya. “Bikin penat orang cari. Mengadai nyawa kami turun pakai tali dalam kegelapan. Gara-gara itu barang komando antarabangsa, saya tak dapat balik berhari raya di kampung. Cuti ditarik balik, kena suruh ops menyelamat…” “driver” saya bercerita. Tiba-tiba cerita kami beralih dari perjuangan politik kepada kisah dulu-dulu semasa masih “pegang M-16”….banyak yang bikin lucu. Yang tak dapat dilupa, begini: …bila skuad balik dari operasi, apa lagi, berebut-rebutlah skot-skot bergayut di telefon awam dalam kem. Yang bikin lucu bila dengar ada seorang skot cakap begini kuat-kuat: “ yang…bagilah budak-budak tu main…biar penat, biar tidur awallll…” – adessss…”umbal ketahanan…” (slang orang Banggi)…

Okay laa…saya tamatkan catatan ringkas perjalanan “jalan-jalan cari kawan” ini. Di Kota Belud tiada yang menarik sangat. Tak sempat ziarah Dr. Nelson di ACS kerana “KM terasa memanggil-manggil sudah…” (KM kah Bini? Hehehe…). Namun….ada yang menyedihkan – dalam perjalanan balik ke KM itulah saya menerima sms mengenai Ustaz Baharuddin Mardia terlantar tenat di QEH….dan kemudiannya pergi menemui Khaliqnya beberapa jam kemudian. (Setiap yang hidup, pasti akan mati). Malam itu juga saya menghubungi sdr. Nazri dan mengesyorkan agar beliau menulis artikel khas tentang “PERGINYA SEORANG PENDIDIK…”. Dan saya menerima laporan bahawa malam itu juga perutusan takziah khas disiarkan dalam SAM. Malam itu juga saya ziarah dan keesoan harinya pula saya jadi "tekong" (tukang urus-urus) gali kubur (atas permintaan pihak isteri arwah).

Hmm…demikianlah kehidupan kita. Bikin lucu kalau difikirkan. Berabis kita berjuang itu-ini, akhirnya dunia ini kita tinggalkan, atau dunia yang meninggalkan kita. Namun, mrilah kita memilih bersikap “optimistic” bahawa kita diperlukan untuk menjadikan kehidupan ini dan dunia ini lebih aman, agar kita dapat hidup lebih tenang dan harmoni. Ingat sahabat, tugas kita di muka bumi ini, bukan setakat tidur dan makan….atau bukan sekadar mengumpul harta….SDR/I TAHU APA TUGAS UTAMA KITA…

Maka saya sudahi catatan ini dengan kata keramat : “TERUSKAN PERJUANGAN SELAGI PERJUANGAN ITU MASIH DIPERLUKAN…”

6 comments:

Little Mike (LM) said...

menarik kronologi kembara perjalanan tuan. Rasanya banyak yang boleh dikongsikan dan mampu mencambah idea bila diperlukan nanti...

Jauh perjalanan, luas penglihatan, menambah pengalaman. Berjuang terusss...

JMimie said...

santai, bersahaja tetapi penuh dengan makna perjuangan...

Mr. Aki Abad 21 said...

aik nahh pandikar2 mau kaluar suda oooo ( kawan2 mr. aki dari bukit pun mau kaluar suda ooooo tingok2 buluk si aki )

ming2elly said...

ada kah lagi cerita tentang 4 orang komando antarabangsa tu ah? macam menarik pula....

SANGURU said...

LM, ada kesempatan kita boleh jalan2 cari macam2. hehe.
Mie, biasalah...santai2 saja bah. Buat apa kelam kabut...
ming, x tau apa cerita lnjut. "Pihak atasan" saja yang tahu tu. Biarlah bah dorang, bikin susah betul...

Carl S. Adun said...

Knapa inda call guru...aku di Tambunan jga...Macam kanal si Jihad Abdullah nie..mcm kemarin sia ada terserempak dgn dia di rsetoran Hasnah Tambunan..mungkin dia