SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, June 12, 2009

Jangan Tunggu Sehingga Ada Nyawa Melayang.

www.morionexpress.blogspot.com Tahniah! Jalanraya aspal Tandek akhirnya menoktahkan episod bebatuan dan habuk berterbangan yang selama ini menjadi selimut debu kering kepada para pengguna jalanraya. Sekalipun masih bermasalah jalan aspal putus-putus di beberapa bahagian akibat kontroversi isu penurapan jalan, sekurang-kurangnya permulaan baik sudah ada.
Masalah jalanraya mungkin mulai menemui jalan penyelesaian. Masalah lain timbul. Sepanjang cuti saya seminggu lepas, berlaku tiga insiden kemalangan melibatkan pengguna jalanraya vs haiwan ternakan. Terbaru, hari Ahad lepas (malam Isnin) kemalangan berlaku di laluan Kg. Morion, membabitkan kenderaan motorsikal yang mengakibatkan pembonceng cedera dan pemandunya patah bahu. Mengejutkan, kerbau yang berlanggar dengan motorsikal mati di tempat kejadian. Ikutkan kisahnya, pemandu merendahkan lampu untuk mengelakkan gangguan pandangan pemandu kereta dari arah bertentangan. Bila lampu dinaikan, terus bertembung dengan kerbau yang santai di tepi jalan menikmati sisa bahang siang hari. Antara masalah penyumbang kepada insiden ini ialah laluan gelap tidak berlampu selain haiwan ternakan yang terbiar berkeliaran waktu malam. Senario begini biasa di kampung-kampung. Mungkin pihak berwajib belum memikirkan keperluan lampu jalan atas alasan komersil. Biasanya mereka katakan, kos tinggi untuk lampu jalan sedangkan ia cuma satu laluan menelusuri kampung. Satu 'pelaburan' tidak berbaloi. Bagi mereka, kos jana kuasa perlukan pulangan komersil. Sebagai contoh, lampu jalan hanya didirikan di kawasan yang ada industri atau sebarang aktiviti melibatkan kepenggunaan elektrik berkapasiti besar. Mereka ini disifatkan sebagai 'client' yang boleh membantu secara timbal balik mengurangkan beban kos elektrik yang ditanggung kerajaan. Inilah masalahnya konsep 'jana prasana mesti ada untung'. Bukan tidak baik, cuma mengabaikan banyak aspek. Jika lampu jalan dilihat belum ada 'keperluan', berikan perhatian kepada aspek lain melibatkan keselamatan pengguna jalanraya. Sebagai contoh; 1. Bina bonggol (bumper) beserta garis kuning/putih yang menghampiri simpang utama jalan masuk ke setiap kampung untuk memperlahankan kelajuan kenderaan. 2. Mendirikan papan tanda kawasan melibatkan sekolah, klinik desa atau perkampungan 3. Mendirikan papan tanda beramaran kawasan 'hot spot' haiwan berkeliaran 4. Mendirikan papan tanda had kelajuan 5. Rondaan oleh polis peronda (car patrolling) sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan 6. Memasang cermin di selekoh tajam (Selekoh Tingkalanon misalnya - itu pun kalau pelan 'bengkok' tetap diteruskan) untuk panduan para pemandu dari dua arah bertentangan Sebaik-baiknya, pihak berkenaan kena usahakan juga lampu jalan. Keselamatan pengguna perlu diberikan perhatian sebaik-baiknya. Jangan tunggu sehingga berlakunya kehilangan tragik di atas jalan. Desa akan kehilangan bakti permata. Kemajuan pembangunan seharusnya terus menganjakkan prestij, bukan menelan nyawa.

24 comments:

Anonymous said...

ni lagi satu... cakap buli saja. Kau punya sumbangan apa? kelibat pun teda nampak...

SANGURU said...

saya boleh terima/memaafkan mr. Mike kerana "kelibat pun teda nampak" kerana beliau berkerja di rantauan. Bukan kemahuan beliau dan kaum kerabat kita mau kerja jauh2...namun...apakan daya...apa kerja disediakan dikampung2 kita? - SOALAN YANG PERLU DIFIKIRKAN OLEH PIHAK BERKENAAN.

Saya jua boleh maafkan Mike kerana "hanya cakap", kerana kapasiti beliau tentunya hanya mampu bercakap setakat ini. Kalaulah Mike ada kuasa atau "jutawan", saya rasa beliau boleh buat sesuatu setidak2nya di kampung beliau.

Saya boleh maafkan sesiapapun antara kita jika tak mampu "buat banyak" kerana kita tidak berhutang kepada "undi rakyat". Duit kita halal dari keringat. Kita naik bukan diangkat sesiapa. Tapi agak sukar memaafkan "sesiapa" yang naik atas simpati orang lain, angkatan orang lain tapi ternyata..."KELIBAT PUN JARANG NAMPAK...CAKAP PUN JARANG KEDENGARAN...HANYA SEMASA KEMPEN MERAIH SIMPATI RAKYAT..."

Tq anon, kerana sdr/i maka komen ini pun keluar. Maksud saya - soalan memandu. Positif bagi saya/kami di SAM.

Kpd. LM - PONULIS NOPOH, NUNU NOPOH. KADA KOROSI.

TULUN KIMARAGANG said...

sdr/i anon,ko tanya apa sumbangan si penulis? artikel dia ni kira 1 sumbangan besar juga bah..penulis telah memberi tahu masalah yang dihadapi dengan harapan agar pihak berkenaan dapat membaca artikel ini.sudah tentu mereka akan mengetahui masalah tersebut yang selama ini mereka tidak nampak.

jangan cepat melatah apabila membaca artikel2 yang berkaitan dengan Tandek.

kalu ikut adat dalam mana2 blog,org yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai anon seharusnya tidak ada hak untuk membuat komen tapi kita bersyukur lah sama admin2 blog SAM ini kerana memberi kelonggaran untuk siapa sahaja membuat komen.

sebelum memberi komen,cerminkan diri dulu.tanya pada diri sendiri,apakah diri sdr/i anon memberi sumbangan besar kepada kawasan Tandek?

last sekali saya mau cakap..kalau sdr/i bukan orang Tandek..bagus2 diam2 lah jgn kacau..tapi kalau ko org Tandek..memang celaka lah keatas dirimu.

Tompinai said...

hei mr anoy!
jgn tanya sumbangan org tpi tanya sumbangan sendiri kepada tempat sendiri,masyarakat dan seterusnya.
biarpun LM diperantauan tapi LM masih melihat akan masalah daerahnya.
itu lebih baik drp yg lain2...mudukut sja...
FIKIR DULU SEBELUM BERCAKAP

Little Mike (LM) said...

Sdr Anon..
terima kasih kerana mengingatkan saya akan sejauh mana langkah kecil ini. Saya sememangnya sedar satu apa pn tidak ada apa-apa yg saya lakukan di bumi lahir sendiri. Dengan hati terbuka, saya menerima kata-kata sdr dan menginsafi bahawa diri ini belum pernah berbakti sebagai anak desa...

Hati saya terluka bukan kerana kritikan sdr tapi rupanya mmg betul dan benar la saya tiada sumbangan. Saya tetap akui itu. Minta maaf Tandek.

di dalam segala kekurangan dan kelemahan saya, saya masih sekurang-kurangnya dapat mempergunakan panca indera saya bertindak melalui reaksi penulisan setakat yg termampu. Selagi akal masih mampu dan waras, ini la waktunya saya menghargai hikmah pemberian jasad ke arah agenda yg membantu.

Saya memandang sdr sebagai seorang yg kritis. Sikap sdr sebenarnya kalau dilihat dari sudut lain, seorang yg berkemampuan menggali semangat yg terpendam dan ini cabaran untuk saya. Tujuan di sebalik kenyataan saudara jga jika ikut penilaian saya ialah bermaksud 'membangkitkan potensi' melalui cabaran sedemikian rupa. Jika saya gagal dari segi ini, saya tidak mahu GAGAL dalam memberikan sokongan kepada rakan2 yg lain.

Terima kasih sdr. Bersama-sama la kita membangun dan membantu satu sama lain... Muafakat minda membawa berkat


Sanguru..
Terima kasih tuan kerana membuatkan saya rasa 'lega' sementara saya melihat diri saya tidak pernah berbakti di tempat sendiri. Jika saya gagal berbakti, saya masih tidak mahu gagal dalam menulis.

TULUN KIMARAGANG...
sangat menghargai sokongan tuan...

***Kepada tekong SAM, Staff SAM, rakan2 bloggers dan pembaca sekalian, sudi-sudi la kiranya beri tunjuk ajar kerana anda adalah 'guru kehidupan' di antara lipatan hayat saya.

JMimie said...

Beginilah jiwa pejuang sejati yang kita mahu. Tetap proaktif dan bukan reaktif sekalipun dicabar oleh kata2 pedas sementara sindiran tajam berjaya dipositifkan arahnya sehingga menimbulkan potensi permata yang lebih menyerlah sinarnya dan semakin membangkitkan semangat perjuangan dengan penuh kerendahan hati.

Terus berbakti ke arah kebaikan bersama SAM. Tahniah semua.

ison said...

Terima kasih anonymous.

Saya juga mengaku 'cakap buli saja. tiada sumbangan. kelibat pun tiada.'

Cuma seperti kata sanguru, saya dan seluruh warga SAM tidak minta simpati rakyat sampai kami di tahap ini. kami tidak pernah berhutang undi rakyat untuk perjuangan kami setakat ini.

Sesiapa pun boleh berkata SAM hanya menyemak saja, tapi syukur kerana ramai juga orang yang senada dan seirama dengan lagu kami.

Oleh itu, sekalipun perjuangan SAM dipandang serong oleh golongan orang tertentu, tidak mengapa. pejuang yang sejati tidak cepat melatah dan melenting bila dicabar. sebaliknya kami bersyukur kerana rupanya ada juga orang yang mengukur sumbangan kami selama ini.

Ayuh kawan2 kita teruskan langkah perjuangan ini kerana perjalan kita masih jauh...

Little Mike (LM) said...

Jmimie...
Terima kasih kerana mendorong begitu ikhlas. Kekal kukuhkan semangat. SAM perlu terus bersuara...

Ison..
benar seperti kata doc.. perjalanan masih jauh. Melangkah la terus kerana ia mendekatkan SAM kepada kejayaan agenda..

Mr. Aki Abad 21 said...

tanpa nama d atas; kou punya sumbangan, cuba kou carita pada kamik pulak ...

supaya kamik dapat bagi pangkat datuk atau tansri...

kou saja bah pulak menyumbang ini..

Mr. Aki Abad 21 said...

pindik akal urang indada nama ini...kalau tulun kimaragang bagi ko sebiji inda cukup bah.... kou tungu mr. aki bagi pukulan mati.....

Anonymous said...

ba... kalau itu kau punya pandapat, sya terima. Cuma jangan cakap saja tapi bikin juga. itu saja...

TOMPINAI said...

anony,
rasanya kamu tidak suka bila sesuatu masalah yg berkaitan dgan kwsn anda disuarakan. apakah ini menunjukkan anda ingin anda yg menyuarakan?
SAM hanya menyampai dan yang menyelasaikan adalah yg berkenaan tapi andai kata pihak yang berkenaan memberi dana yg secukupnya pasti SAM akan buat ikut yg sepatutnya.

Lihat dengan mata hati, buka minda anda.


salam SAM

Mr. Aki Abad 21 said...

indada nama. kou ini kan ibarat suda kana pukul habis2an, baru kou kata tarima pandapat urang... awal2 kou inda pikir apa yg kou mau cakap...kou ini saparu manusia dan karabau bah...bikin kasiannnn butul...

mr. aki ini pun inda juga kajam kalau inda d kasi dulu2an bah... air mata tua mr. aki pandai juga jatu kalau urang suda minta maap... macam kou ... tapi apa buli buat kou yg cakap inda katantuan sama bangsa kou sendiri, tampat kou sendiri...

kalau mr. aki punya sumbangan pd nagara ...nah ini dia ada 4 bini anak2 ramai sebahagian suda mangatur ini nagara..jadi banyak bini juga sumbangan bah kan...

rakyat malaysia bulum cukup banyak spti karajaan sasarkan...jadi berbini 2, 3 atau 4 ini juga sumbangan, pasal kasi banyak rakyat...

tulung angkat mayat urang mati juga sumbangan, kasi doa pun sumbangan....

SAYA said...

Waah..panas pula SAM hari ini.Terus terang saya sangat terluka dengan ulasan anon.Yalah,lidah memang tidak bertulang tapi sebelum meluncurkan kata2 sebaiknya kita fikir dulu.

Anon,rasanya ko ni dari kalangan pihak berwajib yang sepatutnya buat ini kerja ba kan?kalau tidak masakan terasa,Penulis bukan menghentam kamu atau mana2 pihak,cuma sekadar memberikan pandangan sebagai rakyat dan rasanya pandangan penulis berhubung perkara ini juga merupakan SATU SUMBANGAN ke arah memperkasakan kamu tapi nampaknya kamu lebih ikut hati..

Kalau kamu tidak mahu buat kerja, berhenti saja ba.Cuba beritahu dengan pihak atasan kamu yang kamu mahu berhenti dan minta kami ganti tempat kamu.Kita tengok siapa yang boleh buat kerja.

BODOH punya Anon..PENGECUT! kalau ko berani jangan pakai nama anon ba.

Lem - Borneo Post Journalist said...

Anonymous (anony)...terima kasih atas posting anda di SAM.

Sdra\i anony perlu melihat hal memberi sumbangan dlm pelbagai sudut.Jika tidak, sdra\i anony akan tersasar jauh daripada pengertian sebenar sumbangan itu.

Apakah sumbangan itu hanya boleh diukur melalui pemberian wang riggit seperti apa yang sering digambarkan oleh minda? ataupun diukur dengan melakukan perbuatan-perbuatan baik sahaja?

Semestinya TIDAK.Terdapat banyak cara bgaimana kita menyalurkan sumbangan...

Saya pasti sdra\i anony sependapat dgn saya bhwa apa yang dikongsikan oleh LM merupakan satu bentuk sumbangan kearah mewujudkan persekitaran kampung yang lebih selamat. Jika tidak, LM tidak akan menulis artikel ini dan hanya menyimpannya di dlm memori.

Sekurang-kurangnya, dengan idea yang sedikit drp LM telah membangunkan minda kita darpada lena lantas mengerti tentang keperluan kampung tercinta kita.

Dan dgn minda yg sudah terbuka dan mungkin kelibat sdra\i anony yg boleh dilihat, sdra\i anony dapat memberi sumbangan susulan dengan cara berjumpa pihak berkuasa… berbincang dengan mereka bagaimana memperbaiki tahap keselamatan kampung.

Saya percaya bukan sdra\i anony sahaja yang mengikut perkembangan SAM dari masa ke semasa tetapi ada ramai lagi termasuk diri penulis sendiri 

Dan saya semakin percaya bahawa melalui artikel LM ini , minda para pembaca SAM akan terbuka luas dan berkerjasama memberi sumbangan susulan yang berlipat kali ganda semata-mata untuk memastikan keselamatan kampung sentiasa ditahap yang terbaik untuk kebaikan anak-anak, ahli keluarga dan semua penduduk. Dengan ini hidup kita akan lebih aman dan damai.

SAM teruskan ‘suara’ anda sebab saya, kamu dan semua memerlukannya!!

Anonymous said...

Ba saya kasi salasai saja begini. sya ini bukan ada apa2 kait mangait politik. kalau kamurang tidak setuju sama saya, kritik balik saja ba. Tiada salah juga saya kasi panas sya punya cakap.

bagus juga la tidak memanas dia. dia jawab begitu saya terima la. saya cuma mau bagitau (saja bagitau) bila becakap - buat. ada orang becakap saja kuat.. jadi kuat bercakap saja yang ada. jadi kira ada fungsi juga ba saya ni kasi panas sini kamurang punya komen. kamurang tau apa macam mau pikir

terima kasi.. ngam ba juga ni kita berjawap-jawap begini. ba..

TOMPINAI said...

Mr.Anony,

Apa yang kamu maksudkan 'buat'? Rasa LM sudah pun buat apa yang sepatutnya dengan menyuara ideanya. Satu sumbangan suda. Biasanya ada org yg kuat bercakap menyatakan idea2 yg bernas, sama ada ia jadi realiti atau tidak bergantung kepada yang berkenaan.Pada asalnya ia tapi hakikatnya tidak kerana kamu bercakap tentang benda yg nyata didepan kamu...itu saja.
Kamu sama seperti dengan apa yang kamu katakan.

Nazri Aldusuni said...

saya kenal bah ko ini .... jangan main2

LEM said...

Kepada SAM dan rakan2 semua,
salam maaf kerana komen saya sebelum ni seolah2 mau menunjuk2 sya wartwan Borneo Post. Sebenarny niat saya ialah utk mberi tahu kpd anon bhwa sya tidak ragu2 mdedahkan diri, brtanggungjwab trhdap komen sya sendiri. Jadi sya meminta anon bersikap gentlemen, tidk brsembunyi d sebalik nama anonymous dn usah beri komen spt 'baling batu sembunyi tangan' tapi tidk berani memperkenalkan dirinya..

Little Mike (LM) said...

anonymous...
salam muhibah. Terima kasih atas cara saudara/i memberi reaksi kepada komen saya. Jika saudara berkehendakkan kebaikan, kebaikan juga yang akan dinikmati. Saya perlu akui saranan 'cakap dan buat'berniat membangun. Kapasiti saya menulis yg menterjemahkan 'cakap' sebagai lisan kepada 'menulis' yakni 'merekodkan' cakap/percakapan. Relevan kepada isu, ada pihak berkaitan yg perlu melakukan sesuatu yang dipanggil 'Buat'. Jika artikel saya mendapat perhatian pihak berwajib, dengan sendirinya melengkapi tanggungjawab sosial iaitu pihak sebelah 'cakap', sebelah pihak lain 'buat'. harap ini dapat meningkatkan persefahaman kita.

LEM,
pertama kali adik sya muncul memberikan komen dalam SAM. hehe Tq bro.

Mr. Aki Abad 21 said...

kalau urang minta maap kawajiban kita bagi maap... maap LEM d tarima mr. aki bagi urang2 bukit ....lain x buat lagi ...heheheh

bah..jalan2 buat liputan barita d km bah LEM ...buli mr. aki balanja makan ubi manis.

salam damai

tulun sonsogon said...

bah kita berdamai lah bah,bak kata pepatah melayu "buang yang keruh ambil yang jernih". mungkin juga si anon semasa memberi komen ada panas2 sabap kana marah sama bos dia.kasi biar lah dia tu sabap palir dia talampau kicil bah.

sya kasi tau sama kau anon..penulis entri ini bukan calang2 urang dia..keturunan Sambion.sya yang dari bukit pun kanal juga sama dia punya bapa.penulis entri ini kalau inda silap generasi ke-3 Sambion bersama-sama dengan seorang lagi penulis blog ini iaitu ILLIE.

Mr. Aki Abad 21 said...

heheh taling ko aman sonsogon buli tahan balaa...momisak dot tontolou heheh

LUNA said...

apa juga kurang mr.aki, Sanguru, nong, umar, carl dll. Keturunan Panglima Aki Tumunda baitu.

Aki Tumunda & Aki Sambion ni sudah berbesan..hehe