SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, June 17, 2009

KEPERLUAN MENGGUBAL RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi adalah perlu bagi sesebuah negara, ini kerana ianya adalah penting untuk melindungi setiap data atau maklumat peribadi individu. Justeru itu, keperluan menggubal rang undang-undang ini adalah amat saya sokong. Apa yang kita ketahui, kerajaan telah mengesahkan bahawa rang undang-undang perlindungan data peribadi akan dibentangkan pada bulan Oktober depan dan ini merupakan berita gembira untuk seluruh masyarakat Malaysia amnya. Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi antara lain bertujuan untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi individu oleh pengguna data supaya dapat memberi perlindungan kepada individu terbabit. Ia juga bertujuan untuk menjaga kepentingan hak peribadi individu bagi mencegah sebarang penyalahgunaan data peribadi seseorang. Ruang lingkup Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi bukan sahaja terhad kepada perundangan siber tetapi turut merangkumi sektor seperti pelancongan, kewangan, insurans, telekomunikasi dan sektor lain yang membabitkan transaksi komersial. Malah selari dengan pembentangan rang undang-undang perlindungan data peribadi, penggubalan rang undang-undang agensi rujukan kredit juga perlu di buat, ini bertujuan untuk memperincikan kawalan ke atas agensi rujukan kredit seperti Credit Tip Off Service (CTOS). Walau bagaimanapun, rasanya adalah wajar jika sebelum rang undang-undang ini dibentangkan diadakan rundingan bersama antara kerajaan, swasta dan orang perseorangan bagi mendapatkan maklum balas lebih menyeluruh kerana rang undang-undang ini akan memberi kesan besar ke atas sistem sedia ada. Justeru, kewajaran untk menggubal Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi ini adalah dianggap positif seiring dengan matlamat dan wawasan ke arah Daerah Maju, Negeri Maju dan Negara Maju pada masa depan.

3 comments:

Anonymous said...

kalau rang undang2 ini diluluskan kelak, apakah ia tidak boleh disalahgunakan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab?

Little Mike (LM) said...

secara peribadi saya menyokong perlaksanaan rang undang-undang perlindungan data peribadi. Saya sendiri menjadi 'mangsa' kepada panggilan telefon yg memberitahu saya diminta hadir ke seminar tertentu. Mereka katakan kalau bos mereka telefon, saya diminta mengaku telah melakukan tempahan. Saya bertanya bagaimana mereka mengetahui nama saya dan no telefon? mereka beritahu mereka ada rekod mengenai data saya. saya tidak puas hati dan tanya lagi. Mereka jawab memang ada dalam senarai. Akhirnya saya tolak jemputan mereka. Saya terfikir bagaimana mereka memperolehi data peribadi saya.. sudah tiba masanya segala data peribadi kita yang kita berikan kepada pihak bank, telekomunikas dsb diberi perlindungan UNDANG-UNDANG.

SANGURU said...

SAM SOKONG. MCM KATA LM. SUKA2 ORANG/PIHAK TERTENTU BERKONGSI2 DATA PERIBADI...