SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, June 22, 2009

MASA UNTUK SEDAR!

Tahniah Mus. Semoga pertunangan itu diberkati! Saudara dan saudari yang dihormati sekalian. Saya dengan penuh rasa rendah diri ingin memaklumkan di sini bahawa Blog Revolusi Marudu baru saja dilancarkan oleh saya sendiri dengan dibantu oleh `W.S Rendra`. Ringkasnya, blog ini disempurnakan adalah untuk mencetus dan memperjuangkan gelombang KESEDARAN khususnya di kalangan anak-anak muda Marudu agar menyedari tugas dan peranan mereka dalam membawa perubahan kepada bumi Marudu. Bukan revolusi berdarah sebaliknya revolusi mental dan sikap ke arah membina satu generasi masa depan yang pro-pembangunan dan bersikap dinamik dan proaktif. Harapannya agar kita dapat bersama-sama bangun membantu pihak kerajaan dan agensi berkaitan untuk menangani masalah KEMISKINAN dan KESUSAHAN yang puluhan tahun mencengkam bangsa pribumi di Kota Marudu. Jika berkesempatan, jemputlah ke blog ini ( http://revolusimarudu.blogspot.com/. Sekian, terima kasih. Salam, Umar al-Longobi Nota: Blog Revolusi Marudu tidak ada kaitan dengan SAM. Bagaimanapun pihak saya mempelawa mana-mana penulis SAM menjadi penulis tamu "RM".

9 comments:

PembacaSetiaSAM.. said...

aku selaku pembaca setia SAM amatlah TIDAK BERSETUJU jika ada ahli SAM lain selain Al-longobi ini jadi penulis di blog Revolusi Marudu. Biarlah dia jadi penulis di blog tersebut. Jangan cemarkan imej kamu orang ahli2 SAM..
Kalau ada ahli SAM jadi penulis blog kumpulan lain selain SAM dan blog peribadi masing2, aku tak akan masuk SAM lagi..

Aku yang kecewa!

Anonymous said...

Setuju dgn pembacasetiaSAM.

Tdak salah banyak blog. Cuma, kuatkan dan teguhkan yang satu ini dulu.

Banyak blog, banyak komitmen. Kerja tuan mau taruh di mana.? Jgan berithu saya, menulis itu kerja mudah lebih2 laghi blog, yang menjadi tatapan umum pada masa ini dan mesti ditulis dengan fakta yang sah.

Matlamat Revolusi dan SAM memang sama. Idea pun lebih kurang. Jika diteruskan juga, bergerak lah di dalam satu arah iaitu memberikan informasi yang tepat dan tidak ekstrim. Semoga pembacasetiaSAM, pelawat setia mcm saya dan pengunjung setia yg lain akan memandangnya dari sudut yang
baik.

Susah-susah, panggil penulis Revolusi join SAM. Kuat dan Teguh lagi. Habis cerita. Tambah kolumnist.

We still positive....but...????

SANGURU said...

Hmm, buat masa ini staff SAM fokus saja dengan kerja dalam SAM. Biarlah RM mencari penulis2 bersekutu baru. "Kasi kerja" kepada "anak-anak muda" yang masih "menganggur".

Semoga RM bisa berdiri sebagai satu blog yang berwibawa dan mampu membawa impak positif kepada masyarakat.

Umar al-Longobi said...

tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

1. sejujurnya, sy tidaklah menggalakkan mana2 penulis SAM utk menjadi penulis dlm RM. sy lebih suka mereka fokus kpd perjuangan SAM selama ini. maksudnya sy tidak menghalang dan tidak pula menyuruh. apapun, atas permintaan pembaca, better tidak payahlah kan. teruskan bersama SAM.

2. Revolusi Marudu (RM) hanyalah blog kecil yg baru lahir dan penggerakknya adl org2 muda yg masih dlm pembelajaran mengenali dunia perjuangan rakyat. RM adalah umpama kuman di dasar lautan jika dibandingkan dgn SAM. so, tidak wujud keperluan utk membandingkan dua wadah ini.

3. yg pasti, RM adl salah 1 drp berpuluh blog pro-revolusi yg wujud di Marudu ini. tidak salah kan? cuma namanya saja yg berbeda. apa yg penting, matlamat adl 1 utk rakyat. bekerja bersama2 dgn SAM dan blog2 lain walau kaedah berbeza. RM hanya mahu Ph.D dlm gol anak2 muda. itu namanya `fokus`.

walaupun SAM dan RM adl 2 badan berbeza, tetapi `aura` SAMlah yg menjadi pencetus kelahirannya. ya, sy juga x mahu kedua2nya ini dikaitkan. sebab, kita kena jaga imej kedua2nya. okeylah.. esteady, hehe. teruskan bersama SAM. hidup rakyat!, hidup SAM!

Little Mike (LM) said...

umar...
usah patah semangat. Saya percaya blog RM juga memandang jauh ke depan. RM dan SAM komitednya tetap sama. Apa saja cara berhemah yang mengarah kepada kebaikan, teruskan... Salam perjuangan.

SANGURU said...

aura SAM melahirkan RM? Jika benar - nah kan, SAM 1rahmat....saya sebenarnya sedang kempen agar semua daerah di Sabah buat Blog bersekutu. Bukan under SAM, masing-masing.

Kenapa saya bersusah-susah? Kerana saya percaya - KEBAIKAN DAN BENDA BAIK HENDAKLAH DISEBAR LUAS. Idea/konsep SAM adalah baik. Kalau mahu negeri/negara ini ada perubahan, harus ada usaha kearah itu.

SAM mungkin yang pertama di Malaysia menggunakan konsep begini? Jika "ya", tidakkah MARUDU berbangga?...

JMimie said...

Perkara yang baik dan dibuat dengan cara tertib dan beretika tidak salah diberikan sokongan positif.

Teruskan perjuangan sdr Umar!

Umar al-Longobi said...

Sanguru, LM, Mimie Dll. Terima kasih...

Mr. Aki Abad 21 said...

kalau kapayahan suda kou allongobi ko pulang d tandik jumpa mr. aki....nanti mr. aki bagi ilmu sagala ilmu d kl indada ilmu ini hanya ada d tandik....

batarak kita 7 hari 7 malam saja hehehhe